Wednesday, February 20, 2013

Sudah 5 bulan!


Alhamdulillah...anak bertuah ni dah genap 5 bulan harini. Pagi tadi kene cucuk 3 serangkai dos ke 3. Menangis sekejap je sebab pastu terus suakan candu dia...hehehe

Berat dari 6.7kg bulan lepas naik 7.2kg. Alhamdulillah, masih fully bf. Kulit dia pun dah semakin ok. Cuma bahagian dada dan perut je masih on, off merah2nya.

Setakat ni tidur malam masih belum terganggu. Cuma gangguan dia nak menyusu tu ok lah kan... kalau meragam tu belum lagi. Harap-harap behave sampai besar.

SYAMEEL

Syameel sakit gigi lagi. Tadi nasib baik ubby boleh teman ke klinik. Boleh sorang satu bawa anak. Ubby bawa Syameel gi check gigi. Ni kali ke dua. Doktor kata gigi geraham dia masih awal lagi kalau nak cabut. Tapi disebabkan dah 2 kali sakit, doktor bagi antibiotik dulu untuk 5 hari dan minggu depan boleh datang untuk dicabut.

Kesianlah si abang ni. Dahlah badan kurus cekeding. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Ni lagi lah sakit gigi tak nak makan. Dah bagi amran lepas ni tak nak makan gula-gula/coklat lagi.




p/s: baru anak 3, kalau lagi ramai???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...