Showing posts with label Syazwan. Show all posts
Showing posts with label Syazwan. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

FEBUARI 2016


Rasa baru je menjejak ke tahun 2016. Dah habis sebulan dan masuk bulan ke dua. Alhamdulillah, perjalanan persekolahan anak-anak berjalan lancar. Syazwan pun dah semakin seronok berada di alam persekolahan tadika. Rajin nak membaca, nak suruh ajarkan.

Rutin harian masih sama pada tahun ini, cuma selepas maghrib semua kena mengaji Al-Quran/ Muqaddam kecuali hari Isnin dan Rabu. Lepas solat Isyak baru buat homework dan ulangkaji.

Sehingga awal April, rutin setiap pagi Sabtu kena ke Putrajaya, saya mengikuti kursus Haji sebagai persediaan kerana membuat rayuan untuk turut sama menyertai ibu dan ayah yang mendapat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini. In sha Allah, jika ada rezeki.

Sofea pula, pertengahan Februari ni mula menyertai kelas malam anjuran sekolah setiap Selasa dan Khamis. Ubby lah yang akan bertapa di Putrajaya sambil menunggu anak dara habis kelas. Selagi ada upaya kami usahakan supaya anak-anak tahu bahawa kami, ibu bapa sentiasa ada bersama-sama mereka memberi sokongan penuh untuk menuntut ilmu.






Tuesday, November 24, 2015

CERITA AKHIR TAHUN - SEKOLAH ANAK

Lama benar tidak mencoretkan apa-apa di sini. Ketandusan idea walaupun banyak perkara nak diceritakan. Jadi sebelum masuk tahun yang baru, marilah kita update apa yang patut. Seperti biasa mak-mak mestilah nak cerita perihal anak-anak kan.

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2015 telah melabuhkan tirai. Ibu pun dapat cuti memasak seawal pagi untuk bekalan anak-anak. Peperiksaan yang penuh cabaran kerana terpaksa ditunda disebabkan oleh cuaca yang berjerebu. 

SOFEA NAFEESA

Suka duka Sofea membiasakan diri di sekolah baru, akhirnya berakhir. Tahun depan dengan semangat baru dah jadi orang lama, dilantik memegang tanggungjawab sebagai pengawas sekolah pula. Semoga lebih berdisiplin dalam memegang amanah yang dipertanggungjawabkan dan tidak terleka dalam menumpukan perhatian terhadap pelajaran. 
 

 Kelas 4 Genius -2015
Tahun 2016 di kelas baru dan kawan-kawan baru. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat anak-anakku! 

 Anugerah tempat ke3 kelas KAFA 4 Imam As-Shafie

MUHAMMAD SYAMEEL NUQMAN

Syameel juga berjaya mengharungi pengalaman tahun pertama persekolahan dengan cemerlang di mata saya. Keputusan sekolah pagi dan sekolah KAFA, Alhamdulillah sangat memberangsangkan walaupun tidak ke pentas menerima anugerah.

 
 Kelas 1 Brilliant - 2015
 
=) 
KAFA 2015 - Kelas 1 Ibnu Rusyd

Persediaan 2016

Cuti sekolah macam biasa memang anak-anak SEMUA berkampung kat rumah atuk & nenek.

Apa? Malas jaga anak?

Bukan, masa ni lah nak duk kampung puas-puas. Atuk&nenek pun memang tak sabar nak rumah diorang bising-bising dengan cucu. Sofea dan Syameel dah besar, dah boleh urus diri dan boleh bantu atuk & nenek sedikit sebanyak. Alhamdulillah, keluarga saya dan mertua pun dekat-dekat dan kedua-dua belah pun masih sihat walafiat.

Ikutkan hati memang lah nak cuti bersama-sama anak-anak dan keluarga, tapi apakan daya....hujung tahun, cuti pun makin nipis. Jadi kita cuti yang patut-patut lah ya.

Awal Disember ni dah mula nak persiapkan segala keperluan sekolah. Perancangannya keperluan seperti ini;

SOFEA
Baju kemeja biru muda - 1 helai
Kain A lipat belakang - 1 helai
Vest biru tua - 1 helai
Tali leher biru tua - 1 helai
Tudung biru muda - 4 helai
Baju kurung biru muda - 4 helai
Kain biasa susun tepi biru tua - 1 helai (ada baki 4 helai tahun ni masih elok)
Kasut hitam - 2 pasang
Stokin hitam - 5 pasang

SYAMEEL
Baju kemeja putih - 3 helai
Seluar biru tua - 3 pasang
Seluar track - 1 pasang
Kaut putih - 3 pasang
Stokin - 3 pasang

Kelengkapan lebih kepada pakaian, sebab buku-buku akan beli di koperasi. Alatulis masih elok dan banyak dapat hadiah dari dulu pun tak habis guna lagi. Beg sekolah pun tengok keperluan.

