Wednesday, June 30, 2010

Take rainbow!


Lepas berhempas pulas isi e-cencus, mari kita take 5, eh take rainbow.

Nak ikutkan kejap je nak isi, tapi asyik la kena login je. 2 jam baru siap. Harap nanti kalau responden isi senang dan takde masalah...

Tiba-tiba...

Tu lah....tangan gatal, tengok-tengok pastu sedih-sedih sendiri...padan muka.....
Nasib jugak tak gi masa tu....kalau tak, mesti bertembung ngan pak malau tuh.....
Susah kalau orang tak paham-paham bahasa...baik yang tua apatah lagi lah yang muda.....

Tuesday, June 29, 2010

Cikgu


Kakak buat homework, adik tlg check dan bebel2 bila kakak leka...

Saturday, June 26, 2010

Abc


Melepas gian makan abc di seksyen 2. Terkenang pulak zaman muda2 dulu...hehehe. Ada kenduri kahwin member masa di uitm dulu. Kalau tak jgn harap la nk ke shah alam. Ubby malas nak bw sebab kata dia hari2 kena lalu jalan yg sama.

Dapat la jumpa kawan2 lama masa study dulu. Ada yg xberubah, ada yang dah kembang sket, ada yg makim slim....

Lepas makan kenduri, makan abc, layan tasik pula. Bg ikan makan...pastu cuci mata di SACC.

Friday, June 25, 2010

Tq


Hari ni saje2 masak sup makaroni dah bw ke ofis. Sempena my besday dan ulangthn ke 6 bekerja.

Tak sangka pula ofismate 2 org ni share belikan kek besday. Tq cik nana n cik tini...

Semalam EL, gara2 xlarat dan Syameel muntah mlm kelmarin. Sebab btk agaknya...jadi cuti utk pantau keadaan dia.

Wednesday, June 23, 2010

Bosan

Penat la buat keje tunggu-tunggu orang ni. Dah la nak kena tengok angin dia baik ke tak.....Sangat bersabar....Apa nak buat pun jadi tak tau dah....lama-lama beku otak saya nih. Bila motivasi down...sume benda jadi mals. Bangun pagi pun liat jek nak gi keje. Dugaan sungguh. Kadang-kadang saya keliru apa yang saya dah  buat sepanjang hari di ofis? 

Jumaat dan Isnin lepas saya sengaja ambil cuti. Sebab pertama PIL balik dari umrah dan kedua, saja nak bawak Sofea gi tengok wayang. Dah lama dia menagih nak tengok Shrek & Toy Story tuh.

Jumaat pagi tuh sesaja la gi tengok-tengok barang kat kedai elektrik dan perabut. Mesin basuh yang ada kat rumah tu pemberian emak (pernah terendam dalam banjir 2006 lepas) dan sekarang ni macam meninggalkan kesan kotor lebih-lebih lagi pada baju putih. Agaknya lumpur2 banjir tu masih melekat kot....
Ubby bercadang nak beli mesin basuh baru, tapi bajet belum sampai lagi. Ntah macam mana, cuci-cuci mata terbekenan pulak ngan satu mesin basuh ni. Tapi ingat nak beli sekali dengan meja makan. Tengok-tengok meja makan takde satu pun yang berkenan.......Jadi, ubby kata beli lah mesin basuh yang besar sket, sebab yang mula-mula tengok tu dlm 9kg je. Konon-konon taknak beli meja makan la, jadi kami beli lah yang ini....Sangat puas hati....besar dan tinggi.
Dan yang lama tu, kami minta orang yang hantar mesin basuh baru tu angkut dan sukati lah diorg nak buatpe.....Kopak duit plastik saya....hehehe...takpe, nanti sila bayar ye ubby.

Lepas tu, gatal kaki pulak pegi kedai perabot lain, 

"kita tengok-tengok je ubby..." saya memancing.

Ubby ok jek, terus la kami ke kedai satu lagi. Memang tak berapa berkenan dengan kedai ni sebab mcm chaokia je... Cuci-cuci mata, terbekenan pulak dengan meja makan ni...tapi kerusi dia kusyen putih...alamat kotor ler jawabnya....tapi nyonya tu kata boleh tukar kerusi, dan terus tunjuk contoh kerusi lain yang takde kusyen. Saya pun mcm suka jek.....sebab simple dan kukuh....Ubby pun kata ok, maka terbang lah lagi duit plastik saya....

Gambar takde sebab bateri kamera tak cas-cas lagi. Nanti rajin saya uploadkan gambar meja itu.

(eleh.... beli mesin basuh ngan meja makan pun nak tulis kat blog!)

