Saturday, December 26, 2009

Apa-apa saja

Lama tul bercuti sakit di rumah.... Rabu lepas baru naik keje tapi tak ke ofis pun. Kursus di HQ. Isnin ni baru nak masu nak ofis setelah 2 minggu bercuti sakit mata. Pegawai sambilan seksyen saya pun dah tak sambung utk next year. Very sad lor...pasni saya terpaksa berhempas pulas buat semua keje-keje pembangunan indeks tu dengan bos kecik. Takdelah tempat mengadu lagi...kalau tak...senang nak bincang...

Nampak gaya tahun 2010 akan menjadi tahun yang mencabar bagi saya. Ubby get ready la...kot2 bini u ni akan selalu bertapa di ofis...Banyak benda yang nak dicapai tahun depan...harap semuanya berjalan lancar.

Masalah keluarga masih lagi belum dapat diselesaikan... Saya masih berhempas pulas untuk merungkai kekusutan ini...Segala tali-temali yang bersimpul sedang saya lurutkan satu-persatu....tidak tahu pangkal tali yang mana harus saya mulakan dahulu...sebelum semuanya terungkai, biarlah saya kaji betul2 segala kekusutan tali yang ada....biarpun mengambil masa tapi niat di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu....Semoga segalanya akan selesai suatu masa nanti........

Friday, December 18, 2009

Update gambar Cuti-cuti di Pangkor

Semalam, sempat jugak singgah ofis ambik cable camera bagai....keluar jugak sebab nak uruskan claim Syameel. Dengan mata berair2 kena cahaya digagahi jua....

Ok, now mari kite tengok gambar.


On da way, dalam feri. Sofea kagum jek naik feri hehehehe...

Ni di Pangkor Island resort....tempat memang cantik...dapat bilik betul2 depan pool..

Petang hari pertama.....air sangat jernih...memang berendam tak ingat darat...



Ahad pagi, ke pekan Pangkor. Tak beli apa pun...nak gi mana pun tak tau....last2 ronda2 pulau jek...tu pun tak abis...

Jalan-jalan makan angin..



Minah ni kalau suh posing...anytime!!!


Syameel jugak yang tak banyak gambar...susah nau nak ambik gambar dia...

Join sukaneka...





See.....inilah dia zombi2 yang sudah terlepas pergi bercuti2 Malaysia!!!


So, cover jangan tak cover....

Ntah anak cina mana dah jadi kawan budak2 ni sebab ada ketam dalam botol...

Tunggu bas nak ke jeti..

Jom balik....ikut hati takmau balik....syok kat sini....

Posing maut tak hengat donia! hahahah

Dah sampai umah...hset ibu jadi mangsa....

So, my frens...enjoy!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Cuti-cuti Malaysia sambil...

Cuti-cuti di Pangkor yang sangat best....tapi....pagi Sabtu, mata saya sudah mula gatal2 n merah..... Sampai di jeti sudah sepet kerana mata sudah mula bengkak dan merah....jangkitan datang dari Sofea... Mandi laut n kolam tetap....mandi...tak lepaskan peluang....Pagi Ahad, mata ubby pulak start merah...hahahah...last2 dengan ibu,ayah n Sofea sudah bermata merah dan sentiasa cover ngan sunglasses....

gambar update nanti sebab cable camera ada kat ofis.....

Ena, akak mc esok...sakit mata!

Wednesday, December 09, 2009

SOFEA & SYAMEEL

Kanak-kanak riang yang pantang nampak kamera, lebih-lebih lagi cik kak tu yang kuat bergaya. Ada jek pose yang dia nak tunjukkan. Gambar-gambar ni dah lama dalam simpanan. Tapi, tak upload ke dalam PC maka....terperap ler dalam kamera. So, enjoy!


Syameel kalau ambil gambar suka buat mimik muka macam2....


Ni cik kak yang suka bergaya tuh...

Syameel in Action!

Syameel di hospital.....Sekarang fobia dia, semalam saya melawat kawan yang kena denggi di hospital yang sama. Takut2 Syameel masuk area wad tuh. Kesian anak ibu, masih lagi teringat-ingat. So, ni gambar untuk tatapan mak ngah. Syameel dah makin sembuh.....


Kaki Syameel masa masuk hospital dan lepas keluar hospital


Ni orang-orang yang berfamily day di hospital!

Saturday, December 05, 2009

Update

Doktor dah check pagi ni, maybe dalam 2-3 hari lagi bergantung pada kesurutan bengkak di kaki Syameel. Mata kanan macam nak kena sakit mata pulak, sudah merah dan berair.

Maka, tak dapat ber'team building' dan ber'family day' di PD. Pinggang pun ada sedikit sakit sebab 2 malam tdo di kerusi memeluk Syameel yang meradaang bila nurse datang nak masukkan antibiotik di tangan. Saya percaya ada hikmah di sebaliknya.

Ubby baru sampai petang semalam dari Lumut. Bawa kete dengan hanya memikirkan agar cepat sampai ke Putrajaya, risaukan si kecik. Dah bagitau jangan risau, tapi yerlah kan, selagi tak tengok...tak senang hati.

Saya, baru dapat mandi dengan sempurna pagi ni after 2 nights ber'masham' hehehehe....takler busuk....duk dlm aircond kan.....Sebab ingat grab berus gigi jek masa malam Jumaat ambik barang Syameel.....