SYAZWAN NASREE

Asyik cerita pasal abang dan kakak je. Syazwan? In sha Allah, Syazwan akan mula masuk tadika tahun depan. Masih di bawah tempat asuhan yang sama.

4 tahun? Masuk tadika?

Bukan nak suruh belajar sungguh-sungguh macam orang besar. Cuma nak bagi dia persekitaran baru. Banyak aktiviti yang boleh buat bukan hanya bertumpu kepada bidang akademik sahaja. Selagi mampu saya akan berikan yang terbaik untuk amanah yang telah diberikan. Wang ringgit boleh dicari tapi pengalaman..... sangat berharga. Kelas cuma di sebelah pagi, sebelah petang transit di tempat yang sama. Semoga anak-anak kita dapat berdikari dan mengenal erti kehidupan di persekitaran yang sihat dan ceria.




Thursday, July 02, 2015

Muhammad Syazwan Nasree

Anak ketiga saya sudah mencecah 2 tahun dan 9 bulan. Tapi muka memang macam baby lagi. Sangat senang nak uruskan, suka makan nasi dan suka juga mencuba semua jenis makanan. Kalau naik kereta nak berhimpit dengan saya je. Dah panjang kaki berjuntai ke gear kalau tidur, mana lah nak tahan duk depan. Jadi, sekarang ni biasakan dia dengan tali pinggang keselamatan duduk di belakang dengan abang dan kakak. Walaupun pelat, tapi ayat memang macam orang besar. Lebih-lebih lagi kalau marah. Siap ada, "isk, budak-budak nih!".

Kalau nak sesuatu tu, bukan main lembut lagi, " Nak susu botol boleh?  Leh ibu?", "Pinjam fon ayah boleh? Skejap je, boleh?"

Nak marah pun tak jadi. Manja sangat. Kesayangan abang kakak ni. Kalau orang marah abang dia, dia lah yang peluk-peluk pujuk abang. Sweet sangat. =)


Baru-baru ni pengasuh yang bertanggungjawab jaga dia akan pulang ke Sabah. Bukan main sayang dengan cikgu ni, sikit-sikit Cikgu Wi (nama panggilan cikgu). Cikgu dia pun lembut je, muda remaja lagi. Siap bagi hadiah lagi kat anak jagaan dia dengan ucapan. Nasib baik saya pun dah diberitahu awal, sempatlah sediakan saguhati buat cikgu dia yang sangat baik mengasuh anak saya.
  


p/s: Nak besarkan anak-anak bukan main dugaannya. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

Wednesday, September 24, 2014

Sambutan Harijadi Anjuran Taska VONAD

Pihak Taska ada juga buat sambutan harijadi kanak-kanak di sini. Semalam adalah sambutan bagi suku tahun ke tiga 2014 iaitu Julai, Ogos dan September.

Saya cuma bekalkan vitagen untuk semua kanak-kanak dan guru-guru, dan sebiji kek. Ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dialu-alukan hadir. Saya singgah sekejap dengan Mama Hariz. Konon sekejap, nak setup ambil gambar je dah ambil masa...hehehe...kanak-kanak kecil kan...

Kakitangan taska tengah siapkan makanan


Syazwan n the gang berkumpul di sini sambil tengok video sambutan harijadi yang lepas

Ready, nak ke tempat sambutan


Behave betul kat taska...

Ni pengusaha taska, Tn.Haji Omar dan Hjh. Salimah



Dapat hadiah dari Taska.

Ni teacher kesayangan Syazwan yang jaga dari baby lagi...





Cake cutting!!!

Makanan yang Taska sediakan

Ni teacher yang jaga Syazwan sekarang



p/s: sekejap je dah 2 tahun...cepatnya masa berlalu!!

Monday, September 22, 2014

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Anakku!

Muhammmad Syazwan Nasree.

Sambutan bersama ahli keluarga di rumah mak ayah saya di kampung.

