Showing posts with label Ubby. Show all posts
Showing posts with label Ubby. Show all posts

Wednesday, January 07, 2015

Suamiku... Selamat Hari Lahir!

 
Semoga dipanjangkan usia untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di bumi Allah dan melaksanakan kewajipan sebagai hambaNya dengan sebaik-baiknya...





p/s: Hadiah dan sambutan ditangguhkan pada masa yang ditetapkan bagi mendahulukan keperluan persekolahan anak-anak...heheheheh

Tuesday, January 08, 2013

IC Baru

Umur baru, Kad Pengenalan pun baru. Ubby dah selamat buat IC baru...Dia buat Ahad lepas dan ambil pada Isnin (semalam). Saya tak ikut, pergi JPN Putrajaya pun sebab BIL punya IC dah rosak sim kad dia. Tak boleh nak baca jadi nak buat kad bank pun tak boleh. Macam mana nak keluarkan gaji kan...Tu yang ubby bawa dia ke JPN. 

Cadangnya saya nak buat sekali tapi sebab PIL singgah rumah, jadi saya beralah buat lain kali. PIL balik pagi Ahad tu juga tapi takkan nak biarkan diorang kat umah sedangkan tuan rumah takde.JPN Putrajaya buka juga pada hujung minggu. Jangan risau. =)







p/s: IC lama gambar kuncup sket, IC baru gambar kembang sket...

Monday, March 05, 2012

Weekend

Sofea sekolah Sabtu lepas. Sekolah ganti bagi Cuti CNY yang lepas. Sekolah buat Program Hari Kantin Sekolah masa ni. Ibu bapa pun digalakkan hadir selain membeli kupon bagi menggantikan tunai untuk membeli barang-barang. Macam-macam ada, nasi lemak, roti sosej, keropok lekor, nugget, buah potong, air macam-macam kaler, ais krim, dan cenderamata sekolah.
  Sofea dengan kawan dia.

 Ibu Sofea yang asyik lah tukar kupon sebab macam-macam nak beli...=)

 Pengeluar dana....Kopak RM25 beli makanan..=)

Sempatlah balutkan meja untuk kelas Sofea. Dapat dalam 12 meja sahaja. Dah penat n pening-pening. Pukul 12.00 tgh dah balik. Balik pun tak terus ke rumah. teringin pulak nak makan karipap IKEA. So, gamble jek terus ke IKEA dengan Sofea berbaju sukan sekolah. Memang jalan-jalan cari pasal sungguh. Masuk Toys 'R' Us ternampak roller blade kanak-kanak siap padding dan helmet. Rm219.00. Tapi helmet dia macam besar. Beberapa kali gak pikir nak beli ke tak untuk Syameel ni. Tapi macam ishhh tak beli nanti mesti macam menyesal pulak. Elok-elok nak beli satu benda tu, pergi dekat tempat helmet untuk cari helmet Syameel, ubby dan Sofea pun sibuk cuba helmet diorang....Jadilah berbarang-barang dibeli...=)

Boys Adjustable Skate Combo (Age: 4- up;)

Malam Sabtu hujan turun dengan lebatnya, maka tak dapatlah Syameel nak rasmikan. Cuma pakai dalam rumah jek, main atas karpet nak bagi dia sesuaikan kaki dia.

Ahad petang, terus ke Dataran Nilai. Masing-masing nak cuba barang baru...Ibu jek lah tengok je sambil ambil gambar...

Anak beranak in action!


Syameel tak jatuh pun...cuma takdelah sliding sangat. Lebih macam jalan sambil biasakan diri.

Seronok tengok diorang....Saya kena bersara sementara dalam setahun ke..agagagaga!





p/s : Sudah mula ke trimester ke dua, tapi loya ni masih tak hilang-hilang lagi. Malam masih letih dan tak berdaya.Rasa macam menyusahkan orang lain jek...=(

Thursday, July 21, 2011

Ayah dan Anak

Pagi tadi,

Syameel dah siap pakai baju sekolah semua, dia duduk kat meja study dia n tulis-tulis dalam buku. Datang si ayah,

" Syameel buat apa tu???"

" kaler-kaler...." jawab Syameel selamba,

" ooo...kaler sayur eh?" tanya ayah,

"Bukan lah ayah, ni carrot!"  Syameel jawab dengan confident.

