Wednesday, April 25, 2007

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Bismillah..........

"Innaa'kthoina'(panjang sikit bunyi) kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".

Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.


Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.

Wassalam.

Friday, April 20, 2007

Stressbuster series: Corporate Cultures....

Just want to share....

__________________________________________________

___________________________________________________



Gambar (i) Keji betul
Gambar (ii) Makin bawah makin banyak keje macam nak mati. (patut ke?)
Gambar (iii) No komen

Nota Hujung Kaki : Betapa freenya aku hari ni sampai post 2 entry. Serius shit, motivasi kerja aku hari ni memang down giler.
Abang

Doktor kata abg kena slipped disc. Buat masa ni rawatnnya adalah rehat dan fisioterapi. Mungkin dah blh keluar wad hari ni. Aku menawarkan supaya abg tinggal kat umah aku sbb umah dia kena naik tangga sampai tingkat 4. Tapi tak tau lah dia nak ke tak. Aku n ubby ok jek.

Semalam

Petang semalam ada org yang menegur aku,

"Saya tgk awak sekarang low profile, kenapa?" tanya org tu

"Low profile yang macam mana tu en.****?" aku blur....

"Yelah, dulu u lain sket, sekarang lain. Tapi takpelah, ok lah tu.." kata org tu.

Then dia buka cerita lain pulak. Dan aku pun tinggal lah dengan perasan yang blur. Lain ke aku? Memang macam2 perkara dah berubah sekarang. Dari kerja sampai lah ke pergaulan sosial. Memang aku dah banyak berubah barangkali. Tapi tak kisahlah, janji keje aku siap n takde org nak marah kat aku. Kalau nak marah pun, SILA CAKAP DEPAN-DEPAN. Kalau cakap belakang aku tak masuk book ok!

Weekend

Aku bakal sibuk lagi weekend ni dengan kehadiran mak ayah aku n makcik aku. Ubby plan nak BBQ lagi kalau abang dah discharge dari hospital. Tapi tgk lah macam mana nanti.


So, hari JUMAAT yang mulia ini, marilah kite banyakkan zikir dari 'membuat ketupat' ok.

Wasalam....

Thursday, April 19, 2007

Tak ada

Nampaknya, harapan tinggal harapan...takde rupanya...lewat dekat seminggu jugak. Takpelah, lum rezeki aku lagi. Dalam pada tu nampak gaya macam MIL tak berapa setuju kalau aku pregnant lagi sekarang. Alasannya Sofea masih kecil. Ntah lah..pada aku, Sofea tu berdikari jugak sbb duk kat Taska, lagipun kalau aku bersalin nanti Sofea dah pun dekat 3 tahun. Oklah tu kan? Aku malas nak lawan cakap orang tua tapi aku cakap jugak terus terang, ada banyak benda lagi yang aku nak capai dalam hidup ni. Antaranya, aku nak sambung study, kalau aku beranak lelambat nanti....lagi susah. Memang lah kalau nak ikutkan ekonomi aku n ubby blh lah dikatakan ngam2 jek. Tapi kalau nak tunggu kaya, bile nak beranak? Sofea dah sibuk nak adik... Lagipun...ahhh...just ignore it! Yang penting sekarang aku still nak teruskan plan aku. InsyaAllah next year, kalau nak pindah rumah baru akhir tahun, anak no 2 aku dah dekat setahun. Apa pun, aku berusaha dan bertawakal kepadaNya....

HUKM

Abang aku masuk wad. Sakit kakinya makin menjadi-jadi dan dia dinasihatkan berehat di hospital. Setakat 2 hari ni, doktor masih lum buat apa-apa lagi. Aku harap takde lah apa-apa yang tak elok terjadi.

DIA

Hari ni hari lahir DIA yang ke 26 tahun. 5 tahun yang lalu aku hadiahkan sebiji bantal comel kepadanya. 5 tahun lalu jugak DIA menghadiahkan aku sepasang baju sukan berjenama UMBRO kepadaku. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tiada jodoh antara kami. Aku tidak akan sekali-kali melupakan kenangan manis antara kami walaupun kini aku mencintai ubby....

Tuesday, April 10, 2007

Kenapa kite selalu rasa marah pepagi? Adakah sebab masa tu segalanya baru nak bermula? Kengkadang aku bosan hidup macam ni....Kalau boleh nak ulang waktu ke belakang semula, aku nak start balik masa aku lepas SPM. Aku nak mula semula, amik course yang senang dapat keje, terus buat Degree...cth macam Kejururawatan tu....memang keje menunggu kite kan? hehehe..berangan jek aku nih pepagi. Dah lah, malas nak melayan perasaan dan merepek.

Last week

Seminggu aku tak masuk ofis. Isnin sampai Rabu ada seminar di Bukit Merah, lepas tu aku terus collapse...demam, sakit2 badan dan selsema. Dalam pada tu, dapat pulok MC 2 hari lepas buat muka kesian yang teramat kat doktor..hehehe..byryks perangai. So, berehat2 lah aku di rumah....
Aku sempat balik kampung jugak tu sebab tukar plan tak jadi balik ujung minggu 14hb nih, FIL n MIL nak datang lah pulok. So, terpaksa lah kitorg balik minggu 7hb ni dan tak dapat lah temankan mak aku meraikan Majlis Maulidur Rasul yang org kampung adakan kat depan umah aku....

This week

Aku kehilangan suara...Suara dah macam itik serati, sampai hari ni masih bersisa lagi keserakan itu..tak sesuai gitu! Semalam balik umah pun malam. tak sempat buat apa2 pun. Abang sakit kaki, aku terpaksalah bawak SIL gi beli barang dapur malam tadi. Ubby pun ok jek. Singgah umah abang tgk Prison Break jap, dekat kul 12 baru sampai umah dengan baju dalam mesin basuh, baju keje tak gosok lagi....Last2 tdo kul 1 lebih gak. Mamai aku pagi ni...

Banyak keje kena buat sebenarnya tapi aku macam takde arah jek mana nak mula dulu. Mood takde, semangat pun mana ntah kobarannya? Azam tahun ni pun macam tak best aje. Aku dah lah lewat bulan mengambang nih, ntah2 ada kot? Tapi malas nak berharapan tinggi, nanti kecewa pulak. Tunggu jek lah, kalau ada rezeki aku, ada lah. Kalau tak, cuba lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...