10 November 2011- berkesempatan membuat lawatan bersama rakan pembimbing AKRAB jabatan ke Baitul Islah. Sebenarnya tempat ini adalah pusat penjagaan bagi remaja yang bermasalah. Setakat harini ramai remaja dapat dipulihkan melalui 3 konsep yang dilakukan oleh Ustaz Roslan ni. Konsep yang melibatkan 3 peringkat iaitu
(i) Rawatan/perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk membersihkan hati
(ii) Pengisian - dengan memeberikan ayat-ayat suci ini untuk dihafal dan si amalkan
(iii) dan Kepimpinan di mana, anak-anak yang semakin pulih akan diberikan tanggungjawab membantu memberi bimbingan kepada junior yang baru.
Meremang bulu roma saya bilamana ada hadis2 yang di sebutkan semasa ceramah dapat disambung oleh mereka dengan lancarnya. Alhamdulillah...semoga anak-anak ini akan terus berada di jalan yang lurus dan menjadikan segala pengalaman hitam mereka sebagai pengajaran di masa hadapan.
19 November 2011- Jemputan kenduri kahwin di Seremban 2 oleh rakan seofis yang mengahwinkan anak perempuannya. konvoi bersama Kakak 2 dan boifren dia.
sedapnya makan....
lebih-lebih lagi cendol ni...
sekitar majlis...tunggu pengantin tapi tak keluar2 lagi...awan dah gelap...terus balik je..
Cemana nak kurus...makan sedap-sedap jek...kat Presint Diplomatik ada satu restoran baru nama IBOK-ikan bakar orang kampung katanya... kitorang cuba jek...sedap gak ikan bakar dia...takyah tunggu sampai setengah jam macam kat Sekinchan IB tu...
Pencuci mulut ubby bawak balik lepas event kat ofis dia...yang bulat tu mak ai....coklat semata! Dan inilah hasilnya!!!
Amik gambar untuk bagi kat SRK untuk Buku Program katanya... macam-macam pose.. last-last ubby yang emailkan sebab ofis blackout dan teacher nak cepat.
Ubby hantar gambar yang bawah ni......
5 comments:
makin cantik sekarang nie
bukan cantik lah kak...udah gebus....heheheh
bagus..sudah ada gambar satu family :)
gigi syameel ok tak? gigi si nabil dah nak rosak... asyik makan coklatttt je keje nye.
ada sket, tapi minor lah...nanti kita buat entry gigi pulak..hehehe
Post a Comment