Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Tuesday, January 22, 2019

AHLAN WASAHLAN 2019

Lama benar tidak mencoretkan sesuatu di sini. Facebook, IG dan Twitter benar-benar menghanyutkan blogger-blogger hebat yang mencoretkan kisah mereka berserta gambar.

Anak-anak sudah semakin membesar, cara dan rutin hidup juga kini berbeza.

Pejam celik sudah 10 tahun lebih menginap di kediaman sekarang. Walaupun kecil, namun aku bahagia mendiaminya. Kesibukan tugas dan rutin harian membataskan waktu kami sekeluarga menghabiskan masa di rumah.

Usia menginjak, suami telah mencecah angka 4 dan aku juga berada di hujung 30-an. Anak-anak juga telah mencecah ke angka belasan.

Pengalaman mendewasakan, namun aku hanya hambaNya yang kerdil. Sesungguhnya, akhirat yang dikejar, dunia ini adalah cuma sekadar persinggahan.


Thursday, September 25, 2014

Swing!!!



Kadang-kadang kita tak mengharapkan semua perkara sempurna seperti yang kita inginkan. Kita juga tak inginkan penghargaan yang tinggi atas apa yang telah kita lakukan.

Cukuplah sekadar berkongsi pendapat dan membuatkan diri ini rasa berkepentingan....


p/s: rambut sama hitam, hati lain-lain...eh!

Wednesday, March 12, 2014

I'm not supposed to do that....AGAIN....

Pagi ini,

Saya marah-marah....

Malah,

Dalam beberapa minggu ini.....

Saya memang kerap marah-marah....



Mesti hatinya sedih di sekolah....

Oh, saya hanyalah insan biasa....

Saya harus berubah!!!!

Petang ini saya harus minta maaf pada dia supaya emosinya kembali bersemangat....
Pada dia....busyuk masham saya....



Petikan dari blog; http://tudungsicomel.com/

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.
1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

- nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat! :)

Monday, January 27, 2014

MARAH??


Petikan dari : Laman ini
Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap panas baran yang ada dalam diri saya?

Ketika saya berdepan dengan sesuatu hal, saya mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya saya tewas juga.

Kesabaran saya hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun saya ada juga beristigfar.
Sesungguhnya kemarahan akan  mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat – urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji.
Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh.
Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.

Emosi Marah

Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan.
Saya ingin mencadangkan supaya kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.
Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah.
Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang – kadang membuatkan emosi tidak menentu.

Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong

Tiga langkah bertenang yang pertama adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini.
Mengapa?
Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.
Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air
Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.
Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.

Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa

Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa.
Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.
Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana

Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:
1) Diam
2) Berfikir
Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.

Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.

Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah?
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
Sekiranya persoalan – persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.

Sir Walter Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa.
Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap – luap itu. 

***


Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
.
Sumber Rujukan:
  • Kompilasi Jiwa Muslim, Dr Tuah Iskandar
  • Give & Take, Nurulain Ahmad

Thursday, June 27, 2013

Laut

Hari ni memang mood ke laut!

Mungkin laut dalam...tebabo!

Apa orang cakap semua rasa sentap, baca status update/komen orang kat FB pun sentap jugak.

Ubby cakap sikit pun masuk dalam hati.

Syaiton! Syaiton! Pergi jauh-jauh dari membisikkkan perkara yang negatif kat dalam hati ni.

Bersangka baiklah!!! Masya Allah...SubhanAllah...Allahuakbar!

Mungkin saya perlukan terapi, rehatkan diri, atau buat 5S kat rumah, atau jalan jauh naik kereta, atau makan-makan, atau bersenam, atau golek-golek dengan anak-anak dan suami sepanjang hari di rumah, atau tengok dvd seharian, atau baca novel yang lagi 2 buah tak usik tu, atau buang barang-barang tak perlu dalam rumah, atau deactivate akaun FB sedia ada, atau jerit kuat-kuat atas gunung, atau....................











p/s ; entry meroyan

Wednesday, January 16, 2013

Attitude

 





p/s : kalau harap otak je bijak tapi sikap menyakitkan mata...apa gunanya??

Tuesday, January 15, 2013

Cabaran

Seronok hidup kalau tiada masalah, tapi rasa tak mencabar pulak kan??