Tq pada mummy Sue sebab tolong jagakan Syameel sementara saya pulang ke rumah ambil barang. Tq jugak pada Kak Ma@MokTeh sebab tengah2 malam datang hospital sebab risaukan Sofea sape nak jaga memandangkan ubby takde. Sofea tdo umah MokTeh sebab last minit nak pulak ikut MokTeh dia balik......

Lega sebab ubby dah balik dari Lumut dengan selamatnya walaupun bateri kereta kong di kala sampai di Tol Putrajaya. Nasib PLUS ada jump bateri dan boleh bawak kete sampai ke bengkel P16 utk tukar bateri.

Macam-macam hal kalau ubby keluar outstation.....Semalam Sofea tdo di rumah aunty Tini dia...Tq Tini sebab tolong tengokkan Sofea.

Doakan Syameel cepat sembuh....Mak ngah kat Penang pun jangan risau2 k.....Tq semua!

Friday, December 04, 2009


Bengkak mcm kena gigit semut. Kawasan merah tu keras dan suam je rasa dia. Dr mlm td nak drip antibiotik xdpt2 sbb xjumpa urat dia. Br je pg ni try lg dan dah selamat jumpa urat darah. Doktor kata akan buat ultrasound utk tgk jangkitan smpi ke otot ke atau ada nanah ke...doakan yg baik2 utk syameel ye..

Kaki


Syameel masuk wad.

Tuesday, December 01, 2009

DISEMBER

Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru jek memasang azam....sudah jumpa lagi satu tahun baru. So, sekarang ni sambil buat rutin harian sambil memikirkan apa yang saya nak capai pada tahun depan.....Semestinya untuk kepuasan diri, kerjaya dan keluarga. Dan yang paling pasti adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah dalaman yang membuatkan hidup saya tidak tenang pada tahun ini. Gambaran awal yang saya nampak keadaan tidak lagi akan menjadi seperti biasa....seperti 27 tahun yang lalu. Persediaan mental untuk menempuhi perkara ini perlu saya buat awal2.

Lama dah tak cerita pasal Sofea dan Syameel. Gambar pun dah lama saya tak update. Tak sempat sebenarnya tapi nanti saya cuba sempat-sempatkan.

Sofea

Sofea akan menginjak ke usia 5 tahun pada tahun hadapan. Tapi dia dah mengaku dia 5 tahun, marah sangat kalau saya kata umur dia 4 tahun lebih. Suka bertanya dan kalau boleh apa yang kite buat dia pun nak join sama. Kadang-kadang saya biar jek dia basuh pinggan makan dia sendiri kat sinki, walaupun dengan memanjat kerusi kecik, walaupun sampai basah-basah baju dia. Sekali-sekala ok lah....Kalau saya basuh pinggan atau buat sesuatu di dapur, selalunya dia akan ambil kerusi kecik dan menyibuk sebelah kita nak tolong.

Start last week, dia dah tidur kat bilik sendiri dengan adik Syameel. Nampaknya dia dah selesa sebab sy ada jugak try ajak dia tidur dengan saya bila tengah2 malam dia kejutkan saya buatkan susu, tapi dia taknak.

Suka jugak menyakat adik dia sampai nangis dan kadang2 adik dia buli dia jugak sampai menangis. Kelakar tengok kalau dia cuba-cuba nak dukung Syameel bila si adik menangis. Konon-konon nak pujuk ler tuh...Tapi saya tengok dia sayang dan boleh jaga adik dia...Alhamdulillah....

Apa lagi? Suka tengok channel 130 lately sebab ada intro citer Hindustan siap nyanyi2.....tu yang dia suka tu. Bosan dah kot tg Ceria... Lagu 'Nenek Kebaya' bukan main suka lagi...siap ikut nyanyi sambil menari.

Next year masuk tadika, tak tau la macam mana. Ni pun dah tak sabar-sabar...asyik tanya jek bile nak gi school ni ibu? Esok2 dah start tadika jangan nak lembik2 pulak.

Syameel

Belum pandai cakap lagi, cuma perkataan 'ayah' yang paling jelas walaupun dah masuk 1 tahun 8 bulan. Lain-lain dia panggil saya 'abu', panggil 'akak', sebut dan tunjuk 'bird' dan sebut 'air' bila nak minum susu atau air. Kena pandai teka ye ibu-ibu.... Time dia rajin nak bercakap tu, apa kite sebut dia akan cuba ikut. Tapi saya tengok Syameel ni pendiam sket. Dia lagi suka tepuk saya utk panggil dan bgtau sesuatu. Mungkin sebab gigi penuh dulu tu yang lambat bercakap kot....ayat nak menyedapkan hati. Dia faham kalau kita cakap atau suruh dia apa-apa tapi mulut tu berat nau nak bercakap. Sabar jek lah....

Paling suka berjoget, pantang dengar muzik, mesti bergoyang badan tuh. Sekarang ni kan ada cerita 'Nenek Kebaya' asal nak iklan je kan ada lagu dia sket, dia pun apa lagi...goyang sket pun jadi lah. Kalau masa ending lagu penuh, dia dengan si kakak sibuk lah menari siap dengan tangan2 sekali sebab nak ikutkan step kakak dia.

