Monday, December 19, 2011

Banyak cerita tertangguh untuk dicatat buat kenangan....dah 2 minggu weekend penuh dengan aktiviti...

Monday, December 05, 2011

Graduation Day Sofea Nafeesa

Khamis / 1 Disember 2011 - Smart Reader Kids Putrajaya  buat gradution day di Dewan Seri Endon. Konsep Hi-tea. yang tak tahannya ada pulak presentation produk Melilea selama sejam. Panas punggung lah parents menunggu anak-anak buat show.

 
 Dalam tentatif jam 1.15ptg. Datang lah awal...

 Sampai jek, teacher kata start kul 1.30ptg. So, gi solat dulu.

 Goodies bag n lucky number.

 Meja di barisan depan....kena bayar extra...layankan ajer sebab tahun akhir Sofea sebelum ke sekolah.

 Karenah sebelum acara bermula...

 Ok, lepas presentation produk Melilea, makan!

 Pengacara pun kanak-kanak...comel! Ibu layan sms dari pejabat...=)

 There she goes! Scroll n best achievement for Tahap (BM)

 The show begin...

 Choral Speaking by 5 & 6 YO

Ada satu lagi Sofea masuk tapi ambil video. Nanti ada masa saya cuba upload. Hip-hop dance lagu Baby-Justin Bieber.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Weekend

PIL n SIL datang. SIL ada kenduri kahwin di PD, sepupu suami dia. Jadi Sabtu tu dia pergi kenduri bawak Sofea n Farhana manakala budak 'sando' ni tinggal kat umah saya.

Muhammad Aidil Syahmi - 3 months

Borak ngan atuk n Syameel

Ada pulak bayi tua teringin nak masuk buai...heheheh

Sambut belated birthday Nur Ain Farhana yang ke empat (29/11/2011)


Ahad pula lepas sarapan dan bersiap-siap, kami ke Alamanda. Abah belanja makan kat CRS. SIL terus balik Juru. Isnin nak masuk keje dah lepas cuti bersalin 3 bulan.

Suka gambar-gambar ni...tu dia MIL saya yang 'rock' n 'sporting'!!!

Bye-bye Syahmi!!!

Lepas SIL balik, kitorang terus ke Mines. Jalan-jalan cari pasal...

Minum-minum dulu..


Seronoknya!!!!


Weekend lagi satu family sebelah saya pulak datang. Nak ikutkan Disember ni tiap-tiap minggu ada aktiviti...Layannnnn....

Tuesday, November 29, 2011

Another Weekend in November

Jumaat
Sofea ikut saya ke ofis. Ada jualan baju sekolah di Wisma Minlon ni. Alang-alang nak tengok apa salahnya bawak modelnya sekali kan. Tapi, baju putih kat sini jarang. Harga RM8 sehelai. Saya beli kain siap jek 3 pasang sebab kain dia tebal. RM12 sepasang. Lunch hour bawak Sofea jalan-jalan ke Mines. Nasib Kak Shema dia ada nak melayan.


Sabtu
Balik kampung. Pokok rambutan kurus depan umah dah berbuah lebat. Banyak juga buah dia, sampai bertongkat sana sini.


 Ahad 
Sampai umah PIL dah maghrib, tapau McDota kegemaran ubby n beli kek sebiji. Sambut birthday PIL sekali harung.Tak cukup korum, tapi sebat jek lah dulu. heheh...kakak jangan marah eh...

 Atuk n nenek potong kek, tapi cucunda yang menyibuk.

tengok, sape yang over!

Sekian laporan hujung minggu kami. Bulan Disember ni banyak cuti...Cuti umum dan cuti rehat menguruskan hal keluarga. =)

Monday, November 21, 2011

Weekend yang malas

Sepatutnya sesi bergambar untuk gambar graduation SRK adalah 18hb iaitu hari Jumaat. Tapi cik kak ni kata hari Khamis. Dia kata teacher suh buat tocang kecik-kecik sebab Sofea masuk persembahan lagu hip hop...ku layankan jua...macam nak patah jari menggentel toceng kecik-kecik nih. Nasib baik ikutkan karenah dia sebab petang tu memang balik muka penuh mekap. Dah amik gambar tadi ibu, teacher kata rambut Sofea cantik...hehehe...

 Pasal melawa memang bagi kat dia...now keje menari apa-apa lagu sume boleh!!
 