Semalam, lepas dah satu seksa sepanjang saya bekerja di ofis sekarang, saya terlibat dengan data dan penerbitan. Sejak 3 tahun yang lalu, penerbitan yang dirancang tak keluar-keluar. Dalam bahagian dah bentang banyak kali. Dengan pihak atasan sejak akhir 2012 dah bentang tapi masih belum mendapat kelulusan. Dari saya mengandung sampai melahirkan, semalam barulah pembentangan kepada pihak atasan berjaya. Terima kasih banyak pada bos atas-atas saya sebab banyak membantu walaupun baru masuk ke bahagian ni. Nak harapkan bos atas saya, nak buat garisan satu pun tak boleh nak bagi keputusan.

Habis pasal kelulusan, maka setiap suku tahunan saya akan mula sibuk dengan data. Data ini perlu diterbitkan lebih awal dari data KDNK. Februari ini adalah cabaran pertama dalam menyediakan dan menerbitkan data bagi suku tahun ke empat 2012. Data akan diterima 6minggu selepas suku tahun rujukan. Jadi saya akan sibuk pada Feb, Mei, Ogos, Nov dan seterusnya....Tahun ni rasanya akan sibuk hari-hari sebab ada pengasasan semula.

Ish...cukuplah cakap pasal kerja....2013 pasti mencabar saya rasa. Dengan anak kecil, dengan jadual mengepam lagi...dengan 'hal-hal lain' luar dugaan lagi...

SOFEA

Pagi ni, pagi2 lagi saya dah mengamuk dengan Sofea. Mana taknya, kain biru sekolah tak bawa balik. Ntah mana dah ditinggalnya. Saya kejutkan dia dan tanya, terus bagitau semalam dia tukar kain di bilik air bukan di surau. Tu la, kalau kat surau mesti nampak longgok kain tu, ni kat bilik air mesti gantung dan kemudian terlupa nak ambil kan.... Adoyaiiii!!!!

Dah pesan tiap-tiap kali balik sekolah kain sekolah terus keluarkan dari beg dan masuk bakul. Ni tidak, semua ibu dia nak kena ingatkan.Masa hantar tadi suruh dia ke bilik air semalam tengok ada lagi ke tidak kain dia. Dahlah kain baru beli untuk tahun ni....kalau hilang kan sayang. Ayah ngan ibu ni bukan pergi cop duit anak oiii.... Nasib baik ada...Syukur masih ada rezeki di situ.

SYAMEEL

Ok-ok sahaja ke SRK, cuma kadang-kadang asyik bisik2 ngan ayah nak gi 7E dulu....Ayah pula ikutkan je...Alahai anak, kering poket ayah nanti...

SYAZWAN

Kulit dia sensitif juga macam Sofea. Rasanya dia pun tak boleh pakai bedak. Mana taknya, pipi merah dan kering, kat dada dan atas perut pun ada tompok yang sama. Pagi ni dah pesan pada pengasuh dia jangan pakaikan bedak dan saya tak bekalkan pun bedak. Jangan diorang sapu bedak orang lain dah la... nanti saya update gambar pipi dan dada Syazwan.

Saya jumpa ni di blog orang lain dan dia dapat dari babycentre, jadi saya nak kongsikan di sini...

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.

• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.

• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.

• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk. 

• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. 

• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru. 

kredit kepada Baby Center 



p/s : kadang-kadang mulut cakap nak berubah tapi perangan tak ubah-ubah juga, macam nak bagi starlite je!

Monday, December 31, 2012

DIAM!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Diam lagi baik dari berbicara walaupun dalam hati rasa nak nangis guling-guling!!!
 

Entry penutup 2012

Thursday, January 19, 2012

Aduhai si anak dara..

Saya terlalu control dia kah atau memang budak-budak berperangai begitu? Saya cuma mahu dia hidup berperaturan dan tersusun. 

Setelah dua hari tak ke sekolah, hari ni saya teragak nak pergi. Ajak Kakak 2.  Sebab malam tadi Sofea ada cerita sesuatu yang mencurigakan saya. Dia kata dia makan sosej beli dari kantin. Saya cuba hadamkan cerita dia betul-betul tapi jadi berbelit-belit pulak. Saya syak ada sesuatu nih.

Kebetulan masa sampai tu, dia dah kat kantin. Nampak dia minta aiskrim kawan dia sket, ok fine tu memang kanak-kanak. Pastu Kakak 2 datang kat dia dulu sebelum saya datang kemudian, saja nak tengok reaksi dia. Lepastu borak-borak je macam biasa. 

Sekali terkeluar pulak, asyik makan aiskrim jek Yasmin ni. Yasmin kata Sofea yang suruh beli, eh...