Ayah : blurrr.....terkena aku....

Hahahahaha.....terus teringat iklan bunga orkid tu......


p/s: anak bujang awak dah besar, ubby....

Tuesday, June 14, 2011

Ubby belikan hadiah ni. Seronoknya...... Jadi Ahad nan indah kuatkan diri n buat 2 projek.



Projek 1, Cheese Cake



Projek 2, Biskut German

Dan petang Ahad tu jugak start takleh nak bangun dah. Badan dah sakit-sakit n seram sejuk tak tentu rasa.
Maka Isnin pergi klinik amik ubat n MC, dan berdebum tdo sepanjang hari penangan ubat selesema.

p/s: kalau baby tukar bulan, demam. Ni orang tua tukar tahun kot...hehehhe

Tuesday, March 22, 2011

Cerita di suatu pagi

Sejak makan JRD ni celik lah jugak mata saya masa dalam kereta pagi-pagi tu. Kalau tidak memang bantai membuta jek lah. Ubby ajk berbual pun saya jawab melalut-lalut.

Minggu lepas, di suatu pagi yang indah...cewah! Dalam perjalanan ke ofis sambil-sambil mendengar SINAR tu, ada lah seorang suami ni dia kata isteri dia kat rumah biasa-biasa saja, takdelah manja-manja dengan dia. Pertama kali dia bawa isteri dia pergi bercuti, semasa percutian barulah isteri dia tunjuk kemanjaan dia pada suami tu.....

Kata KE, kena bawak gi bercutilah selalu, baru isteri suka dan bermanja-manja. Maknanya dia rasa dihargai sebab dapat berjalan-jalan....

Kata ubby, " sayang, walaupun ubby tak bawa sayang gi bercuti, ubby sebenarnya sangat-sangat menghargai sayang tau...."

Sayu saya dengarkan ubby cakap macam tu, ubby....jalan-jalan bercuti pun kalau ubby tak sayang saya tak guna jugak. Jadi, biarlah kita jalan-jalan gi kerja sesama, balik kerja sesama....jalan lah jugak tuh....Janji kita bahagia...anak-anak pun tak komplen....


Anak-anak tu senang jek, kita buka kolam depan umah, terus lupa nak gi bercuti2...hahahahha

p/s : I love u, ubby!

Monday, January 17, 2011

7.1.2011

Alhamdulillah...genap usia ubby 34 tahun pada tahun 2011 ini dengan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, pekerjaan yang stabil dan anak-anak yang comel. hiks...comel ker anak-anak ai??heheheh

Sambutan kecil-kecilan je di SR. Kek pun sepotong sahaja.Makan 4 orang adalah sangat bahagia!


Ubby dengan black forest cheese

 Anak-anak yang excited terlebih.

 
Selamat Hari Lahir Ubby....Love u....

Favourite dia tu -Tomyam kung!

Dessert please...


Thursday, September 02, 2010

Ya Allah....pejam celik dah nak penghujung Ramadhan.... Saya dah tak tau nak masak apa untuk sahur dan tak tahu nak beli apa lagi untuk berbuka. Kadang-kadang tu buntu nak pikir nak makan apa untuk bersahur. Kalau saya sorang, roti pun dah cukup. Ni kesian kat ubby dengan Sofea. Pagi tadi dah buntu sangat, goreng bihun jek. Tu pun cuma letak telur dengan sawi jek. Tak meriah langsung....hehehehe...Sofea pulak saya goreng telur, masukkan nasi dan bubuh kicap sekali gorengkan dengan telur tu. Laju jek dia makan.

Dah nak cuti raya ni, keje kat ofis boleh tahan banyak jugak. Keje saya asyik terbengkalai dan buat benda lain. Last2 saya pun lupa keje saya dah sampai mana. Bos atas saya balik dari banci pun tak tau bila. Dia ada bagus jugak, tapi pening pulak nak melayan karenah dia lagi. Adoi...sepanjang kerja saya belum lagi dapat bos yang bagus, best.... Naik cuti raya jek nanti ada konsultan dari NZ nak datang. Ni tengah sibuk buat preparation, tentatif program, bajet, transport, surat menyurat, book tarikh sana-sini, booking restoran/hotel......phewww!

