Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

JUN 2015


Salam semua yang terbaca blog ini. Semoga kalian sihat sejahtera hendaknya. 
Banyak yang ingin saya kongsikan di sini, namun idea menulis tak kunjung tiba. Semoga coretan di sini dapat saya jadikan kenangan di masa hadapan.

Kali ni nak kongsikan aktiviti sepanjang Jun yang lalu.

Dah lama tak ke temuduga. Seram sejuk semua ada. Awal pagi dah sampai, tak lalu makan. Hahaha. Kebetulan RMK11 baru diumumkan, memang pulun baca lah.


Ada 33 calon semuanya. Senior pun ramai. Saya baru je setahun jagung bertugas. Kalau ada rezeki saya terima, kalau takde pun takpe. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui perancangan terbaik untuk saya. Usaha dah, doa dah, tawakkal sahaja.


 11 Jun 2015 - Usia saya menginjak ke 33 tahun yang manis. Semoga impian saya tercapai dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Amin.


Beberapa hari sebelum puasa, kebetulan ubby ada kelapangan di waktu lunch. Ajak terus pergi intai anak-anak.


Sejuk perut saya, datang je dari jauh dah nampak anak bujang saya tengah bentang tikar untuk solat zohor di luar surau sambil golek-golek lagi.Golek lah anak oi, janji taat perintah Allah. Terus saya naik ke tingkat atas dan perhatikan dari jauh. Solat Zohor berjemaah, dan selepas tu terus ambil beg bekal dan berjalan ke kantin. =)

 Sofea yang perasan dulu kehadiran kami di kantin. Anak bujang saya tu sampai kita duduk belakang dia pun masih tak perasan.

 
 Seronok makan dan berkawan. Nikmatilah saat-saat ini wahai anak-anakku. =)





_______________________________________________________________________


2 hari sebelum puasa terasa nak makan durian. Apa lagi, dah semua memang peminat durian, makan terus kat tempat jual tu baru "feel". Alhamdulillah.


RAMADHAN 1436

Alhamdulillah, dapat juga bertemu Ramadhan kali ini. Azam saya nak buat amal ibadah selagi mampu, bersahur dan berbuka dengan air tangan sendiri.

Beberapa hari pertama mampu lagi, bila dah buntu nak masak apa.... membeli juga lah. Tapi kami memang pastikan tiada pembaziran. Setakat ni, anak-anak takdelah cerewet bab-bab makan. Diorang ikut je apa yang kami hidangkan. Syameel pun nampaknya masih gagah berpuasa walaupun bersekolah pagi dan petang.

Sabtu puasa ketiga kami ke Melaka, dah lama tak melawat makcik saya. Sambil tu, singgah sekejap di Aeon Melaka, sempatlah beli sedikit pakaian baru untuk anak-anak untuk persediaan hari raya nanti. Takde perancangan pun nak berbuka di luar. Bila ubby ada sebut kedai ikan bakar PakDin Tanglin ada buka di sekitar MITC, kami cuba cari. Kebetulan jumpa dan ubby pun buat keputusan untuk berbuka di situ. Masa tu dah jam 6ptg.

Jadi, sesiapa yang teringin nak makan ikan bakar Tanglin yang femes tu, boleh lah datang ke sini masa bulan puasa ni. Air asam dia memang meletops la....Kedai ni di kawasan MITC, selepas deretan Petronas dan McD, ada satu deretan kedai baru. Cuba lah cari... 






 p/s: Semoga Ramadhan memberi keberkatan kepada semua.

Wednesday, March 20, 2013

Di suatu petang...

Tengah asyik menikmati Nasi Mandy Kambing, dengar satu suara, " Orang diet tak makan nasi utk dinner...."

Yang tengah makan ni sentap tak???

Huhuhuhu....







p/s: motif - sila ikut menu diet sihat anda dengan berdisiplin. Sekian, terima kasih.

Wednesday, December 19, 2012

Musim Subway - Apakah??


Italian B.M.T 

Kenal sandwich ni kan???

Tak tau ler fenomena ni berlaku kat ofis saya jek atau di mana-mana....maklumlah Stesen Petronas baru buka kat depan ofis ni...Ada Starbucks, ada KFC, ada Chattime, macam-macam lagi lah...

Saya pun tak ketinggalan, apa lah sangat yang diorang sebut-sebutkan ni. Adik ipar dan ubby pun dah terjangkit sama. Rajin nau makan kat Subway. Saya je yang ketinggalan zaman. Jadi, tadi ubby ajak ler dating kejap kat Subway depan ofis tu.

Saya adalah sangat lapar. Ikut nafsu nak je order yang Footlong tu...tapi kang tak habis makan baru tau. Jadi tadi cubaan pertama tergoda kat Italian B.M.T tu. Saya pilih roti honey oat. Memang sedap. Penggemar sayur, salad macam saya memang lah mudah tergoda dengan burger-burger atau sandwich yang ada banyak sayur macam tu...

Pada saya, ok lah....Makanan segar macam tu memanglah semua orang suka kan...

p/s: Rezeki Syazwan dapat hamper lagi hari ni....

Wednesday, November 02, 2011

Malam Burger

Selalunya kalau dah balik lewat dan buntu nak makan apa, ni lah pilihan kitorang. Burger kat BBST dekat area Empress Hotel..Lori abang tu memang sentiasa ramai pelanggan. Pada saya burger dia sedap, cukup rasanya. Ni versi saya, kalau ubby dia tak mau mayonis...lecak katanya....hehehehe

Monday, May 03, 2010

Weekend

Sabtu

Mega TT Gathering at Oldboy Kopitiam, Puchong.

