Alhamdulillah, Sofea dah mula berdikari. Semalam saya tak datang masa lunch hour. Dah pesan saya tak dapat datang kerana semalam guna satu kereta sahaja, ubby hantar semua orang. Dalam hati memang sangat risau seperti mahu pasang CCTV disekolah dan dipantau oleh saya di ofis (imaginasi tinggi).
Saya sms pada kenalan yang anaknya-Yasmin naik van sama dengan Sofea tu. Mama Yasmin akan datang tengok anak-anak jam 1.30ptg nanti. Saya kata terima kasih.
Jam 2.30ptg saya sms lagi, dan anak-anak dah bersiap dalam surau masa mama Yasmin datang. Syukur. Anak-anak ini berjaya mengurus masa supaya tak terleka.
Petangnya, tak sabar nak jumpa Sofea dan tudungnya ada tompok sambal. =). Perkara pertama ditanya, Sofea makan apa lunch tadi? Nasi lemak ayam - RM2.50....Ok lah tu.
Mama Yasmin pun ada masa tu nak ambil anak-anak di taska juga dan ceritakan diorang dah siap makan masa dia datang. Saya cuma bagi RM3 pagi tadi, nasib air dia tak habis. Dapat minum sampai ke petang. Kalau tak kehausan lah dia sebab selalunya saya akan bagi seringgit untuk air mineral. Perkiraan saya, RM2 utk beli nasi dan RM1 utk beli air mineral sahaja, no air kaler-kaler.
Harini bangun awal siapkan bekal Sofea. Nugget untuk rehat jam 10pg dan nasi goreng kicap kacang buncis/saleri dan isi ketam untuk lunch. Saya bekalkan RM1 sahaja untuk beli air mineral kalau perlu. Ada juga 30sen untuk guna di telefon awam kalau terdesak.
Saya tak pergi jugak masa lunch hour nanti. Saya kena letak penuh kepercayaan pada Sofea untuk uruskan diri sendiri walau dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. =)
Sofea di kantin.
2 comments:
tak per.. sofea good girl..
salam nursyi..lama x singgah sini.
dah besar anak2 awak yer
Post a Comment