Makan macam-macam, tapi tengok badan comel jek. Baru2 ni kena gigit serangga, dia garu2 terus jadi kudis. 2 kat tangan n satu kat kaki. Berparut lah nampaknya tu. Saya dah siap belikan bio oil nak sapu lepas baik ni supaya parut tu hilang. Syameel...Syameel...

Kalau mengamuk, takleh nak tolong....terus baring atau meniarap kat lantai. Auta kuat! Kalau kita marah kat dia, mula lah nak buat muka comel2 kat depan kita. Nak sejukkan hati ler kononnya tu....Manja sangat!


Banyak lagi nak tulis pasal budak 2 orang ni...tapi malas nak taip. Takpe, nanti biar gambar je bercerita.

Minggu ni ada Team Building merangkap hari Keluarga ofis saya di Le Paris, PD. Clash pulak dengan perkahwinan kawan baik saya Nadia. Tak dapat ke majlis persandingan dia cuma saya sempatkan diri ke majlis pernikahan dia. Korbankan aktiviti Team Building yang start petang Jumaat....saya akan ke PD lepas majlis Nadia. Tak kisah ler sampai tengah malam pun...janji dapat hadir majlis kawan baik saya tu. Dah la masa bertunang haritu tak dapat pegi.

Next week pulak kalau takde aral akan ke Pulau Pangkor sertai family day company client ubby. Orang dah jemput, join jek la kan....Pastu, cuti dan cuti dan cuti.....Bulan ni keje 4 hari, cuti 3 hari....4 minggu berturut2 sampai new year....tak produktif langsung! hehehehe

Panjang pulak membebel hari ni. Keje melambak....ok ler keje,keje,keje!

Monday, November 30, 2009

Hepi birthday farhana


Pejam celik,pejam celik, anak buah saya sebelah ubby dah 2 tahun. Rasa br je mandikan dia masa umur beberapa hari.. Saya doakan semoga Nur Ain Farhana akan menjd anak yang solehah, cerdik, cerdas dan cergas! Walaupun x dpt ke Penang celebrate ramai2, tapi dpt jugak merasa kek dr Penang. Sofea je mkn 4 cups! Tq kakak,ingat org kat cni. Ada rezeki kami pi sana k.

Wednesday, November 18, 2009

Jiwa kacau


Tak tau kenapa lately rasa mudah marah, malas nak cakap dan tempiasnya kena pada anak2. Tak baik kan buat macam tu. Rasa macam tak cukup masa, penat....mungkin baru nak tuned semula after long MC...

Semalam balik keje lambat,
pastu nak tengokkan Sofea siapkan homework KUMON lagi,
nak kemas baju2 ke taska,
nak isi susu ke taska,
kain baju lum basuh berlambak2,
kain yang sidai pun tak kering2,
mana yang nak lipat lagi,
masalah emosi lagi,
terus rasa macam down sangat.

Pastu jadilah mak nenek, membebel kat anak, kat diri sendiri....buat kerja menghentak2.....
Teruknya rasa....macam bodoh jek.....
End up with lipat kain dan tak sempat siap dah terlena kat bilik tengah.....

Otak ni rasa stuck jer....macam takleh nak pikir, hati rasa nak marah jek....mudah nau nak naik angin.....
Kenapa lah jadi macam ni.....selalu ok jek.
Kesian Sofea, kena marah.....
Kesian saya....tak praktik pun cara didik anak dengan baik....
Keisan.....
Kesian....
Kesian.....





Thursday, November 12, 2009

Sudah...

Dah 2 malam.....semalam dan malam ini....mata susah mahu tidur. Kenapa????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sbnrnya saya tersangat rindu, tapi bagaimana harus saya beritahu bahawa batin ini amat terseksa?

Tuesday, November 10, 2009

Virus...virus...

My ubby maintain you.....dia yang paling imun sekarang nih. Orang satu umah dah dijangkiti sakit mata tapi ubby, relax.....hehehehe.....

Pagi ni Sofea pulak kena, cepat2 letak ubat titik mata, petang naik sebelah lagi.....tapi yang saya perasan, saya n Sofea kena tak teruk sangat. Setakat mata merah sikit, sedikit bengkak dan gatal. Tak macam Syameel masa Ahad lepas. Tapi nampaknya dah kurang dah hari ni.

Esok rasanya dah boleh gi taska diorang sume, boleh lah saya berehat sepenuhnya esok. Tekak masih sakit, tapi sudah mula makan sikit2. Air kena minum air sejuk baru lega. Kalau air biasa macam sakit sikit. Hidung maasih keluar darah sedikit, tapi selalunya waktu pagi. Saya perasan, sudah kurang bersin dan tak tersumbat lagi. Deria bau sudah semakin ok nampaknya. Alhamdulillah...saya rasa Isnin depan boleh mulakan tugas dengan semangat baru. Hidung sudah ok, tekak sudah mula beransur pulih......tapi makan masih kena jaga. Selagi masih ada rasa sakit tekak ni saya tak mahu makan pedas or benda keras2. Rosak tekak i.....huhuhuhu....

Jumaat ni check up lagi. Harap semua ok saja....

Sunday, November 08, 2009

Kan....

