Saturday, July 23, 2011

Semalam, dinner burger masak di rumah. Tdo lewat basuh baju n layan tv.

Harini tak kemana-mana sebab esok Sofea ada Hari Sukan di Presint 9, Putrajaya. So, hari ni tdo puas-puas. Bangun dekat kul 11 lebih, anak2 layan tv, ibu ngan ayah dia beradu puas-puas. Bangun, makan roti bakar, masak bubur nasi n sup lobak putih. Terajin pulak nak buat kek coklat kukus. Alhamdulillah, kali ni menjadi. Guna resepi kek coklat kuku Badariah. Meh nak kongsi resepi, sangat mudah dan cepat.

KEK COKLAT KUKUS BADARIAH
( sumber : Puan Badariah Ibrahim @ ResepiNet )
BAHANNYA :
  •  2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
       *************************
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
       *************************
  • 1 cwn air panas
CARANYA :
  1. Satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
  2.  Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
  3. Last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
  4. Adunan siap sedia dikukus. Kukus selama 1 jam.
  5. Balut tudung pengukus & kukus dengan api yg sederhana kecil...



Malam, lipat baju manimbun n layan bola sepak. Get ready esok nak kena bangun awal....

Friday, July 22, 2011



 Sakit hati!!!! Dah jerit2, bising2 buat havoc pastu bila ornag tanya buat muka. Boleh blah ah ko!!!
Dah hari Jumaat. Alhamdulillah dapat jugak menguatkan diri memenuhi minggu ini. Punch Kad cantik 5 hari bekerja walaupun selesema dan batuk.

Sekarang ni kami bercadang nak kurangkan aktiviti makan di kedai. Jadi saya berazam walau simple macam mana pun saya akan masak. Dah bermula sejak minggu lepas. Saya akan try update menu setiap petang supaya semangat masak tu sentiasa berkobar-kobar. Oleh kerana saya dan ubby tak mahu makan nasi, menu yang disenaraikan banyak lah mengahala ke western food.



 Menu Selasa lepas...lempeng cicah kuah kari Brahims n pizza roti

Menu semalam, quiche dan spaghetti


ada dessert tau!


**********************************************

Semalam petang juga saya berjaya memujuk anak dara ni potong rambut. Anak dara saya kelas okay, takmau potong sebarangan.....sebenarnya saya nak rambut dia macam ni, tapi jadi lain pulak. Next time kena bawak gambar nampaknya. Saya kata kat Sofea rambut pendek nanti senang nak lari, Ahad ni dia ada sukan.

Model rambut

 Amoi BBST

 Pandangan sisi belakang



p/s: ubby: cermat juga orang yang potong rambut Sofea. Ada masa nak buat grooming ler kat situ...

Thursday, July 21, 2011

Ayah dan Anak

Pagi tadi,

Syameel dah siap pakai baju sekolah semua, dia duduk kat meja study dia n tulis-tulis dalam buku. Datang si ayah,

" Syameel buat apa tu???"

" kaler-kaler...." jawab Syameel selamba,

" ooo...kaler sayur eh?" tanya ayah,

"Bukan lah ayah, ni carrot!"  Syameel jawab dengan confident.

Ayah : blurrr.....terkena aku....

Hahahahaha.....terus teringat iklan bunga orkid tu......


p/s: anak bujang awak dah besar, ubby....

Wednesday, July 06, 2011

Best friend


Ni Iki. Kawan baik Syameel. Kat taska macam belangkas. Diorang sekelas, tp Iki 4tahun, Syameel pula br 3tahun.

Kelas Syameel ada 26 orang, cuma 3 orang je kanak2 berumur 3tahun. 2 lelaki dan 1 perempuan. Syameel dgn budak perempuan ni rajin masuk kelas manakala sorang lagi liat nak masuk kelas. Semua kanak2 3 tahun ni br je sertai tadika dalam bulan April/Mei. Exam pertengahan tahun baru2 ni, kedudukan Syameel dalam kelas adalah 18/26. Selepas 2 bulan, Alhamdulillah boleh jugaklah Syameel 'catch up'.

Semoga Syameel rajin belajar mcm kakak Sofea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...