Showing posts with label Mak. Show all posts
Showing posts with label Mak. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Oh OMMA!



Keputusan echocardiogram mak semalam tak berapa cantik. Doktor sarankan supaya mak lalui sekali lagi ujian Angiogram supaya doktor boleh kenalpasti samada ada arteri tersumbat atau tidak. Prosedur ditetapkan pada Jun 2015. Dalam tempoh 6 bulan ini, doktor minta mak turunkan paras gula dalam darah. Keputusannya mesti 5.6 kebawah selepas berpuasa dari malam hari.

Mak memang trauma selepas keluar dari Hospital Putra kerana sembab air (jantung yang lemah tidak dapat mengepam darah dengan betul). Mak berehat beberapa bulan di rumah saya selepas berada seminggu di dalam wad.

Dari pemerhatian saya, mak risau dengan keadaan dia sekarang. Tapi pada saya keadaan mak adalah lebih baik berbanding semasa beru keluar wad dulu. Mak kata trauma duduk rumah saya sebab teringat masa sakit 2012 yang lalu.

Macam mana nak buat hati mak tenang, gembira dan tak memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan?
Ayah yang terbaik, setia melayan mak walau apapun.

Esok mak balik bawas sekali Sofea dan anak abang. Semoga cucu-cucu besar ni membantu menceriakan hari-hari nenek sepanjang cuti persekolahan ini.



p/s: Mak, i love U!

Friday, April 13, 2012

Angiogram

 
Alhamdulillah, Isnin lepas (9/4/2012) mak dijadualkan untuk buat prosedur angiogram. Punyalah takut mak, asyiklah cakap "mak takut lah dik" berulang kali.Saya hanya mampu tenangkan mak dan cerita yang baik-baik sahaja sedangkan saya pun takut jugak. Memanglah risikonya sangat rendah (1% sahaja) tapi mungkin kita adalah tergolong dalam peratusan tu, hanya Allah je yang tahu.

Awal pagi kami dah bergerak ke Hospital Serdang. Mak kena berpuasa mulai Ahad malam.Sampai di hospital mak ke wad harian untuk menyalin pakaian dan bersedia sebelum dipanggil ke makmal untuk membuat prosedur tersebut.

 Sebelum: Nampak cam relax, tapi dalam hati cuak! =)

Dalam jam 9.30pagi, nurse datang dan menyorong mak menggunakan kerusi roda dari wad ke makmal. Saya dan ayah hanya menunggu di tempat menunggu di luar makmal. Berdebar-debar, sekejap-sekejap pintu makmal terbuka. seorang demi seorang yang terdahulu dipanggil disorong keluar. Ada yang guna kerusi roda, ada yang guna katil. Saya dapat agak mesti yang guna katil tu, prosedur dilakukan melalui kaki.

Lebih kurang jam 10.35 pagi, mak keluar dari makmal masa tu saya menghadap ke tempat lain, ayah yang tengok mak keluar tapi ayah boleh tak cam sebab mak pakai topi macam shower cap warna biru tuh. Sampai mak panggil ayah 2 kali baru ayah perasan tu isteri dia. Kelakar betul. Lega gila tengok mak senyum-senyum jek masa keluar tu. Mak kata tak sakit, sakit sikit jek masa cucuk jarum kat tangan tuh. Syukur...Alhamdulillah...

Oleh sebab mak buat melalui tangan, maka waktu rehat hanya 3 jam sahaja. Kalau melalui urat kaki, kena rehat 6 jam dan kaki tak boleh dibengkokkan. Mungkin masa di hospital ubat bius masih berkesan lagi, mak kata tak berapa sakit pun. Bila balik rumah tengah hari tu, mak kata ada rasa sengal dan bisa kat tangan dia. Nurse pesan boleh makan Panadol cuma jangan makan ubat cair darah sahaja sebab taknak berlaku pendarahan kat tempat cucuk tu. Mak pun tak dibenarkan buat kerja berat guna tangan tu sekurang-kurangnya 3 hari.

Selepas: Oklah tu boleh senyum dan borak semua. Lega hati saya!!

Nasib baik saya mohon cuti 2 hari dan Rabu pula cuti umum. Dapatlah mak berehat kat rumah saya sambil saya yang uruskan masak-memasak semua. Ayah nak balik kampung awal tapi saya tak benarkan sampai tempoh 3 hari habis. Saya risau dah balik rumah kampung nanti, mak terlupa dan guna tangan tu untuk buat kerja rumah. Jadi nak taknak ayah terpaksa akur dan Khamis pagi baru diorang balik ke kampung. Masa tu mak dah lebih sihat dan sakit tangan tu pun dah berkurangan.

Semoga Allah berikan mak kesihatan yang baik sepanjang hidupnya. So, sekarang mak hanya sambung ubat yang boleh diambil dari Hospital Segamat dan tak perlu lagi ke Hospital Serdang sebab keputusan angiogram tu - tiada saluran darah yang tersumbat. Semuanya bersih sahaja.
Mak cuma akan sambung ubat darah tinggi ( bp masih terkawal), kolestrol dan kencing manis (paling tinggi bacaan lepas berpuasa hanya 8.9) serta satu jenis ubat jantung sahaja.

Syukur....Alhamdulillah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...