Saya keliru dengan sikapnya, makin menjauhkan diri dari saya seolah2 kami adalah orang asing yang baru mengenali satu sama lain. Mungkinkah ada perbuatan saya yang menyebabkan dia terasa hati atau memang dia sengaja buat begitu. Mungkin juga dia ingin bercampur dengan kawan2 baru. Saya tertanya-tanya tetapi saya selalu beranggapan bahawa dia sedang sibuk untuk berbual-bual dengan saya seperti dulu. Sesungguhnya hati saya terbuku dengan sikapnya, andai ada kesalahan saya bagitau lah terus terang......Saya tak mempunyai kakak, jadi saya sayangkan dia sebagai kakak dan dialah tempat saya bermanja dan mengadu nasib selain kawan-kawan rapat yang lain. Mungkin dia tak mahu lagi berkongsi masalah dengan saya seperti dulu. Mungkin dia dah penat melayan karenah saya...semoga segala anggapan saya salah belaka dan dia adalah dia yang dulu juga.....
1 comment:
sabar la ye... mungkin mood dia tak ok lagi. lama2 ok la tu. buat macam biasa je.
Post a Comment