Showing posts with label 'org baru'. Show all posts
Showing posts with label 'org baru'. Show all posts

Thursday, April 08, 2010

Akhirnya..

Lepas penantian satu penyeksaan....baru nampak kete depan mata......Cek, jangan tak cek....




Ni dia idaman hati ubby...akhirnya diperkenankan untuk dimiliki....Syukran ya Allah.


Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan ubby.....sayang tumpang gembira jugak....


Syukran ya Allah...

Wednesday, April 07, 2010

My 'kakak' tak sihat pulak. Ofis adalah sangat lenggang. Sejak dua menjak ni, saya telah membenarkan / mengkawankan diri dengan mereka-mereka dari ofis saya ini di FB. Nampaknya selepas ini tak boleh lah saya mengstatuskan diri dengan ayat yang bukan-bukan. Padan muka saya.

Seperti kena waktunya, mungkin esok hadiah untuk kami sekeluarga lebih-lebih lagi Syameel dan Sofea bakal diterima. Mana taknya sebab mencari nahas pada bulan kelahiran anak-anak ini, jadi saya anggapkan ia sebagai hadiah untuk mereka dan ubby yang lama mengimpikannya. Untuk saya, syukurlah kerana Allah masih mengurniakan kami rezeki.....

Banyak keje perlu dibuat sebenarnya di ofis, tapi sejak seminggu dua ini....tidak tahu apa yang saya runsingkan/ susah hati, keje-keje semua tak menjadi dan saya rasa amat malas untuk membuat satu kerja apapun. Lagi pulak hari ni, 'kakak' saya tak masuk ofis. Dengar khabar macam sakit mata. Adoilah...banyak la nak menjawab pasal CDT 2008 nanti....

Dan sejak bermula kemalasan kerja itu, tidur saya juga tidak puas....asal bangun pagi liat semacam dan bila tiba di lobi ofis rasa mahu saja suruh ubby berpatah balik pulang ke rumah. Saya kuatkan je diri ke ofis sedankan hati ini bergelojak macam nak pecah. Mungkinkah saya terlalu rindu untuk pulang ke kampung? atau saya jek yang suka melayan perasaan yang entah apa-apa dan menjadikannya alasan untuk saya bermalas-malasan?????

Saya amat perlukan satu anjakan yang boleh menaikkan motivasi dan semangat saya untuk meneruskan hari-hari yang akan datang di ofis......Apa yang perlu saya buat? bercuti panjang dan memulakan semula hari2 di ofis? or just take a short break?

Saya perlu membawa Sofea ke klinik gigi kerana gerahamnya ada sedikit lubang. Saya taknak nanti dah rosak teruk baru menyesal. Anak dara tu....kang muka lawa tapi gigi rongak....

Ntah apa-apa saja lah yang saya bebelkan di petang hari ni.....

Wednesday, November 05, 2008

HP baru saya...

Dulu.....saya guna ni....tgk tarikh...dekat 3 tahun....org punya hp pun dah canggih2....sy syg hp nih....tapi...mula2 taknak trade in...tapi kedai tuh nak ambik RM150, saya pun trade in jek la....
Sekarang, tinggal nak upgrade simcard saje...tak tau ler bile berkesempatan.....mak dah upgrade simcard, dah boleh guna videocall sume...jeles!jeles!
Nak beli P1i, tapi macam tak guna jek function yang ada....dapat beli 2 hp drpd beli 1 kan........so, saya gembira...mak pun gembira....

Friday, June 13, 2008

Baru lagi....

Rumah Baru
Sebenarnya dah ambik kunci 4 Jun yang lalu...tapi dek kesibukan anak2 dan ibu yang tak terurus ni, lupa nak cerita. Tak lama lagi saya akan jadi penghuni BBST pulak. Rumah yang dibeli pada akhir tahun 2006 telah siap.Walaupun rumah sepatutnya siap pada Oktober tahun ni, tapi nasib baik agaknya sekarang dah siap sepenuhnya. Sekarang ni tengah memasang apa yang patut dan wang pula keluar bagai air yang mengalir.....

Boleh letak 2 buah kereta

Ubby tengah ukur apa yang patut...

Syameel lena beradu walaupun panas...

Ubby suh saya pilih kitchen cabinet...tapi nampak gaya macam dia yang kena ke hulu-ke hilir survey....

Luar dapur...


Cerita Minyak

sebelum harga naik...


selepas harga naik...


Syameel
Bila tak ambik gambar senyum meleret...bila nak snap jek buat la mcm serius pulak...




Ofis
Sambutan Hari Lahir untuk ahli Puspanita di tempat saya.....


saja jek buat2 potong kek....

Wednesday, January 30, 2008

Orang baru

Yang ditunggu akhirnya tiba.....Saya dah tambah 'org baru' dalam keluarga saya....Yang baru lagi satu akan lahir akhir Mac, tapi yang baru ini...huhuhu...sukanya saya...bukan dapat kat saya pun, tapi sekurang2nya mengurangkan bajet bulanan saya dan ubby. Maklumlah minyak petrol bakal naik harga kan....Baru ambik petang semalam. Masih panas lagi gitu...huhuhu...

Weekend

Ahad lepas birthday Aimi, anak buah saya. Mak dan ayah saya datang sejak Jumaat malam lagi. Seronok jugak, makan ramai2....saya cuma tempahkan cupcakes dan fruit tarts dari Kak Sya je. Saya nak upload gambar tapi kamera dah abis bateri pulak....So, nantikan ye....esok saya bagi letak gambar2 k....
Update 31 Jan 2008

Hasil tangan Kak Sya....sampai tersalah kowtim lagik tuh...

Posing dulu...jgn sentuh kek!

Ya Allah...panjangkan umurku...tambahkan lagi akalku...huhuhuh..nak mkn kek ni cepat...

Amin.....

Cute tak saya, ibu?? nak semayang nih...

kroih....krrroooihhhh....

Say cheeseeeee!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...