Sabtu

Macam biasa sesi kemas rumah dan sebagainya. Mak ayah datang amik ubat sebab haritu saya dah amikkan kat Hospital Serdang. Jumaat petang sampai, Sabtu dah nak balik. takut banjir katanya.... tak sempat-sempat. Baru nak ajak makan ala-ala BBQ utk lunch. Pukul 11.00 pg dah bergerak balik. Jadi kitorang anak-beranak jek lah melayan daging korban.sebenarnya tempat grill tu PIL yang punya. Dulu pernah buat makan-makan BBQ masa kat umah sebeleum pindah kuarters. Punya lah lama...PIL malas nak bawak balik. Jadi benda ni sebenarnya dah 2 kali lah pindah randah.
Disebabkan guna kuasa elektrik, dia ada macam tempoh bertenang pulak lepas sampai suhu yang ditetapkan pastu baru panas semula. Jadi macam tak best n lambat sikit sebenarnya grilled guna benda ni. 

 Diperkenalkan Chef Sofea....huahuahua!!!

Konon-konon nak mengasah roda malam tu kat depan Masjid Putra, tapi ujan tak berhenti-henti dari petang. Maka roda pun tak berasah dan lemak pun diternak sewenang-wenangnya.

Ahad

Kemas-kemas n sekali lagi grilled daging macam semalam. Malam makan megi jek laki bini sebab cuaca sejuk. Memang hujung minggu yang bermalas-malasan di rumah sambil melayan tv.

Isnin

Tuan-tuan dan puan-puan ni gambar subuh hening tadi yer...malas nau nak bangun. Dah ler tengah malam berhijrah ke katil saya. Siap sound lagi," ibu tepi sikit...sempitlah."

Thursday, November 17, 2011

Lama tak update!

Sibuk mengalahkan apa menyiapkan hal-hal duniawi nih....Naik cuti raya Haji, kerja cuma beberapa hari jek. Masuk ofis pun celup-celup jek. Ada lawatan dan mesyuarat.

10 November 2011- berkesempatan membuat lawatan bersama rakan pembimbing AKRAB jabatan ke Baitul Islah. Sebenarnya tempat ini adalah pusat penjagaan bagi remaja yang bermasalah. Setakat harini ramai remaja dapat dipulihkan melalui 3 konsep yang dilakukan oleh Ustaz Roslan ni. Konsep yang melibatkan 3 peringkat iaitu
            (i)   Rawatan/perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk membersihkan hati
            (ii)  Pengisian - dengan memeberikan ayat-ayat suci ini untuk dihafal dan si amalkan
            (iii) dan Kepimpinan di mana, anak-anak yang semakin pulih akan diberikan tanggungjawab membantu memberi bimbingan kepada junior yang baru.

Meremang bulu roma saya bilamana ada hadis2 yang di sebutkan semasa ceramah dapat disambung oleh mereka dengan lancarnya. Alhamdulillah...semoga anak-anak ini akan terus berada di jalan yang lurus dan menjadikan segala pengalaman hitam mereka sebagai pengajaran di masa hadapan.




19 November 2011- Jemputan kenduri kahwin di Seremban 2 oleh rakan seofis yang mengahwinkan anak perempuannya. konvoi bersama Kakak 2 dan boifren dia.

 sedapnya makan....

 lebih-lebih lagi cendol ni...

 sekitar majlis...tunggu pengantin tapi tak keluar2 lagi...awan dah gelap...terus balik je..


Cemana nak kurus...makan sedap-sedap jek...kat Presint Diplomatik ada satu restoran baru nama IBOK-ikan bakar orang kampung katanya... kitorang cuba jek...sedap gak ikan bakar dia...takyah tunggu sampai setengah jam macam kat Sekinchan IB tu...

 2 atas makanan di IBOK, bawah kiri mihun sup daging korban saya masak weekend berulang-ulang makan tukar mihun, kuey teow  n mee...bawah kanan tu nasi di kenduri kahwin Seremban 2 tu.


Pencuci mulut ubby bawak balik lepas event kat ofis dia...yang bulat tu mak ai....coklat semata! Dan inilah hasilnya!!!


Amik gambar untuk bagi kat SRK untuk Buku Program katanya... macam-macam pose.. last-last ubby yang emailkan sebab ofis blackout dan teacher nak cepat.


Ubby hantar gambar yang bawah ni......


Monday, November 14, 2011

Merudum

Baru-baru ini kalau ada yang perasan saya ada public kan blog ini sebentar. Dan beberapa hari selepas itu saya terima komen yang terkesan di jiwa. Rupanya masih lagi nak sibuk baca blog kita kan...