Ubby dah mula kerja di tempat baru. Bidang yang sama, tapi jenama yang berlainan. Lebih mencabar sebab company baru setup. Dia lah kerani, dia lah ofis boy, dia lah nak buat sale.....pendek kata...sume dia. Dan bos baru dia pun ok, bagi kepercayaan penuh kat dia. Harap-harap biarlah panas sampai ke petang. All the best untuk ubby!
Last week balik kampung, konon nak cuti sampai 5 hari, tapi ubby kene kerja pulak 30hb tuh. Nak tak nak kena balik umah jugak Ahad malam. Nasib SIL sekeluarga ikut sekali. Tahun nih diorang beraya kat Utara jek, sebab cuti dah tinggal sangat sikit. Tapi takleh percaya SIL tu, ikut nak balik, dia balik jek....heheheh

Baju raya anak-anak tahun ni beli sangatlah last minit....Mana taknya, cuti merdeka haritu baru terhegeh-hegeh nak ke OU, punyalah ramai si kapir laknat ni bershopping jugak....nak parking punyalah susah....Lepas ke OU, sambung lagi ke IKEA pulak.....Buka kat SR, pastu terus balik umah. Letihnya badan toksah cakapla....Esoknya keje pulak...aduyaiiiii!!!!

Saya start cuti raya 8hb ni. Harap tahun ni takdelah babak-babak drama swasta lagi....


Tuesday, June 15, 2010

KEK

Seperti yang dihajatkan, nak makan kek dengan anak-anak....malam tadi, lepas berbuka puasa dan solat maghrib, kek ditaja oleh mak dari kampung.....Gasak anak-anak keje meniup lilin ajer. Pasang, tiup, pasang lagi dan tiup lagi....lepas Sofea, Syameel....

berebut nak potong kek, siap colet2 coklat atas kek tu....


Bahagia....

Friday, June 11, 2010

Taraaa!


Inilah hadiahnya, tambahan koleksi novel saya. Selalunya pilihan ubby pasti tak menghampakan. Nak start baca dah ni!

Tq ubby!


Hari ini genap umur saya 28 tahun. Syukran ya Allah kerana mengizinkan saya mengecapi sesuatu yg bernama kehidupan selama ini dengan dikelilingi oleh keluarga dan sahabat handai.

Sepanjang 6 tahun berkahwin ubby belum pernah gagal memberikan hadiah kepada saya, walau sebenarnya kasih syg dan tanggung jwb terhadap sy dan anak2 sudah lebih dr mencukupi. Dan pagi ini sekali lagi hadiah buat sy. Tq ubby, semoga rumahtangga kita berkekalan hingga ke akhir hayat...

Nak tahu isinya? Jap lagi saya buka...jeng,jeng,jeng!

Monday, May 03, 2010

Redha


30 April 2010, ubby sembahyang Jumaat di P16, Putrajaya. nak dijadikan sebab....cermin tingkap penumpang sebelah kiri telah dipecahkan oleh pencuri dan telah mencuri beg laptop ubby yang berisi laptop semestinya, Celcom Broadband USB, thumbdrive, dan beberapa dokumen penting yang lain.... Sangat bersabar dengan kejadian ini....

Saya doakan semoga Tuhan bukakan pintu hati manusia ini untuk memahami kesusahan orang lain.....

Thursday, April 08, 2010

Akhirnya..

Lepas penantian satu penyeksaan....baru nampak kete depan mata......Cek, jangan tak cek....




Ni dia idaman hati ubby...akhirnya diperkenankan untuk dimiliki....Syukran ya Allah.


Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan ubby.....sayang tumpang gembira jugak....


Syukran ya Allah...

Monday, April 05, 2010

Jumaat, Sabtu dan Ahad

Jumaat - 2 April 2010

Sambutan hari lahir Syameel yang ke-2 diadakan di taska secara kecil-kecilan sahaja. Cuma potong2 kek dan menyepah taska dengan krim yang hijau tu....jenuh jugak melayan budak2 walaupun cuma makan kek saja. Apapun, enjoy!


Besday Boy yang excited, tapi tak dapat tiup lilin sebab rendah...lagipun dah dikerumun kanak2 yang ramai...

Konon-konon nak buat peace...tapi tak angkat cukup jari....