  Beli macam ni jimat, banyak perisa dapat rasa.

 Kurang satu family lagi, abang saya tak balik minggu ni.

 Ambil gambar masa Atuk tengah baca doa, semua tak sedia...hahaha

 Semoga menjadi anak yang soleh...Amin...

 
 Maksu tumpang sekaki sebab birthday bulan September juga..=)

 Mesti kena duduk di pangkuan Atuk kesayangan Syazwan tu...

Syukur Alhamdulillah, dapat pinjaman anak yang sihat dan comel dariNya berserta bonus keluarga bahagia. Syukur tak terhingga....


p/s: Belum tahu lagi nak demand birthday party kat sekolah lagi.....selamat poket.


Tuesday, May 20, 2014

Dunia ini hanya pinjaman.

Assalamualaikum, pembuka bicara,
Lama nau tak update blog,
Busy sangat sangat tak terkira,
Harini dah lapang baru nampak blog.

Kerja

Bidang tugas saya melibatkan data suku tahunan, di mana data akan disediakan selepas 6 minggu selepas setiap suku tahun. Jadi saya akan sangat sibuk pada awal bulan Februari, Mei, Ogos, November setiap tahun selagi belum ada pertukaran tugas. Itu tak termasuk kerja-kerja adhoc yang diterima.

Semua orang pun macam ni juga. Dalam pada kesibukan itu, sering kali kita terabai tanggungjawab sebagai seorang hamba, isteri, ibu.... Kita lewat solat, pulang lewat dan alpa seketika tugas sebagai ibu di rumah. Mujur suami memahami, dapatlah kemaafan di situ. Anak-anak pula, kena tebus semula waktu-waktu sibuk semasa hujung minggu yang senggang.

Kehilangan

Minggu lepas, suami ofismate saya meninggal dunia kerana serangan jantung. Arwah memang ada masalah jantung, tetapi sentiasa membuat rawatan susulan setiap bulan di hospital. Arwah juga fizikalnya sihat dan masih muda. Meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil lebih kurang 4 bulan  dan 2 anak perempuan yang berumur 4 tahun dan setahun 9 bulan. Arwah juga satu tempat belajar semasa di universiti dulu, senior 2 tahun dari saya. Pada awal pagi saya mendapat berita beliau meninggal dunia, saya rasa macam dalam mimpi. 

Alhamdulillah, ofismate saya, isteri arwah sangat tabah jika dilihat secara luarannya. Semoga beliau diberi kemudahan untuk menguruskan kehidupan bersama permata hati peninggalan arwah.

Tersentak dan tersedar bahawa dunia ini pinjaman semata-mata, saya berazam untuk menyediakan satu manual segala urusan perbankan, kerja pejabat, segala ID dan password untuk kegunaan bersama jika salah seorang dari kami pergi dahulu.

Saya juga berazam untuk membuat beberapa perubahan demi kebaikan semua. Insya Allah.

Minggu Peperiksaan

Minggu ini adalah minggu peperiksaan bagi Sofea Nafeesa. Muhammad Syameel Nuqman dah lepas seksa, cuma saya je yang terseksa nak tunggu result dia. Orang kata apalah sangat setakat tadika. Pada saya pada peringkat awal ni lah masa kritikal untuk kita cari di mana minat anak ini sebenarnya....

Hairan budak sekarang, mungkin anak saya je kot. Rilek santai je nak menghadapi peperiksaan. Yang paling hangin sekali ialah, tak bawa buku balik. Nak baca apa?? Kalau rumah ke sekolah sekangkang kera, bolehla pergi ambil buku di loker. Ni rumah bukan main jauh lagi anakku!

Mungkin silap saya juga, saya tidak menetapkan jadual pembelajaran harian. Setiap malam, kerja sekolah diutamakan dan tiada ulangkaji. Semester kedua ni saya kena ubah dan sediakan jadual waktu berdasarkan jadual waktu sekolah.

Stok Ebm

Hari ini, Muhammad Syazwan Nasree genap setahun 8 bulan.Hari ini juga, peti sejuk saya dah kosong dengan stok ebm.Saya sudah berhenti mengepam di pejabat sejak 2 bulan yang lalu. tapi masih bagi direct jika di rumah sebab botol susu tak laku di rumah melainkan saya sibuk mengemas dan si ayah yang mengambil alih penjagaan. =)

Susu Formula yang digunakan sekarang adalah susu kambing jenama Suffy dan sekali sekala Bio Lac keluaran Salindah. Setakat ni Syazwan ok jek dan seorang yang suka cuba segala jenis makanan dan minuman. Alhamdulillah.



p/s: Saya berazam menjadi insan terbaik untuk semua. Amin...