PIL selamat sampai ke KLIA pada hari Sabtu petang. PIL suara serak dan batuk-batuk manakala Mak Lang dan Mak Uda nampak ok saja. Mak Uda terus sambung flight balik ke Terengganu malam tu jugak. 
Cucu-cucu bukan main gembira lagi malam tu sebab atuk nenek buka beg dan bagi-bagi barang. Bukan main lagi diorang. Kita yang dah tua-tua ni tak dapat apa-apa pun takpe, yang penting diorang sihat.....

PIL bertolak balik ke Segamat tengah hari Ahad. Diorang singgah ke Pekan untuk hantar Mak Lang dulu. Kami pula, petang Ahad tu menghantar SIL ke Jalan Duta, sebab naik bas balik ke utara. 

Isnin pula bangun pagi-pagi dah masak nasi lemak, makan-makan dan terus keluar ke Mid Valley. Sampai jek terus ke kaunter tiket wayang dan dapat tiket TS3 jam 2 petang. So, kami jalan-jalan dulu, solat zohor dan terus melayan cerita.....
Balik dah petang, nasib sempat hantar Sofea ke Kumon....dah lah ponteng tadika pagi. hehehe....

Cuti pun tak berehat.....pastu pagi-pagi liat nak bangun.....hehehe....seronoknya kan kalau boleh duk umah, jaga anak-anak, masak-masak untuk suami.....verangans jek boleh la.....


Thursday, June 17, 2010

Cuti

Ambil cuti esok dan Isnin depan. Weekend ni PIL pulang dari mengerjakan umrah. SIL pun datang dari Utara....Meriah lah umah.....


Puasa
Puas semua telah diganti. InsyaAllah minggu depan boleh mula puasa sunat di bulan Rejab. Syukur Alhamdulillah...tahun ni azam taknak lewat-lewat ganti puasa lagik.....

Wednesday, June 16, 2010

Gatal

Lately tangan adalah sangat gatal dan menukar-nukar layout pada blog. Dan hasilnya...hit counter yang beribu-ribu tu sudah hilang....sangat sedih....So, dengan hit counter baru saya mulakan pada hari ini....

Sebenarnya takde hit counter pun takpe. Dah nama pun blog private kan...

Tuesday, June 15, 2010

KEK

Seperti yang dihajatkan, nak makan kek dengan anak-anak....malam tadi, lepas berbuka puasa dan solat maghrib, kek ditaja oleh mak dari kampung.....Gasak anak-anak keje meniup lilin ajer. Pasang, tiup, pasang lagi dan tiup lagi....lepas Sofea, Syameel....

berebut nak potong kek, siap colet2 coklat atas kek tu....


Bahagia....

Monday, June 14, 2010

Semalam

Akhirnya anak-anak pulang ke rumah....sangat gembira, hilang rindu seminggu. Tapi, sebelum sampai hari semalam rasa lambat giler masa berlalu. Dengan World Cup yang dah bermula. Ubby keje melayan bola, dan saya melayan mata sebab mana minat tengok bola...sesekali jek menjengah tv. Sabtu yang amat panjang....walaupun dah bangun dekat jam 11 pagi.

Ahad pun macam tu jugak......lambatnya nak petang sebab kami ambil anak2 di Simpang Empat. Awal kami sampai. Dekat setengah jam jugak tunggu mak n ayah sampai. Sampai-sampai jek, dah nampak Syameel panggil saya...terus saya dukung dan dia tak mau lepas lagi, walaupun maksu n atok cakap nak gi jalan. Bukan main lagi peluk saya. Rindu jugak rupanya.....Sofea pun happy jek....dalam kereta cakap kat ayah dia, Sofea rindu ayah....so sweet.....

Tapi, sweet tak ke mana. Kami singgah di petronas Seremban utk solat. Saya dah ambil wudhuk dan pakai telekung baru Sofea kata nak buang air kecil. Saya tanya dia tahan lagi tak? Dia kata boleh. Saya pun mula lah solat. Masa solat tu, Sofea dah berpusing-pusing kat tepi pintu dan tiba2 dia berhenti dan kata tak tahan.....saya terpaksa batalkan solat dan suruh dia berlari ke tempat ambil wudhuk. Habis lencun seluar semua.....Dahlah paip air kat situ airnya kecik sangat. Saya ke toilet dan bawa air sebaldi manakala ubby ambik baju di kereta. Jirus air banyak2, lap tempat-tempat yang terkena air kencing dan salin baju.....Alahai anakku!

Sampai-sampai di rumah anak-anak sudah di alam mimpi.....

Seronoknya rumah dah riuh semula!!!!

Friday, June 11, 2010

Taraaa!


