Tuesday, December 01, 2009

DISEMBER

Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru jek memasang azam....sudah jumpa lagi satu tahun baru. So, sekarang ni sambil buat rutin harian sambil memikirkan apa yang saya nak capai pada tahun depan.....Semestinya untuk kepuasan diri, kerjaya dan keluarga. Dan yang paling pasti adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah dalaman yang membuatkan hidup saya tidak tenang pada tahun ini. Gambaran awal yang saya nampak keadaan tidak lagi akan menjadi seperti biasa....seperti 27 tahun yang lalu. Persediaan mental untuk menempuhi perkara ini perlu saya buat awal2.

Lama dah tak cerita pasal Sofea dan Syameel. Gambar pun dah lama saya tak update. Tak sempat sebenarnya tapi nanti saya cuba sempat-sempatkan.

Sofea

Sofea akan menginjak ke usia 5 tahun pada tahun hadapan. Tapi dia dah mengaku dia 5 tahun, marah sangat kalau saya kata umur dia 4 tahun lebih. Suka bertanya dan kalau boleh apa yang kite buat dia pun nak join sama. Kadang-kadang saya biar jek dia basuh pinggan makan dia sendiri kat sinki, walaupun dengan memanjat kerusi kecik, walaupun sampai basah-basah baju dia. Sekali-sekala ok lah....Kalau saya basuh pinggan atau buat sesuatu di dapur, selalunya dia akan ambil kerusi kecik dan menyibuk sebelah kita nak tolong.

Start last week, dia dah tidur kat bilik sendiri dengan adik Syameel. Nampaknya dia dah selesa sebab sy ada jugak try ajak dia tidur dengan saya bila tengah2 malam dia kejutkan saya buatkan susu, tapi dia taknak.

Suka jugak menyakat adik dia sampai nangis dan kadang2 adik dia buli dia jugak sampai menangis. Kelakar tengok kalau dia cuba-cuba nak dukung Syameel bila si adik menangis. Konon-konon nak pujuk ler tuh...Tapi saya tengok dia sayang dan boleh jaga adik dia...Alhamdulillah....

Apa lagi? Suka tengok channel 130 lately sebab ada intro citer Hindustan siap nyanyi2.....tu yang dia suka tu. Bosan dah kot tg Ceria... Lagu 'Nenek Kebaya' bukan main suka lagi...siap ikut nyanyi sambil menari.

Next year masuk tadika, tak tau la macam mana. Ni pun dah tak sabar-sabar...asyik tanya jek bile nak gi school ni ibu? Esok2 dah start tadika jangan nak lembik2 pulak.

Syameel

Belum pandai cakap lagi, cuma perkataan 'ayah' yang paling jelas walaupun dah masuk 1 tahun 8 bulan. Lain-lain dia panggil saya 'abu', panggil 'akak', sebut dan tunjuk 'bird' dan sebut 'air' bila nak minum susu atau air. Kena pandai teka ye ibu-ibu.... Time dia rajin nak bercakap tu, apa kite sebut dia akan cuba ikut. Tapi saya tengok Syameel ni pendiam sket. Dia lagi suka tepuk saya utk panggil dan bgtau sesuatu. Mungkin sebab gigi penuh dulu tu yang lambat bercakap kot....ayat nak menyedapkan hati. Dia faham kalau kita cakap atau suruh dia apa-apa tapi mulut tu berat nau nak bercakap. Sabar jek lah....

Paling suka berjoget, pantang dengar muzik, mesti bergoyang badan tuh. Sekarang ni kan ada cerita 'Nenek Kebaya' asal nak iklan je kan ada lagu dia sket, dia pun apa lagi...goyang sket pun jadi lah. Kalau masa ending lagu penuh, dia dengan si kakak sibuk lah menari siap dengan tangan2 sekali sebab nak ikutkan step kakak dia.

Makan macam-macam, tapi tengok badan comel jek. Baru2 ni kena gigit serangga, dia garu2 terus jadi kudis. 2 kat tangan n satu kat kaki. Berparut lah nampaknya tu. Saya dah siap belikan bio oil nak sapu lepas baik ni supaya parut tu hilang. Syameel...Syameel...

Kalau mengamuk, takleh nak tolong....terus baring atau meniarap kat lantai. Auta kuat! Kalau kita marah kat dia, mula lah nak buat muka comel2 kat depan kita. Nak sejukkan hati ler kononnya tu....Manja sangat!


Banyak lagi nak tulis pasal budak 2 orang ni...tapi malas nak taip. Takpe, nanti biar gambar je bercerita.

Minggu ni ada Team Building merangkap hari Keluarga ofis saya di Le Paris, PD. Clash pulak dengan perkahwinan kawan baik saya Nadia. Tak dapat ke majlis persandingan dia cuma saya sempatkan diri ke majlis pernikahan dia. Korbankan aktiviti Team Building yang start petang Jumaat....saya akan ke PD lepas majlis Nadia. Tak kisah ler sampai tengah malam pun...janji dapat hadir majlis kawan baik saya tu. Dah la masa bertunang haritu tak dapat pegi.

Next week pulak kalau takde aral akan ke Pulau Pangkor sertai family day company client ubby. Orang dah jemput, join jek la kan....Pastu, cuti dan cuti dan cuti.....Bulan ni keje 4 hari, cuti 3 hari....4 minggu berturut2 sampai new year....tak produktif langsung! hehehehe

Panjang pulak membebel hari ni. Keje melambak....ok ler keje,keje,keje!

5 comments:

sue said...

rindunya kat 2 buah hati ni... rasa mcm nak g kl je... hehehe

~adeQ~ said...

mai ler....kecik pintu kete, pintu gate kite tadahkan....hehehehe

sue said...

tengok fulus dulu ek..... hehehehe

Nurul said...

le paris? ahahaha..bak kata zt, makan rasa C*n*. Sungguh tak seronoknya la di sana..pangkor di musim hujan? anyway, enjoy it..ehehe

oren said...

seronotnya dpt pegi bercuti...

kami mmg dok plan, tapi sellaunya fulus ler tak berapa nak ada..tambah2 lps pindah nih, lagi ler..

tapi...

dah ada aktiviti yang menyeronokkan bebudak nih..mandi kolaaammmmmm...biar sampai kecut, baru bleh masuk umah..hahaha..bb syifa pon bleh tido ngan aman sbb abg2nye sibuk main kat luar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...