My 'kakak' tak sihat pulak. Ofis adalah sangat lenggang. Sejak dua menjak ni, saya telah membenarkan / mengkawankan diri dengan mereka-mereka dari ofis saya ini di FB. Nampaknya selepas ini tak boleh lah saya mengstatuskan diri dengan ayat yang bukan-bukan. Padan muka saya.
Seperti kena waktunya, mungkin esok hadiah untuk kami sekeluarga lebih-lebih lagi Syameel dan Sofea bakal diterima. Mana taknya sebab mencari nahas pada bulan kelahiran anak-anak ini, jadi saya anggapkan ia sebagai hadiah untuk mereka dan ubby yang lama mengimpikannya. Untuk saya, syukurlah kerana Allah masih mengurniakan kami rezeki.....
Banyak keje perlu dibuat sebenarnya di ofis, tapi sejak seminggu dua ini....tidak tahu apa yang saya runsingkan/ susah hati, keje-keje semua tak menjadi dan saya rasa amat malas untuk membuat satu kerja apapun. Lagi pulak hari ni, 'kakak' saya tak masuk ofis. Dengar khabar macam sakit mata. Adoilah...banyak la nak menjawab pasal CDT 2008 nanti....
Dan sejak bermula kemalasan kerja itu, tidur saya juga tidak puas....asal bangun pagi liat semacam dan bila tiba di lobi ofis rasa mahu saja suruh ubby berpatah balik pulang ke rumah. Saya kuatkan je diri ke ofis sedankan hati ini bergelojak macam nak pecah. Mungkinkah saya terlalu rindu untuk pulang ke kampung? atau saya jek yang suka melayan perasaan yang entah apa-apa dan menjadikannya alasan untuk saya bermalas-malasan?????
Saya amat perlukan satu anjakan yang boleh menaikkan motivasi dan semangat saya untuk meneruskan hari-hari yang akan datang di ofis......Apa yang perlu saya buat? bercuti panjang dan memulakan semula hari2 di ofis? or just take a short break?
Saya perlu membawa Sofea ke klinik gigi kerana gerahamnya ada sedikit lubang. Saya taknak nanti dah rosak teruk baru menyesal. Anak dara tu....kang muka lawa tapi gigi rongak....
Ntah apa-apa saja lah yang saya bebelkan di petang hari ni.....

No comments:
Post a Comment