Tuesday, February 04, 2014

CNY - MID VALLEY - URBAN PLAYZ

Walaupun cuti panjang, kami tak pulang ke kampung kali ni. Malas nak sesakkan lalulintas yang sedia sesak. Jadi, awal pagi kami dah bergerak ke Mid Valley. Tujuan utama cari baju kerja suami.

 Sarapan merangkap makan tengah hari.


Jalan-jalan cari baju semua sampai tengahhari. En.suami pergi solat Jumaat. Saya dengan anak-anak jalan-jalan cuci mata. Nasib baik ada pertunjukkan singa Tahun Baru Cina. Leka lah diorang sekejap.
Lepas solat Jumaat, lepak pulak di Food Junction sementara saya dan Sofea solat Zuhur. Cantik dan luas dah surau kat situ. Betul-betul dalam Food Junction. Kalau tak dulu surau kat basement tu selalu sesak.

Lepas solat semua nampak kedai ni, ada sukan ala-ala wall climbing. Sofea dengan Syameel terus nak cuba. Panjat 2 dinding free satu lagi panjat. Pilih je ada 3 pilihan dinding macam mana nak panjat. Jadi, kami layankan je lah dua beradik ni. Maklumlah zaman dulu boleh kita panjat pokok, zaman sekarang asyik duk berkurung jek dalam rumah....

 Pakai dulu abah-abah ni.






 Syameel kata macam seluar dalam...hahaha

 Ready, siap ozom bagai...


 Sofea panjat dulu...sangat bersemangat...






 Giliran Syameel, kaki pendek, tak sampai nak panjat, tapi abang yang jaga tu layankan je tolong tarik..

 Next, percuma satu kan...kita panjat dinidng macam ni pulak...




Petang baru balik rumah keletihan mengukur lantai Mid Valley. Anak-anak seronok, si ayah dapat apa yang dia nak.



p/s: Ahad,Isnin dan Selasa - semua berkumpul di rumah dengan mak ayah saya datang. Ahad masuk ofis olls...



Tuesday, December 17, 2013

Percutian Tak Dirancang - CH 2013

Entah macam mana, last minit baru decide nak ke CH. Plan asal nak ke Melaka je. Khamis malam baru terhegeh-hegeh buka Agoda check hotel. Nasib ada...

Malas nak tulis, jadi kita tengok gambar je lah yer...

 Lata Iskandar
 

 Hantu air, ni kalau lepas ni mau terjun tiruk dah dalam tu.

 Petang Jumaat sampai, lepas check in terus jalan-jalan

 Dah tak sejuk sangat macam dulu...

 Teman gaduh dan berkongsi rasa..


 OMG!!!! Tajamnya!!!

 Anak-anak


 Sofea & Syameel

 Sebelah tangan...



 Shida n Shida Jr.


 Ladang Teh Sg. Palas




 Ini budak!!! Boleh je dia tido dari awal sampai sudah!

 Lentok,
 Dan lentok...
 Dan lentok lagi....



 







Jumaat malam tu sempat jugak makan steamboat di Cafe 78 sebelah Hotel De La Fern. Kat situ jek yang nampak tenang sket... Set tu RM23 per head. Anak2 tak payah bayar. Cuma bayar harga air yang diorder.








 Mari petik strawberi!!!!




Tiap-tiap malam tawaf pasar malam Brinchang. Bukan beli apa pun, cuci mata...yang wajib beli bebola madu, jagung n strawberi coklat...

Tengok budak kecik tu..keje tido jer...

Ahad, Moh kita pulang....

Kereta punya lah banyak toksah cakapla...Jalan jammed dari Tanah Rata ke Brinchang ke Tringkap. Kami jalan follow the flow je...mana tempat rasa menarik, berhenti. Tak pernah lagi ikut Simpang Pulai. Ni baru kali pertama. Jalan pulang hujan sangat lebat.



 Perjalanan balik...




Syukur...dapat jugak luangkan masa bercuti satu keluarga. Walaupun di saat-saat akhir.


p/s: CH dah jadi tempat shopping, bukan tempat menghayati keindahan alam....=(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...