5 buah kereta dari Nilai ke Esso Puchong

Seronok berjalan








Ahad

BBQ Day...Baru perasan setahun lebih baru dapat ulang semula buat BBQ....heheheh...Dulu Syameel lum jalan, Hariz dalam perut, sekarang Syameel dah berlari, Hariz pulak dah memanjat....next, abis ler kita tak terkejar diorg berempat nih....

Bakar jangan tak bakar...dengan mangga muda lagi...yummy

Ibu2 dan anak2....layan....malam korang tak tdo, melalak....siap!

Lari, lompat, gaduh, nangis, ketawa, jerit.....

Cool down

Ayam, daging, sotong, udang, ikan.....mari, mari!


Wednesday, April 28, 2010

Happy Birthday Sofea Nafeesa


Alhamdulillah...tercapai impian Sofea nak sambut harijadi di SR. Hari ni saya ambil cuti sebab taknak rushing dan perlu menyelesaikan beberapa perkara.... Sepatutnya nak buat esok, tapi esok Sofea ada school trip pula ke KLCC - Aquaria & Petrosains jadi terpaksalah diawalkan sehari.....Crown tu saya jahit tangan sepenuhnya....hasil dari bimbingan secara maya (sebab tengok contoh kat blog jahitan dia) oleh cik Tini. Boleh pakai lama sebab belakangnya adjustable.....

Cuma potong kek, lollichoc yang ditempah dari Ayin dan Vitagen

Malam sebelum.... kek tempah dari sis Ellie


Teacher kelas Sofea...


Lepas semua urusan selesai, singgah ofis sis Tulip dan ambik coklat ni. Pesan dari Langkawi tuh...TQVM.....lupa pulak nak ambil gambar fridge magnet....gambar helang...

Monday, February 22, 2010

Cuti-cuti di Penang

Setelah apa yang dirancang tidak menjadi, kami membawa hati yang lara ke Penang. Rumah SIL. PIL pun ikut sekali......


Bila anak-anak kecil bertemu, riuh rendah jadinya...walaupun cuma 3 orang


Melayan keinginan hati makan pasembor, sotong kangkung n kerang bakar+rebus di Padang Kota....

KHAMIS

On da way ke Butterfly Park....masa tak cukup, kalau tak nak ke Bukit Bendera juga


Singgah solat di Masjid Terapung...


Butterfly Park


fly....and

fly......and

fly!!!!! away!!!!

Balik Butterfly park, singgah di Queensbay Mall...cari apa yang patut utk berenang di Tambun esok...

JUMAAT

Berehat-rehat saja, dan petangnya menjamu selera di Warung Pak Su - Seafood kat Juru

SABTU

The Lost World of Tambun!!!! Menyempurnakan hajat adik ubby yang tak ikut ke Gambang harituh...

Tengok la anak-anak ni...takmau keluar dari air langsung! Berendam dari jam 11pg hingga 3 petang


Jalan-jalan sekitar The Lost World of Tambun



Seronok bagi makan raccons, birds, rabbits, monkeys, tangkap ikan, tengok ular....tengok saja ya ular ituh!


Dan terus pulang ke rumah BBST......letih tapi seronok. Dapat lah lupakan sekejap masalah dunia!

Next time kite pegi lagi naik Bukit Bendera pulak ye ubby!!!

Tuesday, February 17, 2009

Persatuan SO

Setelah berkali-kali acara tertunda, hari ni kami keraskan hati jugak pergi acara makan2 ni. Tempat yang dipilih kali ni adalah Restoran Johnny's, Alamanda. Cadang nak keluar jam 12.30, tapi last minit, bos cari saya pulak...alamak! masing-masing dah cuak. Jadi ke tak nih? Maklum ler yang pegang duitnya saya...huhuhu.....Siapkan keje cepat2, dalam 12.55 mcm tuh terus cabut semua SO bhgn saya, 7 orang semuanya....ada 8 sbnrnya....tapi sorang dah lompat parti..huahuahua...

Masing-masing enjoy dengan makanan hari ni....sorang jek kumbang yek...sian dia..ikutkan jek bunga-bunga ni makan2.....

mmm...sedapnya....ingatkan macam tak abis jek...rupa-rupanya...licin ler jugak...

SELINGAN

Anak bujangku yang kuat merajuk dan buat-buat nangis....airmata tak keluar sampai ler kite pujuk dia baru dia pejam, alirkan airmata keluar....takpun, saya kesatkan mata dia sebab airmata bertakung kat dalam mata.

Thursday, October 16, 2008

Dan Makan Lagi...

Cerita basi lagi....tak sempat nak tulis entry ni. Last Sunday, MIL&FIL buat open house. Memandangkan tak ramai orang di rumah....kami pulang jugak ke kampung membantu. Kesian pulak tak cukup kakitangan. Tukang masak di import khas dari Mersing, bukan org lain pun...adik perempuan abah...Pembantunya mak lang dari Pekan.

Menu:
Rojak petis
Soto
Mee goreng
Ayam goreng
Rendang
Nasi Impit


Orangkuat abah...termasuk tukang amik gambar gak tau!

bahan-bahan masakan, kuah soto dan rendang daging

syameel ngan aunty kila landing...tgk orang lalu lalang.

adik n the gang menggoreng sate segera keluaran PPNJ....tetamu yang datang sampai ke maghrib...

my ubby yg sangat rajin....

Kami bergerak balik BBST jam 10.30 malam dan sampai umah dekat2 jam 2 pagi...ngantu ooo....teman ubby borak pun sampai melalut2 cakap....
Isnin tu pegi keje dah macam zombie jek...meeting pun ntah apa2....heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...