Jadi, bagi tidak menyesakkan jiwa dan raga saya mengambil keputusan biarlah blog ini cuma boleh dibaca oleh rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Blog saya bukanlah blog yang memberi banyak maklumat berguna pun. Cuma sebagai kenangan setiap aktiviti yang saya lakukan bersama keluarga dan rakan-rakan.

AAK??? 

ye...saya kisah....

Tuesday, November 08, 2011

AidilAdha 2011

Sebelum citer pasal raya meh nak citer pasal penapis air. Dulu saya pakai penapis jenis Genki yang dibeli dengan cara tidak sengaja. Tak ingat pernah citer ke tak tapi kes kena tipu gores dan menang la. Ntah macam mana dalam bulan puasa haritu, penapis tu pecah. Memang dah takleh nak guna lagi dah.
 src:Google

Dalam pada tak bertapis tu selalu basuh baju akan lekat kuning2 kat celah2 baju lepas spin tu...angin satu badan. Takleh jadi nak beli penapis lain makan riban jugak, maka solusinya gunalah apa yang ada dulu, dan Alhamdulillah masalah baju kotor lepas basuh tu dapat diselesaikan. kalau tak, nak sidai baju mesti jadi Tarzan mengamuk!

Pernah terbaca di artikel ni  kata tak boleh pasang penapis air. Macam mana tak pasang kalau kualiti airnya macam ni???
3 hari selepas dipasang - beli harga RM20.00 je


Citer RAYA

Raya Haji kali ni di rumah mak saya sebab Aidilfitri haritu rumah mertua kan. Raya biasa-biasa je. tahun ni takde sembelih lembu di depan rumah saya. Buat di masjid sahaja. Jadi ubby bawa anak-anak pergi tengok di mesjid. Atuk yang kerja kuat.

Makanan toksah cakap lah memang banyak sekali, macam-macam ada....rosak diet saya...hehehe....tak amik gambar sebab malas.

Malam sebelum raya...anak bujang melayan game



Pagi raya berangkut ke masjid nak tengok lembu.

Seronok diorang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
last sekali, tengok lah orang ni makan laksa mak dia masak.....
asyik masyuuukkkk.....tak toleh kiri kanan dahhhhh.....heheheheh
ampun Ubby!!! =)


Wednesday, November 02, 2011

Malam Burger

Selalunya kalau dah balik lewat dan buntu nak makan apa, ni lah pilihan kitorang. Burger kat BBST dekat area Empress Hotel..Lori abang tu memang sentiasa ramai pelanggan. Pada saya burger dia sedap, cukup rasanya. Ni versi saya, kalau ubby dia tak mau mayonis...lecak katanya....hehehehe

Tuesday, November 01, 2011

RED WOK

Lama tak gi makan-makan macam ni. So, apalagi sempat tak sempat cukup tak cukup kitorang serang jek Red Wok malam semalam....Makan puas-puas dan ubby tukang bayar....hehehehe....TQ ubby!

 Kakak 1 dan Kakak 2 jek terlibat. Kakak 3 ada keje...

 
Licin kau!

Tukang bayar...

Saturday, October 29, 2011

Hari Graduasi Tadika/Taska VONAD

Sabtu petang, ada Hari Graduasi Tadika/Taska VONAD. Syameel terlibat dalam acara Nasyid dan Sofea takde apa-apa acara. Kami yang paling awal sampai. Acara bermula jam 2.30 petang. Pukul 1.45 saya dah samapi. Nak duduk depan....Biasalah, mak-mak memang mcm ni...eksited terlebih...

 Di barisan hadapan....keluarga Sofea&Syameel....hehehehe

Pengacara Majlis, Pembacaan Doa, Kata-kata Aluan Pegusaha Taska dan Welcome Text dari wakil 6 tahun.

 Macam-macam persembahan - Joget Pahang, Dikir Barat, Pakaian Beragam, Nasyid.

  Story Telling, Chicken Dance, Tarian Ngajat Tampi ada lagi Tarian Nobody...

 
 Dan akhirnya penganugerahan Sijil kanak-kanak 6 tahun dan Jamuan.

Semuanya PERCUMA yer....heheheh... Oleh sebab itu, balik dari majlis mari kita ke TF untuk menyejukkan tekak....

 Timbangan pertama tak ingat donia ubby - RM20 dan timbangan kedua saya RM10.60

 Seronoknya makan ice-cream!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...