Cerita weekend

Sabtu, Sofea terlibat dengan aktiviti di KUMON - Recognition Day 2009. Sofea cuma sertai fashion show jek, tak dapat apa2 sijil sebab pengiktiraan sehingga 2nd quater 2009. Sofea joined KUMON September 2009. Saja suka-suka tapi macam biasa lah...ibu dia yang terlebih sudah.... Oleh kerana tidak dapat menyewa dewan, maka ibubapa tidak dapat turut serta semasa majlis tersebut. Student jek dekat 200 orang. Saya sampai jam 12.30 tgh utk jemput Sofea pun tengok huru-hara jek budak2 ramai....

Gambar sebelum pergi...senang bangun pagi sebab nak pakai baju lawa...

Pasal posing...tak payah suruh pun....


Ahad

Ubby melayan F1 sorang-sorang sebab takde sape nak teman dia tengok....hehehe....tiket mahal oooo....daripada pegi anak beranak sampai RM600, baik makan2 di Penang...kan kak kan....next time ada peluang dapat tiket promotion(murah sket) baru kite gi anak beranak k....

Thursday, September 10, 2009

Macam-macam Ada....

Mari mandi-manda, jalan-jalan.....sukahati...Gambar ni dah lama jugak terperam dalam kamera...baru sempat nak upload ni ha....hari kejadian adalah pada 15 & 16 Ogos 2009 yang lalu....

Kolam kicik, org nak mandi ramai....sumabat ajerla....


Row row row ur boat......suka bukan main...adik2 tengok jek la....Ni kat HPPNK, MITC Melaka.


Ni kat MICCOS, UO dan HPPNK. Tengok bujangku yang takut naik kuda pusing tuh......



Sofea & Syameel......sekarang......


Ini budak nak korek chewing gum dalam mulut paksu dia....manja bukan main dengan paksu dia....



Ni cerita baru sket, hasil projek menyangkul dan menabur dan menambah batu-batu itu di laman sekangkang kera saya.... Projek dilaksanakan pada malam hari sebab siang tak larat oooo...puasa.....pada 5-7 September yang lepas. Bila la nak kasi tile simen tu.....pagar pun tak naik lagi...bajet takdok...

Thursday, January 22, 2009

Semalam

Selasa,

2.45 pm- ubby call bgtau maknyaing (MIL punya mak) dah meninggal tgh hari tadi.....

7.00pm - gerak balik kampung, oleh sebab mak abah di Kedah kerana rombongan ofis abah dalam perjalanan balik, abah suruh kami tunggu di Seremban.

10.00 pm - mak abah sampai di R&R Seremban dan gerak ke kampung. Sampai umah mak abah dekat kul 1 a.m.

Rabu,

4.30 am - gerak ke Rengit, di mana jenazah akan dikebumikan....makNyaing pernah jaga ubby dulu masa kecik2....satu2nya nenek yang tinggal sebab sebelah saya pun dah takde atuk nenek lagi.....dan sekarang...kami dah takde atuk dan nenek.....

2.30 pm - selepas selesai segala urusan, jenazah selamat dikebumikan jam 10.00 am. Kami bergerak pulang semula ke umah mak abah. Singgah sebentar ke rumah mak ayah saya sbb Sofea n Syameel saya tak bawak gi Rengit. Jumpa sekejap, makan, terus balik umah mak abah amik kete dan siap2. Anak2 tinggal di kampung....huhuhu....request atuk nenek n maksu.

7.50 pm - Berdua-duaan pulang ke BBST. Sampai umah....bummm....zzzzzzzz....

sangat menginsafkan bila melihat jenazah
dimandikan,
dikafankan...... macam mana bahagian saya pula
nanti...

Tuesday, January 20, 2009

Akhirnya...

Akhirnya...semalam...dapat jugak belikan hadiah untuk besday ubby yang dah lepas tuh. Pikir punya pikir.......ubby nak sepersalinan utk keje....diulangi SEPERSALINAN ok! huhuhuu...Nasib ada sale kat Parkson. Dapatlah kemeja sepasang dan seluar sepasang. Bajet saya ciput jek. Dapat jugak kasut sepasang...Alhamdulillah....ubby gembira, saya lagi gembira!!! Takleh beli mahal2 sebab, kalau sy beli guna kredit kad, tak aci...sebab ubby jugak yang bayar nanti...So, yang saya belikan ubby ni mmg guna duit simpanan ASB saya...khas utk ubby. So, I LOVE U lah ubby!!!!