Selalunya benda yang taknak tu yang terjadi kan....

Jumaat

Gi check up jam 9 pg. Sakit, bisa berdenyut2 sume ada.....Nanti nak marah doktor jap lagi nih, haritu kata tak sakit....Dalam 9.15 macam tu, nombor naik. Masuk jek bilik, doktor tanya apa khabar and me, terus lah mengadu segala kesakitan ittew! Doktor cuak gak, meh kite tgk kamera. tengok2 kat area tonsil tu luar dia ada ulser besar both places. Padan ler bisa sume, doktor kata maybe infection sket. Suh abiskan antibiotik and jaga-jaga kalau-kalau ada demam teruk, bleeding or sakit yang amat sangat. Nanti kena lah warded semula untuk drip antibiotik. Ohhh....i don't want that......

Setakat hari ni masih sakit dan demam yang lite2 sahaja....tak ler panas teruk, mungkin menahan sakit kan....makanan apa pun tak masuk...minum air pun cam nak nangis tau.....Ubby toksah cakap ler....risau yang amat. Badan saya pun melayang-layang jer nih. Tapi lemak2 ni rasa leh bertahan lagi kot kalau tak makan seminggu dua.....hehehehe....macam unta padang pasir pulak....

Ahad

Syameel kena sakit mata pulak...ADOYAIIIII...pas satu-satu ujian melanda. Macam mana lah ibu dia nak pulih sepenuhnya...dalam sakit pun kena jaga orang sakit. Doa-doa jangan berjangkit kat satu family udah!

Perut ni dah kempis tak makan proper. Tengok ubby makan nasi...mmm sodapnyo!!!

Harini my ofismate merangkap bos kecik satu seksyen datang menjenguk. TQ very much, siap bawak buah2 an lagi...kegemaran saya pulak tuh, tapi tengok ajerlah.....

Kawan-kawan, doakan saya cepat sembuh k....saya dah siapkan wishlist nak makan apa lepas baik nanti. dah bagi kat ubby.....
1) steamboat Johnny's
2) KFC yang baru tuh
3) Pizza Hut yang baru tuh...(gara-gara tengok tv banyak sangat)

Baru 3.....ada lagi, tapi tak mau ler bgtau u all...tapi kalau nak tau nanti saya mintak belanja kang ha......

Thursday, November 05, 2009

See....kan betul, today saya terpaksa ke ofis sekejap, sebab musababnya adalah lampiran SKT yang kena diubahsuai form, oleh my new TP tuh.

Nak kena sign lagi, makanya tuanpunya diri tak reti2 nak siapkan.

Memangler tekak je yang sakit tangan boleh menaip lagi. Tapi tensinya sebab tak leh berkomunikasi dengan sempurna. Really, i'm in pain okay!

Esok check up...saya takut ada infection jek sebab mcm menjadi-jadi jek sakitnya.....Nak makan susah sampai kena paksa2 dek ubby, cakap pun....pakai bahasa isyarat jek ngan anak-anak. Seksa gue!!!!

This Monday ada meeting pulak n my immidiate bos kena gi kursus. Nampaknya mmg saya akan menjawab segala mala lah.......

Cepat ler sembuh....nak makan sedap2 ni!!!!

Tuesday, November 03, 2009


Sekarang dengan antibiotik 2 kali sehari, ubt kumur, ubt cuci hidung 3 kali sehari, ubt thn sakit bile perlu...tp buat masa ni mmg perlu kalau x, xleh ckp sgt. Padan le kt hospital mcm ok jek...kt umh bile lmbt mkn ubt thn sakit je mula lah nk minum air pun termenung... Hidung dah xkeluar darah lg,cuma saki baki je sikit2.... Menu bubur nasi n ice cream je. Dgn ubby pun kena layan bubur gak. Sofea n syameel suka je mkn bubur, bertambah2 lg ada sampai xcukup utk org sakit. Hehehe...cepat le baik tekak ni,dah keriut2 perut ni teringat mknan yg enak2. Mmg ler kuat makan saya ni! Try gak mkn donut semalam, sakitnya tahan jek la...konon mcm dah baik sgt...padan muka!

Monday, November 02, 2009

Sudah


Dah blk umh, hr ni br nmpk kt lidah kiri dan kanan mcm ulser. Itu yg buat sakit sgt. Nak ckp pun susah. Tekak sakit blh thn lg,tp kt lidah ni rasa seksa sket. Mungkin terkena peralatan ms operation kot. Sabar jek la,br nk suka2 xsakit, lain pulak yg sakit. Padan la semalam rasa mcm bengkak je lidah ni... Huwaaa! Adik ipar sy blk hrni, tq kak. Ambik cuti semata2 nk tgk keadaan sy. Ubby half day today, pg2 dh pesan jgn buat keje berat tau. Apa yg berat pun tatau..hehehe...bubur dah msk, ice cream pun ada standby lam peti ais...tapi lidah pulak sakit..DUGAAN! Mc smpi jumaat ni tp naik2 isnin mcm byk benda nk kena jwb...silap hrbulan dlm mc pun kena ke ofis, we'll see....