Inilah hadiahnya, tambahan koleksi novel saya. Selalunya pilihan ubby pasti tak menghampakan. Nak start baca dah ni!

Tq ubby!


Hari ini genap umur saya 28 tahun. Syukran ya Allah kerana mengizinkan saya mengecapi sesuatu yg bernama kehidupan selama ini dengan dikelilingi oleh keluarga dan sahabat handai.

Sepanjang 6 tahun berkahwin ubby belum pernah gagal memberikan hadiah kepada saya, walau sebenarnya kasih syg dan tanggung jwb terhadap sy dan anak2 sudah lebih dr mencukupi. Dan pagi ini sekali lagi hadiah buat sy. Tq ubby, semoga rumahtangga kita berkekalan hingga ke akhir hayat...

Nak tahu isinya? Jap lagi saya buka...jeng,jeng,jeng!

Thursday, June 10, 2010

ha....bagi lagi anak balik kampung....saya ngan ubby yang meroyan kat sini...rindunya kat diorang! Pada hal call sehari sampai 3-4 kali....cukup ler dapat dengar suara Syameel panggil saya "mbu,mbu..." hehehehe...

Malam tadi call Sofea kata taknak balik umah sebab umah nenek ada ice-cream....saya kata dalam peti ais ibu lagi banyak....nak balik la kalau mcm tuh, dia kata....psiko betul!

Dah lah kat ofis sangat sunyi sebab ramai yang cuti, termasuk ler bos saya(mama - kakak saya sudah terlibat dengan Banci Penduduk) nak sambung keje pun takleh sebab nak kena bincang dulu. Last week saya tak tahu dia akan bercuti seminggu...malas nak kacau dia sebab sibuk dengan benda lain. Hari Jumaat lepas baru tahu dia akan bercuti seminggu...alahai...tergendala keje saya.... Jadi terpaksalah buat-buat sibuk walau dalam hati asyik merungut...kalau tahu ambik cuti minggu ni.

Saya nak kurus! Saya nak kurus! Tapi nak melaksanakannya susah. Tekak ni asyik ler nak makan macam-macam. nak cuba sushi la, nak makan manisan la, nak makan ni la, itu la......fening ubby nak layankan bini dia nih. Berangan nak mengayuh kat umah, kejap tolak basikal tu ke depan, dalam 3 minggu kot kat depan, rasa cam semak jek...kayuhnya idak juga! Tolak pulak ke ruang tengah, ntah bila la nak kayuh.....tapi asyik bising nak kurus.

Next week nak start puasa, alang-alang menyambut bulan Rejab yang banyak pahala jika berpuasa....baik ambil peluang.

Azam, azam....kurus,kurus!!!!!

Tuesday, June 08, 2010


Anak2 sudah di kg, maka ibu keje mengendeng je ke mana ayah pegi. Selalunya hr Selasa saya akan memandu sendiri kerana ubby akan bermain badminton dgn ofismate dia. Oleh kerana tiada teman di rumah,sy dgn rela hati mengikut ubby hari ini dan gatal tgn la jugak mmegang raket. Sy pemain kg saja. Buat geli2 ketiak berpeluh setitik dua....

Monday, June 07, 2010

Umrah dan balik kampung

FIL dan MIL akan mengerjakan umrah dari 6hb hingga 19hb ni. Turut serta adik-adik abah, mak lang dan mak uda. Sabtu malam hantar ke KLIA, cucu2 yang tak puas hati kenapa takleh babai sampai naik kapal terbang...hehehe....ingat hantar kat stesen bas ke?


Dari kanan - Atuk, nek uda, nenek, dan nek lang
Itu budak dua orang kalau paksu ada, menjadi-jadi ler perangai....



Ahad

Lepas hantar adik ubby ke stesen bas di Bukit Jalil, terus balik umah kemas-kemas barang budak dua orang ni sebab nak duk kat kampung . Hantar separuh-separuh (Segamat - Simpang Ampat (titik tengah) - Nilai) . Atuk n nenek dah tunggu di Simpang Ampat. Syameel melalak jugak sebab saya tak ikut....mana boleh hantar sorang jek, kang yang sorang lagi 'lost' jek kat umah.

Saya ngan ubby rasa pulak yang rasa 'lost' sekarang ni....takde orang kacau kat umah.


Muka-muka excited sebelum gerak ke Simpang Ampat

Thursday, June 03, 2010

Akhirnya


Setelah hampir setahun, lg 8 hari, akhirnya dapat juga kad ni. Punya la lembab management bangunan ni buat keje. Kalau tak sebelum ni asyik le dgn pas sementara. Ok sekarang kena keje dgn semangat membara sbb dah ada id jabatan. Hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...