Thursday, January 08, 2009

Outing
2 januari lalu, ubby kena cuti wajib...jadi sy cadangkan ubby bawak anak dara dia jalan2...tgk wayang ke....So, tak nak gi jauh2, ubby bawak ler anak dara dia ke Alamanda. Kononnya nak tengok wayang, tapi sume movie yg sesuai start kol 12 lebih...hari pulak Jumaat, mcm mana nak tgk kan? Diorg jalan2 jek lah sambil melayan game kat pusat hiburan depan bowling tuh....

Angkasawan
Kebetulan mencari buku pada hari Jumaat tu di MPH, ada pulak advertisment pasal angkasawan Malaysia nih nak dtg hari Sabtu....Jadi Sabtu nan indah tu, kami anak beranak menyibukkan diri ler ke Alamanda (again...)....Beratur sikit punya awal, giliran ketiga lagi...huhuh....syok....kurus sket dah angkasawan kite nih....



Lepas dapat autograf sume, kitorg lepak2 ler kat taman permainan depan Parkson. Melepas gian Sofea main kan....tapi yang bergambar ibu dia yang lebih...huahuahua....


7 Januari 2009
Selamat Hari Lahir buat ubby terchenta....chewah....i memang jiwang kan...this year takde surpise cupcakes mcm tahun lepas...takkan nak buat every year kan...tak surprise ler....kali ni sambut biasa2 jek..anak beranak kat SR di Jusco Balakong....kek pun kicik ajer...takleh mkn manis2 byk2...jaga kesihatan, kata ubby....ubby lum bgtau nak hadiah apa....tapi, ada jugak dia mintak Honda Civic 2.0 kat saya....boleh saya belikan tapi yang mainan punya...aci tak? huhuhuhu.....
Interview
Alhamdulillah...berjalan lancar...tak tanya pun apa yang saya hafal,visi,misi, piagam...huhuhuh...soalan bonus tetap ada...sanggup bertukar ke mana2 tak? ngeri you nak jawab! Nasib baik dr 8 org sy n kak Nurul org ke 7 dan ke 8, kami di temuduga dalam masa 10-15 minit jek...org lain kena 1/2 jam ooo....Apappun, dah selesai....hilang dah rerama dalam perut...ada rezeki kami, adalah...Alhamdulillah....kalau takde...kite cuba lagi next time....

Thursday, October 16, 2008

Dan Makan Lagi...

Cerita basi lagi....tak sempat nak tulis entry ni. Last Sunday, MIL&FIL buat open house. Memandangkan tak ramai orang di rumah....kami pulang jugak ke kampung membantu. Kesian pulak tak cukup kakitangan. Tukang masak di import khas dari Mersing, bukan org lain pun...adik perempuan abah...Pembantunya mak lang dari Pekan.

Menu:
Rojak petis
Soto
Mee goreng
Ayam goreng
Rendang
Nasi Impit


Orangkuat abah...termasuk tukang amik gambar gak tau!

bahan-bahan masakan, kuah soto dan rendang daging

syameel ngan aunty kila landing...tgk orang lalu lalang.

adik n the gang menggoreng sate segera keluaran PPNJ....tetamu yang datang sampai ke maghrib...

my ubby yg sangat rajin....

Kami bergerak balik BBST jam 10.30 malam dan sampai umah dekat2 jam 2 pagi...ngantu ooo....teman ubby borak pun sampai melalut2 cakap....
Isnin tu pegi keje dah macam zombie jek...meeting pun ntah apa2....heheheh

Friday, March 14, 2008

Ulangtahun

13 mac 2004, saya selamat diijabkabulkan dengan kekasih pujaan hati oleh bapa saya...setelah black out pd ptg sehingga lepas maghrib. Hampir2 tak jadi nikah malam tu.

Dan alhamdulillah.....sudah 4 tahun berlalu dan dah nak masuk anak kedua pun...Semoga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat...AMIN...



Berkongsi tarikh yang sama, abang sebab dia nikah pagi, saya nikah malam. So, semalam kitorg gi celebrate di Pizza Hut je...Abang belanja...TQ,TQ.....


abang n my SIL, lap u both!

buah hati dia, Nur Aimi Syahira, 3

merangkap bella

Dan malamnya...ada surprise dari ubby.....

LUV U ubby!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...