Wednesday, April 29, 2009

Selamat Hari Lahir!

video
Byk2 mainan yang ada, permainan mcm ni yg diorg main...si kakak melayan, si adik apa lagi! Selamat Hari Lahir yang ke 4 buat buah hatiku Sofea Nafeesa. Ibu doakan segala yang terbaik utk dirimu. AMIN...

Teluk Intan


Minggu terakhir tugasan di Perak. 7hb baru masuk ofis. Mcm2 pengalaman...paling mencabar, berjauhan dgn si kecik. Tuhan mudahkan perjalanan sy, dapat blk setiap minggu...Alhamdulillah. Syameel dah pandai jalan. Pada kiraan saya, dia berani menapak pd usia setahun 2 minggu...Sekarang, dah xnak dukung kalau ke pasaraya. Lewat 3 minggu dr Sofea...tapi xkisah la, kelapa setandan bukan sama semuanya. Ada masa saya update lg...ceria selalu!

Saturday, April 18, 2009

Guna jari pun boleh!


Anak dara saya dah kena paksa ptg rambut. Masa tu kt Jusco Balakong, sy br smpi dr Parit,Perak, saja nk cr bj tshirt Sofea. Pujuk punya pujuk, dia kata sikit je. Sampai salun rambut, salun ok bkn calang2...hahaha...sy bgtau kt cina tu ptg kasi cute. Cina tu pun ptg la. Kejap je dah pendek. Saya risau Sofea nangis je...lepas siap tgk dia senyum suka. Akhirnya...dah lama sy n ubby pujuk. Kali ni je termakan jugak pujukan kitorg.

Wednesday, April 15, 2009

Parit


I'm still here... Perak. Sekarang di daerah Perak Tengah. Kawasan minggu ni dah minggu dpn adalah di Parit dah Bota...nak cr Tain ler...huhuhu..

Thursday, April 09, 2009

Grr..


Ni la kelemahan saya..bile tertekan atau bermasalah, asyik rasa lapar je...dulu2 boleh la, masa anak dara, bdn maintain lg. Dulu2 kalau musim peperiksaan, pantang ada mknan kt bilik. Mesti licin sy kerjakan. Perut ni pulak, kejap2 lapar. Dugaan betul... Macam mana nak buat ni???

BEKU

Esok last day di daerah ini...Selepas ini...saya...BEKU!!!!!

Wednesday, April 08, 2009

Akhirnya tercapai jua..


Masa nak ke Penang mula2 hrtu dpt jumpa Kak Ummi di Ipoh, semalam dpt jumpa Kak Oren dan anak2 dan harini pula dpt jumpa Kak Luna lg...semoga jalinan ukhuwah ini akan berkekalan...ada masa kite jumpa lg. Kalau dtg Putrajaya, jgn tak cr sy pulak. Kecik tpk tgn,nyiru sy tdhkan...

Pancit


Selain dah pancit jugak menyoal selidik pakcik2 pesawah ni, pg td tayar belakang sblh kanan pancit. Pertama kali dlm sejarah saya menukar tayar sendiri...terpaksa buat2 pandai sbb kami dua2 pompuan. Jam 8pg dh berpeluh2 menukar tayar. Ada jugak sorg pakcik driver lori dtg,tolong longgarkan skru tayar....dia pun nk cepat g keje,jd dpt tlg sket pun dah syukur dah. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan kami...lepas tukar tayar spare,terus cr kedai. Nasib ada yg dah buka dah hasilnya paku sepanjang 3inci dah tebenam dlm tayar...lewat sket smpi di tmpt kajian pg ni...tapi Alhamdulillah, sume dpt ditangani sendiri...

Monday, April 06, 2009

Ermm..


Cerewet sgt ke saya? Skema sgt ke saya? Kalau saya x strict nanti, apa2 hal saya jugak nk kena jawab. Pening kepala saya. Dr mlm td xnak angkat panggilan sy, hinggalah pg ni. Sampai kawasan, elakkan diri dr saya...ntah apa kena org tua ni. Angin xde,ribut xde. Bukan saya xpesan, kalau ada masalah terus terang dgn saya. Saya ni bukan le kejam sgt nak mengarah org. Tapi kalau lmbt tanpa sebab, buat keputusan sendiri, nak tunjuk bgs sgt ...patut tak saya marah? Benci la mcm ni..:@geram! Dah le kena bersbr dlm byk perkara...harap la kesabaran saya tiada tahapnya...:'(

Thursday, April 02, 2009

Selamat Hari Lahir

Hari ni, Syameel genap setahun....yang tak bestnya ibu dia jauh di Perak. Ibu doakan semoga anak ibu ni jadi anak yang soleh, cerdik, cerdas dan cergas! huhuhuhuh...nanti ibu balik, kite cari hadiah k!
Selamat Hari Lahir juga buat Damya Khadeeja....Semoga jadi anak yang solehah, cerdik, cerdas dan cergas jugak! Cepat2 jalan ye anak2 ibu........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...