Saturday, October 31, 2009

Akhirnya,


Rasa sendiri pengalaman ditolak ke OT, takut ooo...tp doktor bius ok. Masuk jam 11.20 pg, kul 2ptg dah blk ke wad. Ubby yg kata, sbb sy sedar dlm kul 4 lebih kot. Ni tgh menikmti bubur nasi dan ice cream. Doktor br lepas check dan kagum je tgk sy blh mkn. Dia kata selalunya org br lepas buat tonsillectomy xnak mkn sbb sakit. Alhamdulillah, sy ok je. Esk tgh hari lepas check n bersihkan hidung dah blh keluar kot...

Friday, October 30, 2009

Serah diri


Belum apa2 dah kena mkn bubur...nurse kata xsempat,apa yg ada. Duduk sebilik berdua. Roomate ni kena kanser stage 4, tp orgnya masih muda dan happy go lucky. Ibu tunggal anak satu, suami buat hal sbb dia dh sakit..kawin lain tapi diorg berpisah cr baik. Hospital dah mcm rumah kedua, sbb nak habiskan 12 cycle kimoterapi...respect kat dia sbb dia mcm xsakit... Saya yg seram nk msk OT esk pg....

Tuesday, October 27, 2009

Akan

Dalam hati sebenarnya rasa takut yang amat, tapi kalau MC swasta tiap2 tahun maksimum, apa cer kan??Dah ler jenis malas nak beratur kat Klinik kerajaan. Saya dah kena sejak sekolah rendah lagi....tapi tak terdedah pulak pasal ianya boleh dibuang. Ni nak share pasal tonsil, jumpa kat internet....

****************************************************************

setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Kenali tonsil….

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:- 1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung 2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah 3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis? Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit. Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil. Apakah penyebab dan gejala radang tonsil? Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk (setahun 3 -4 kali saya kena)

2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan (huhuu...tak sanggup...)

3. Demam yang kadang2 sangat tinggi ( terbaru, sampai 39.8 ' C......dangan bisa badan lagi)

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan (kan dah kata)

5. Suara garau atau hilang suara

6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur waktu tidur

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung). “Sleep apneoa” atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

**************************************
Dengan hati yang berat saya akan menyerah diri ke wad pada Jumaat ini, dan akan dioperasi pada hari Sabtu pagi. Takut, semoga saya kuat melalui kesakitan ini dan dengan harapan yang tinggi menggunung saya akan pulih dan tidak demam teruk lagi!!!!

Wednesday, October 21, 2009

Sofea pula start sakit tekak dan demam sejak petang semalam.
Tinggal sorang je lagi yang belum kena....
So, ubby....jaga kesihatan ok....

Monday, October 19, 2009

SEDANG, SEKARANG

SEDANG

Banyak perkara nak buat,

Banyak benda nak pikir,
Banyak hal nak settle,
Sampai tak cukup 24 jam rasanya.

Keje baru, tapi tak start ngan A - Z....sangat kelam kabut dan kadang2 keliru dibuatnya....
CABARAN! CABARAN!

Masalah keluarga....yang masih belum selesai....
DUGAAN! DUGAAN! DUGAAN!

Kenapa sudah tidak seperti dulu?
Mana rasa gembira, ceria walaupun macam-macam masalah melanda.
Mungkinkah PUNCANYA...masalah itu?

Semoga saya diberi kekuatan untuk menempuh segala CABARAN dan DUGAAN ini.
AMIN.....

SEKARANG

Dua minggu sudah saya tidak sihat, seminggu tak ke ofis.
Minggu ini, Syameel pula demam sejak Jumaat lepas, dengan ulser penuh dalam mulut, tak mau makan n minum.....
Dah ke klinik ambik darah utk cek HFMD. Nasib -ve. Doktor sampai tanya, anak puan stress kah????

Anak saya tak STRESS...saya mungkin lah...huhuhuhuh

Doakan Syameel cepat sembuh...saya sangat risau tapi tak dapat nak cuti dan jaganya.....



Saturday, October 03, 2009

Nyampah


Dah le buat program hujung minggu, lg nk kata org mkn angin. Ingat aku hadap sgt nk pegi. Xheran la...kat opis lama lg byk g outstation. Jeles pulak org xbuat presentation..nasib la, bos yg suh pegi...bkn aku yg tawarkan diri. Dah le musim2 raya, 3 - 4 open house aku missed. Bkn nak mkn sgt,tp xdpt jumpa kwn2...geramnya!!!nyampahnya!!!

Friday, October 02, 2009

Salah siapa?


Semalam tgk tv1,rancangan fitrah kasih mengenai ibubp yg ditinggalkan di rumah org tua2...menangis sbb ank2 xjenguk. For me, ada sebab2 perkara2 begini terjadi. Pertama,memang sikap ank2 tu sendiri. Sebab lain mungkin ada terjadi sesuatu yg mybbkan kedua2 pihak berkecil hati. Betul kata ustaz Riduan tu,walau apa mslhnya kite harus selesaikan. Tp xsemestinya menjadi ibubp akan sentiasa betul, sesekali mereka harus lebih memahami dan tdk mementingkan diri sendiri. Mereka juga pernah menjd ank2, seharusnya mereka faham tggjwb seorg ank yg telah juga menjd ibubp,suami/isteri,menantu...dan realitinya xmudah utk memuaskan hati semua orang....