Putri pulak menyampuk semalam Sofea makan aiskrim sampai  3 kali....mak ai....

Terus lah soal siasat berlaku sambil menahan hati. Sofea dah merah hidung dah. Sofea beli aiskrim guna duit Yasmin rupanya. Padanlah selalu kira dan tanya duit dia cukup je. 

Saya bukan bagi banyak pun macam yang pernah saya cerita sebelum ni lah.

Anak daraku....cemana lah ni. Baru semalam pesan. jaga duit sendiri tapi duit kawan jangan sesekali ambil/minta.

Terus ganti semula duit Yasmin dan sms mama dia. Alahai...Yasmin tu ada semput rupanya. Sebelum balik ke ofis pesan lagi kat Sofea, rehat nanti makan bekal tadi. Jangan beli-beli kat kantin. Yasmin tak boleh makan aiskrim kalau tak nanti dia sakit. 

Ulang dan ulang dan ulang lagi....

Sofea nangis pulak. Tenangkan dia dan pastu balik ofis. Kakak 2 nasihatkan sabar...sabar...learning process tu...

Sebab tulah rasa macam nak pasang CCTV jek kat sekolah...aduhai lah anak!

Friday, July 22, 2011



 Sakit hati!!!! Dah jerit2, bising2 buat havoc pastu bila ornag tanya buat muka. Boleh blah ah ko!!!

Wednesday, June 29, 2011

Lagu Syameel

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Friday, June 24, 2011







Tiba-tiba rasa macam tak de perasaan. Takde sebarang rasa, cuma pikir nak 'follow the flow'

Thursday, June 09, 2011

Hati tak senang. Setiap kali call macam ada gap pulak dan lepas tu mesti rasa kecik hati. Saya doakan semoga Allah sembuhkan beliau seperti sediakala.

AMIN.

Wednesday, June 01, 2011

ME

Saya perlu turunkan 10-15kg untuk kurus. Rasa, berangan macam mudah nak capai. Tapi anak tekak ni semacam jek nak makan. Bila nak pakai baju atau tengok cermin mulalah emo sendiri padahal mulut mengunyah tak benti-benti.

Ubby kata okay dah, tengok gambar dari belakang mak ai...besaunya! Nak mulakan memanglah susah...tabik spring kat akak-akak yang berjaya menahan nafsu makan. Saya mesti mulakan. MESTI,MESTI,MESTI!!!!!

 Dulu
Sekarang...membesar dengan jayanya!


Ubby...help me!!!!

Wednesday, March 23, 2011

Dalam Hati

Ni bukan dalam hati ada taman tau...ni dalam hati mendongkol....semalam dah call semula company tu mintak batalkan kad tu. Dahlah dah siap charge dalam credit card, pantas betul diorang nih. Tak peduli lah cemana pun nak batalkan jugak sebab dalam hati ni memang rasa semacam jek.

Semalam petang Orang tuh cakap dah buat cancellation. Tapi pagi ni call nak tahu cemana dengan amaun yang dah charge  tu, dia tengah meeting pulak. Tuhla....next time kena hati cekal sket. Letak jek telefon kalau dapat call-call yang seumpama tu.

So, kawan-kawan beringatlah. Jangan jadi macam saya. Sekarang menyusah diri pulak.

update 3.04pm : Baru call company tu, kata dah cancel charge pada card credit. Kalau tak hari ni esok clear lah pada credit card.  Takpe, saya tunggu dan lihat....

Friday, October 15, 2010

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2010

Sebelum raya haritu macam-macam aktiviti yang dibuat untuk memeriahkan suasana taman tempat kediaman saya. Persatuan Taman telah mengadakan satu pertandingan jalan yang paling ceria sempena menyambut hari raya. 

Maka bertungkus-lumus lah ahli-ahli di jalan saya menghias sekitar rumah dan jalan. Semua rumah diwajibkan memasang lampu lip-lap. Dan pada hari pemarkahan di buat, pondok saya diangkut ke depan jalan masuk ke jalan rumah kami untuk menjadi hiasan. 

Seronok sampai pukul 2 ke 3 pagi anak-anak bermain di luar macam suasana kampung. Sambil tu bapa-bapa memasang lampu lip-lap terpanjang di depan jalan masuk dan ibu-ibu pula tukang pemberi komen dan semangat....hehehehe....

 Dua budak kicik ni memang pantang dapat keluar...tak hengat donia!!!!
 

