Tuesday, May 20, 2014

Dunia ini hanya pinjaman.

Assalamualaikum, pembuka bicara,
Lama nau tak update blog,
Busy sangat sangat tak terkira,
Harini dah lapang baru nampak blog.

Kerja

Bidang tugas saya melibatkan data suku tahunan, di mana data akan disediakan selepas 6 minggu selepas setiap suku tahun. Jadi saya akan sangat sibuk pada awal bulan Februari, Mei, Ogos, November setiap tahun selagi belum ada pertukaran tugas. Itu tak termasuk kerja-kerja adhoc yang diterima.

Semua orang pun macam ni juga. Dalam pada kesibukan itu, sering kali kita terabai tanggungjawab sebagai seorang hamba, isteri, ibu.... Kita lewat solat, pulang lewat dan alpa seketika tugas sebagai ibu di rumah. Mujur suami memahami, dapatlah kemaafan di situ. Anak-anak pula, kena tebus semula waktu-waktu sibuk semasa hujung minggu yang senggang.

Kehilangan

Minggu lepas, suami ofismate saya meninggal dunia kerana serangan jantung. Arwah memang ada masalah jantung, tetapi sentiasa membuat rawatan susulan setiap bulan di hospital. Arwah juga fizikalnya sihat dan masih muda. Meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil lebih kurang 4 bulan  dan 2 anak perempuan yang berumur 4 tahun dan setahun 9 bulan. Arwah juga satu tempat belajar semasa di universiti dulu, senior 2 tahun dari saya. Pada awal pagi saya mendapat berita beliau meninggal dunia, saya rasa macam dalam mimpi. 

Alhamdulillah, ofismate saya, isteri arwah sangat tabah jika dilihat secara luarannya. Semoga beliau diberi kemudahan untuk menguruskan kehidupan bersama permata hati peninggalan arwah.

Tersentak dan tersedar bahawa dunia ini pinjaman semata-mata, saya berazam untuk menyediakan satu manual segala urusan perbankan, kerja pejabat, segala ID dan password untuk kegunaan bersama jika salah seorang dari kami pergi dahulu.

Saya juga berazam untuk membuat beberapa perubahan demi kebaikan semua. Insya Allah.

Minggu Peperiksaan

Minggu ini adalah minggu peperiksaan bagi Sofea Nafeesa. Muhammad Syameel Nuqman dah lepas seksa, cuma saya je yang terseksa nak tunggu result dia. Orang kata apalah sangat setakat tadika. Pada saya pada peringkat awal ni lah masa kritikal untuk kita cari di mana minat anak ini sebenarnya....

Hairan budak sekarang, mungkin anak saya je kot. Rilek santai je nak menghadapi peperiksaan. Yang paling hangin sekali ialah, tak bawa buku balik. Nak baca apa?? Kalau rumah ke sekolah sekangkang kera, bolehla pergi ambil buku di loker. Ni rumah bukan main jauh lagi anakku!

Mungkin silap saya juga, saya tidak menetapkan jadual pembelajaran harian. Setiap malam, kerja sekolah diutamakan dan tiada ulangkaji. Semester kedua ni saya kena ubah dan sediakan jadual waktu berdasarkan jadual waktu sekolah.

Stok Ebm

Hari ini, Muhammad Syazwan Nasree genap setahun 8 bulan.Hari ini juga, peti sejuk saya dah kosong dengan stok ebm.Saya sudah berhenti mengepam di pejabat sejak 2 bulan yang lalu. tapi masih bagi direct jika di rumah sebab botol susu tak laku di rumah melainkan saya sibuk mengemas dan si ayah yang mengambil alih penjagaan. =)

Susu Formula yang digunakan sekarang adalah susu kambing jenama Suffy dan sekali sekala Bio Lac keluaran Salindah. Setakat ni Syazwan ok jek dan seorang yang suka cuba segala jenis makanan dan minuman. Alhamdulillah.



p/s: Saya berazam menjadi insan terbaik untuk semua. Amin...

3 comments:

Miss Moon said...

anak moon pun sama ...rilek je . manjang tanya buku mana , dia kata tinggal kat skolah

kadang tanya cam takd er apa apa je bagi dia ...stress makkkkkkkk

Irfa said...

alfatihah utk kawan yang telah pergi
giliran kita juga akan sampai

kdg2 terfikir juga nak buat manual book utk segala pasword bank/internet segala tu

emm

~adeQ~ said...

Kak Moon,
Iskandar ngan Sofea kan sebaya. Budak lelaki selalunya free and easy, ni si pompuan ni pun sama...alahai kak... dirang exam kita yang dupdapdupdap...

Kak Irfa,
Tulah kak, dah lah mak nenek internet banking saya yang jaga...huhuhu...akauntan keluarga kata ubby. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...