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam semua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, mohon maaf zahir dan batin andai saya ada terkasar bahasa, terbuat yang tak sepatutnya.....
Semoga semua selamat pulang ke kampung dan selamat pulang semula ke rumah....
Yang tengah diet tu, jaga2 ler makan ye...jangan ikut nafsu...ni pesanan untuk diri sendiri jugak....



Thursday, September 10, 2009

Macam-macam Ada....

Mari mandi-manda, jalan-jalan.....sukahati...Gambar ni dah lama jugak terperam dalam kamera...baru sempat nak upload ni ha....hari kejadian adalah pada 15 & 16 Ogos 2009 yang lalu....

Kolam kicik, org nak mandi ramai....sumabat ajerla....


Row row row ur boat......suka bukan main...adik2 tengok jek la....Ni kat HPPNK, MITC Melaka.


Ni kat MICCOS, UO dan HPPNK. Tengok bujangku yang takut naik kuda pusing tuh......



Sofea & Syameel......sekarang......


Ini budak nak korek chewing gum dalam mulut paksu dia....manja bukan main dengan paksu dia....



Ni cerita baru sket, hasil projek menyangkul dan menabur dan menambah batu-batu itu di laman sekangkang kera saya.... Projek dilaksanakan pada malam hari sebab siang tak larat oooo...puasa.....pada 5-7 September yang lepas. Bila la nak kasi tile simen tu.....pagar pun tak naik lagi...bajet takdok...

Wednesday, September 02, 2009

Penyakit 'M'

Tak tau kenapa
mungkin sebab cuaca, persekitaran, emosi, mental dan fizikal yang kurang stabil,

MAKA
saya telah dijangkiti penyakit 'M' ini
yang
entah bila mau hilang
jadi
buat masa ini, tiada cerita bergambar,
cuma
mungkin sebaris dua ayat supaya kawan2 sume tahu bahawa saya


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

**

**
'
V
V

masih di sini.

Monday, August 24, 2009

Akhirnya..

Akhirnya, semalam tengah hari dalam pukul 3ptg, sampai ke ofis. Ubby ambik, rindunya ngan Sofea n Syameel. Syameel pun dah meragam2 sebab dah nampak saya tapi saya tak dukung dia. Kesian.....Terus ke Alamanda, beli barang basah untuk masak sahur...1st time shopping barang dapur dengan jumlah RM53.00. Macam tak caya jek dapat mengawal nafsu...huuhu...sebenarnya tak gaji lagi...Selasa baru gaji. So kena jimat cermat la kan nak survive lagi satu hari.

Dari Alamanda, terus balik umah sebab nak simpan dulu barang2 basah dalam peti sejuk. Lepas simpan barang, terus ke Pasar Ramdhan di BBST. Panjang jugak tahun ni.....macam2 makanan ada. Kalau ikut nafsu memacam nak beli. Ubby pilih nasi beriani 'Taliban' , saya pulak beli rojak. Kuih pulak beli biji nangka dengan manisan yang bentuk tembikai tu...tak tau nama, tapi mmg terliur la tengok...huhuhuh!

Balik dari Pasar Ramadhan, singgah kedai gunting rambut. 2 jejaka tu rambut dah menggebus. Sampai umah dekat kul 7 dah. Kemas2 sket, siang ikan,sotong n udang....hidangkan juadah nak berbuka, terus azan.

Alhamdulillah....baru kali pertama dapat berbuka bersama tau...Kesian saya....hari ketiga puasa baru dapat buka ngan ubby. Lepas Isyak baru saya mula masak untuk sahur. Menu ubby senang je, udang masak lemak cili api (kurang pedas ok) ngan sayur goreng. Sayur goreng tu saya masak pagi, cuma nasi ngan kuah jek masak malam. Dan sahur kami seperti yang dirancang...bangun kul 4.45pg, goreng sayur, makan.....kul 5.15 dah siap. Lepak2 sambil minum air teh panas sebab nak bg nasi cepat turun...

Tu citer buka dan sahur saya lepas balik Bengkel SKT di Genting itu. Saya malas nak amik gambar. Sebab virus 'M' sedang melanda, dengan batuk lagi.....Update pun sebab jeles tengok sume org update pasal juadah berbuka n bersahur diorang....Sangat cemburu saya ni kan....Ok, selamat berkoje sume...jangan malas2!

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan


Sgt sedih xdpt sahur ngan ubby...kat cni sahur xbest. 1 heavy meal je, xde buah,xde roti or cereal or mknan lain. Sy makan sup je n pengat jagung. Aktiviti akan diselesaikan spnjg siang. Malam free...kt gmbr tu, ada la my 'a' boss yg buat sy mcm xujud tu...cepat le esok!

Friday, August 21, 2009

Ramadhan tiba lagi....

Alhamdulillah...masih panjang umur saya untuk bertemu Ramadhan pada kali ini. Semoga Ramadhan kali ini dapat saya tempuhi dengan amalan2 yang terbaik. Salam Ramadhan untuk semua.

Yang tak bestnya petang ni sudah mau berangkat ke Genting, kerana ada satu orang yang mau tunjuk bagus tapi takde sensitivity langsung orang nak sambut Ramadhan bersama keluarga....Kesian ubby solat Terawikh dan sahur berseorangan malam ni.....Ada ker buat aktiviti yang pd pandangan saya, buat kat ofis pon boleh...ngabeh boreh jo! Kalau tengok jadual pun rasa macam tak penting jek. Bos cha ya nun alip pon konpius....Beratnya hati nak pergi. Kalau bukan kerana SYMP, takde keje saya nak pegi....

