Thursday, April 19, 2007

Tak ada

Nampaknya, harapan tinggal harapan...takde rupanya...lewat dekat seminggu jugak. Takpelah, lum rezeki aku lagi. Dalam pada tu nampak gaya macam MIL tak berapa setuju kalau aku pregnant lagi sekarang. Alasannya Sofea masih kecil. Ntah lah..pada aku, Sofea tu berdikari jugak sbb duk kat Taska, lagipun kalau aku bersalin nanti Sofea dah pun dekat 3 tahun. Oklah tu kan? Aku malas nak lawan cakap orang tua tapi aku cakap jugak terus terang, ada banyak benda lagi yang aku nak capai dalam hidup ni. Antaranya, aku nak sambung study, kalau aku beranak lelambat nanti....lagi susah. Memang lah kalau nak ikutkan ekonomi aku n ubby blh lah dikatakan ngam2 jek. Tapi kalau nak tunggu kaya, bile nak beranak? Sofea dah sibuk nak adik... Lagipun...ahhh...just ignore it! Yang penting sekarang aku still nak teruskan plan aku. InsyaAllah next year, kalau nak pindah rumah baru akhir tahun, anak no 2 aku dah dekat setahun. Apa pun, aku berusaha dan bertawakal kepadaNya....

HUKM

Abang aku masuk wad. Sakit kakinya makin menjadi-jadi dan dia dinasihatkan berehat di hospital. Setakat 2 hari ni, doktor masih lum buat apa-apa lagi. Aku harap takde lah apa-apa yang tak elok terjadi.

DIA

Hari ni hari lahir DIA yang ke 26 tahun. 5 tahun yang lalu aku hadiahkan sebiji bantal comel kepadanya. 5 tahun lalu jugak DIA menghadiahkan aku sepasang baju sukan berjenama UMBRO kepadaku. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tiada jodoh antara kami. Aku tidak akan sekali-kali melupakan kenangan manis antara kami walaupun kini aku mencintai ubby....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...