Malam sebelum balik ke kampung, sempat lagi Sofea menginai kaki dan tangan. Ni sume gara-gara teacher di taska yang memakai inai juga sempena nak menyambut hari raya.....Kami pulang beraya pada hari Rabu malam Khamis. Lambat sangat rasanya sebab ubby baru masuk kerja di tempat baru, dan cuti dia pun hanya beberapa hari sahaja. 

Balik terus ke rumah PIL dulu, lepas bersahur bersama pagi tu baru kami pulang ke rumah mak ayah saya. Alhamdulillah, walaupun ada kejadian2 makan hati berulang jantung, tapi kami masih boleh menahan kesabaran bagi mengelak terjadinya drama-drama swasta yang tidak bermutu.

Raya pertama cuaca amat mendung, lepas sembahyang raya dan bersalam-salaman dengan keluarga di sebelah saya, kami terus ke rumah sebelah ubby pula. Sebelum sembahyang Jumaat kami sudah berada di rumah saya semula. Melayan tetamu yang tak henti-henti. Sangat letih dan tak kering tangan pada waktu ini.

Raya kedua, awal pagi lagi mak ayah dah ajak balik ke kampung mak saya di Melaka. Lepas subuh dah gerak.Saya tak mengajar anak-anak saya untuk berkurang ajar pada saudaranya. Sikit pun saya tak pernah bercerita keburukan saudara dia pada mereka. Jadi terpulanglah apa orang nak kata. Anak-anak saya bebas memilih nak naik kereta siapa dan nak jalan dengan siapa kerana itu adalah saudaranya sendiri.

 Sebelum gerak ke Melaka, kamera saya cikai sahaja.....tak macam orang yang kamera canggih sampai bagi anak main-main jek..duit banyak kan....

Raya ketiga masih di rumah mak ayah saya. Petang raya ke empat baru lah ke rumah sebelah ubby. Rumah dekat2...apa nak kecoh kan...tu pun siap kena sound dengan ubby sebab masa nak balik umah sebelah ubby tu lah, pakcik ni nak datang, pakcik tu nak datang.....takkan nak tunggu kan...PIL pun dah tak sabar nak umah dia ramai-ramai anak2 dia yang tiga kerat tu berkumpul.....Jadi ubby kata, kim salam jek lah kat diorang, kalau nak tunggu lagi, sampai esok subuh pun kita tak gerak-gerak...tak kecoh kata ko???

Hari Malaysia tu saya dah balik ke BBST dah. Mana taknya, Jumaat esoknya ubby kena keje. Redha jek la....Mencari rezeki katakan....

Isnin 20hb, saya mula bekerja semula. Sepatutnya masih cuti tapi Bos tak bagi sebab nak buat preparation kedatangan Mat dan minah salleh dari UK.

Dan selama dua minggu itulah kebizian tahap maksimum melanda membuatkan saya terpakasa membasikan cerita raya saya di atas....Bukan menarik pun, tapi dah kata tulis blog, mahulah kena update jugak kan???

 Inilah antara gambar sepanjang pakar runding dari UK ni berada di Malaysia.

Wednesday, June 30, 2010

Tiba-tiba...

Tu lah....tangan gatal, tengok-tengok pastu sedih-sedih sendiri...padan muka.....
Nasib jugak tak gi masa tu....kalau tak, mesti bertembung ngan pak malau tuh.....
Susah kalau orang tak paham-paham bahasa...baik yang tua apatah lagi lah yang muda.....

Tuesday, May 18, 2010

Thinking


Nak beli

(1) laptop
(2) celcom brdbnd stick n buka blk line
Sebab kena rompak hrtu,

(3) buat cermin mata
(4) kamera baru
(5) cuti2 Malaysia
(6) tile porch
(7) bj keje br dgn tudung
(8) perabot bilik tdo ank2

Arghhh...byknya benda nak beli...bile nak jd jutawan ni??



Monday, February 08, 2010

Sudah...

Dah dua malam,

walaupun badan letih,

masih lagi termimpi-mimpi....

mainan perasaan tentang bagaimana peristiwa itu akan terjadi, beginikah, begitukah?

Adakah aku bersedia menghadapi cubaan untuk menyelesaikan segala kekusutan itu nanti?

Y Allah...tolonglah hambamu....

Saturday, January 02, 2010

1-2010

apa nak tulis? no idea!
.
.
.
.
.
.
.
Happy New Year!

..
..
..
..
..
..
..
i'm not happy..:-(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...