Lately kurang mood untuk update blog. Asyik ler mengadap FB je. Keje banyak nak buat tapi asyik 'lost' jek....

Sunday, July 19, 2009

Cepatnya weekend ni berlalu. Tak puas lagi berehat-rehat n melepak2 dengan ubby dan anak-anak di rumah. Minggu ni dapat buatkan Sofea makanan kegemaran dia - spaghetti bolognise....Bukan main banyak dia makan, berulang-ulang. sukanya tengok.

Pagi ni pergi tengok Harry Potter. Yang bestnya, Syameel tdo lepas masuk panggung, syok ler saya tgk tanpa gangguan. Kali ni citer dia slow sket....banyak pasal emosi jek....biler la nak abis siri dia nih...huhuhu.....

Sangat terharu bila orang yang kita kasihi mengalirkan airmata/sedih sebab tak dapat menunaikan permintaan kita. Honestly, i don't mind my dear.....next time tunaikan k....Saya masih lagi boleh bersabar menanti saat-saat tersebut. Banyak masa lagi....Jangan sedih dan risau k. Love u so much!!!

Thursday, July 16, 2009

Sabar...again...


Tengok dahi Syameel tuh.....cikgu dia kata kena gigit sebab berebut kertas....aduhhhh....sabar jek la....nape lah boleh jadi mcm ni. Apa nak buat?? SABAR lah lagi!!!

Wednesday, July 15, 2009

Give me 24 hours ++++++ please!!!!

Weekend tak ke mana-mana, cuma kemas-kemas umah sambil sedaya upaya menyiapkan 'borang' kajian yang lepas. Keje MOA yang masih belum dilangsaikan...Azamnya nak siapkan sume, tapi biasa lah kan...anak-anak uwek, bapak uwek...ambik! tak siap jugak....

Syameel pulak hari Ahad keje cerry-berry jek....sekejap-sekejap masuk bilik air basuh berry...sampai ke malam dah kurang sket, tapi melecet sket la 'bird' n punggung dia. Isnin ke sekolah macam biasa. Masa ambik petang tu, cikgu dia cakap Syameel asyik mengamuk jek sepanjang hari. Tanya gak kot ada cerry-berry lagi kat sekolah, takde pulak. Masa dukung tu, dia keraskan badan...saya dah agak, ni mesti sebab melecet ni. On da way balik umah, berry lagi sampai bocor ke baju saya. Sampai umah nak cuci, dia punya melalak mcm nak apa....memang teruk jugak melecet sampai ke peha....

Hangin gak saya, takkan ler cikgu dia tak perasan melecet yang merah padam tuh! Sangat bersabar ok! Takkannya budak nak mengaruk kalau takde apa kan....Dan malamnya dia masih cerry-berry again. Tak larat saya nak gi keje dan tak sampai hati nak hantar Syameel ke sekolah ngan keadaan dia mcm tuh. Saya terpksa ambik cuti kecemasan. Alhamdulillah, lepas makan ubat sume, reda dah cerry-berry dia. Nasib tak muntah2 ke apa....

Hari ni, saya masih cuti, nak biar melecet dia baik betul. Taknak jadi mcm hari Isnin tuh...kesian anak saya......Sofea bila cuti...seronok ler dia....lepak2 kat umah, tgk tv, makan bubur nasi......heaven sgt dah tu.....

Bestnya dapat jaga anak-anak kat umah....kalau ikutkan hati....sudah lama saya berenti keje, jadi suri rumah sepenuh masa....ubby cepat ler kaya!!!!!
Makin hari rasanya makin tak cukup masa saya rasa.....letih nak buat sume benda. Ntah lah.....24 jam pun tak cukup, 30 jam pun saya rasa belum tentu cukup kan....macam ler org gaji 2k, berangan nak gaji 5k, tapi bila dah capai tahap 5k pulak berangan nak tinggi lagi.....uhhh manusia......

Thursday, July 09, 2009

Ceramah Motivasi dan gambar basi

Rasa macam tak cukup masa jek tiap2 hari. Balik keje dah petang, keluar rumah awal pagi.....buat keje umah kemas apa yang patut, dah nak tdo dah. Esok, rutin sama ulang lagi. Letih badan rasanya. Cepat betul siang, cepat betul malam menjelma pula.

Hari ni saya dicalonkan untuk ke Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah. ceramah mengenai kesetiaan kepada organisasi. Overall sangat bagus dan saya sempat merakamkan beberapa slot utk didengar oleh ubby. 3 jam masa berlalu mcm sekejap jek. Kalau suh duduk seharian pun saya sanggup.



***
***
***

Cerita dan gambar basi

Peristiwanya dah lama berlalu...saya ada update, tapi tanpa gambar.

Tayangan 3D Ice Age 3, kami tengok di Sunway Pyramid pada sabtu lepas. Seronok...Sofea n Syameel apatah lagi! Jam 9.30 pagi dah terpacak di Sp, tukang buka kedai ubby kata....Tiket ubby dah reserved awal2 oline, jadi kena ambik cepat sebelum waktu tayangan jam 11.30 pagi.

Dan ini masa tengok Transformers pada 25 Jun yang lalu.....gambar beratur tu masa hari sebelumnya...hampa, tak dapat tiket. Esoknya, ubby gi masa lunch hour di Alamanda, nasib baik dapat tiket petang tu jugak.

Monday, July 06, 2009

Apa-apa saja

Kerja

Kerja dah mula...dan keadaan semakin pulih...agaknya. Minggu ni immediate bos takde, so jimbaria menyiapkan keje2 yang ada.

Life

Dah 2 malam Syameel buat perangai, asyik nangis jek masa tido. Waktu tido saya dan ubby benar2 terganggu. Masing-masing rasa mcm nak demam. Gagahkan jugak ler ke ofis, ikut nafsu...mau jer saya sambung tdo lagi.

Rasa macam kehilangan. Ntah ler...masing-masing bawa hati, taknak terus terang...so, let it be!

Tuesday, June 30, 2009

Ofis

Alhamdulillah...saya telah dapat menganjakkan diri ke satu tahap yang baru dalam tempoh 5 tahun bekerja. Dan disebabkan itu, saya terpaksa meninggalkan ofis lama saya dan berpindah ke tempat yang baru. Balik semula ke HQ tetapi di ofis luar.

Mungkin suasana baru ini susah untuk saya menyesuaikan diri, dengan keadaan persekitaran yang agak 'pack', dengan pelbagai perkara yang perlu saya fahami ditambah lagi dengan sikap orang di sini yang boleh saya katakan kurang mesra. Sudah 3 minggu saya di sini, tapi saya masih merasakan diri saya orang asing di bahagian ini.

Tuntutan kerja baru saya memerlukan saya terlibat dengan semua seksyen yang terlibat dalam bahagian ini, tapi jika saya masih lagi belum dapat menyesuaikan diri di sini, bagaimana harus saya berjumpa dan berbincang dengan pegawai2 di sini?
Saya rasa amat-amat tertekan dengan keadaan seperti ini. Harapan saya semoga segalanya cepat berlalu. Kawan-kawan...wish me luck!

Saturday, June 27, 2009

Semangkok cendol,


Semangkok cendol, melayan hati yg gundah..kami kah yg bersalah? Diam tak bererti kami xendah. Org yg bersalah boleh bermuka tembok tanpa apa2 perasaan, dah akhirnya kami yg dipersalahkan...saya buntu!

Friday, June 26, 2009

Cepatnya masa berlalu....dah hujung minggu. Petang ni nak balik kampung. Mak kurang sihat, sakit dia 4 tahun lepas datang balik....saya taknak 'perkara sedih' 4 tahun lepas berulang lagi....Jadi baik balik tengok apa yang patut.

Semalam tengok wayang - TRANSFORMER punya pasal. Angkut sume sekali. Syameel behave untuk sejam pertama....pastu gelisah sekejap dalam setengah jam...last2 boring, dia tdo sampai sudah. Bagus anak ibu. Ubby lah tak sabar sangat nak tengok, dapat tiket kul 5.30ptg, ambik je saya dari tempat keje terus pecut ka Alamanda. Cerita tu ok la. Saya bagi 5 bintang.....

Ofis baru saya takleh online YM, Meebo, malah chat di Facebook pun takleh. Nasib boleh buka Facebook n blog ni. Kalau tak...mati kutu jugak saya. Sebenarnya takpe je, sebab balik rumah pun boleh online. Tapi kan, dah malam2 tu letih sket, mcm kawan2 pun tak online sgt mlm2 kan. Tu yang tak best sgt tuh.
Selamat Berhujung minggu semua!!

Monday, June 22, 2009

Alhamdulillah....

Tak tau nak tulis apa....cuma ALHAMDULILLAH...
Ambik sijil hari ni, dengan rasa yang sedikit kurang sihat....terlebih makan deghoyan agaknya.

Weekend...again...

Sabtu,

MIL n FIL sampai lewat petang bersama sebonet deghoyan Segamat....fresh from kebun....satu kete bau deghoyan....anak menantu punya pasal....SIL dari utara dah sampai pagi2 lagi.

Tengok ler kaki durian dah mengadap....dapat ler jiran kiri dan kanan merasa jugak...jiran jauh...mintak maaf yek...kang kena bagi satu taman pulak....

Seperti yang dirancang, sambutan beseday besar-besaran...kek disponsor oleh ubby - choc chezz kegemaran adik iparku....Nak tulis nama macam terlampau sangat...6 orang kan, jadi tulis nombor umur jek lah...

Tukang tiup lilin, dia yang lebih...huhuu....tu dia wajah2 enam orang yang dah bertambah umur....

Ni, cucunda tok Jaapau yang boleh tahan melasaknya....

Ahad

Pagi-pagi lagi sume dah pakat bangun. Nak ke Aquaria kata nenek. So, cucunda sume sudah bersiap awal....Tapi, jam 11 pagi baru gerak ke KLCC....

Tak padan memasing, 3 orang pun dah riuh satu umah!

Gambar-ganbar di Aquaria...Layan!

Suka tengok gambar ni...Ni gambar penuh family sebelah ubby.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...