Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Fuh kanan Fuh kiri!

Assalamualaikum!!!!

Lama gila tak update blog. Dekat 2 bulan nampaknya. Sibuk nau nau.
Bulan April ada berjalan ke Sarawak, tapi hutang nak cerita pasal honeymoon pun tak habis lagi.
Bulan ni sibuk dengan hal ofis dan anak-anak yang ambil peperiksaan pertengahan tahun.

Memang rasa bionic woman sungguh. Semua benda nak buat, tapi apakan daya memang lumrah dunia.

V
V
V

 Teaser gambar ke Sarawak pada 24 - 26 April 2015. Singkat tapi seronok.

 
 


 




p/s: buah cempedak di pondok pak guard, ambil galah tolong jolokkan, kalau awak tu dah pandai sangat, tak payahlah nak libatkan orang lain kan....

Tuesday, March 10, 2015

Majlis Akikah Nafiz, Mesyuarat PIBG, Makan-makan

6 Mac 2015
Balik dari kerja terus ambil anak-anak di sekolah dan balik ke kampung. Majlis Akikah anak buah dan Sambutan MaulidurRasul Kumpulan yasin di kampung. Habis majlis dalam jam 11.30 malam balik semula ke KL sebab pagi Sabtu ada Mesyuarat PIBG sekolah. Memandangkan sekolah baru bagi Sofea dan Syameel, memang wajib hadir untuk mengetahui pergerakan PIBG di sekolah.

 Pak Ngah bacakan doa selamat.



  Alhamdulillah, Nafiz dah setahun. Dah pandai jalan, berjoget, banyak akal....Manja atuk nenek sangat nih!


7 Mac 2015 - Meyuarat PIBG sekolah.
 
 
Terima kasih tak terhingga pada Kakak 2 sebab sudi tumpangkan anak-anak semua semasa kami ke Mesyuarat PIBG.  Jadi petang tu, terus ajak diorang pergi makan-makan di Seoul garden, IoI Mall Putrajaya.




 monung nengok pinggan bertinkek-tingkek!

 Partner in crime!



Lepas perut kenyang apa lagi!!! Bersenam lah mengasah besi di ais ni.


Tuesday, March 03, 2015

Ladies Day Out - Seharian di Langkawi

Penutup FEBRUARI 2015 - Buat kerja gila. Jalan-jalan Langkawi dalam satu hari. Beli tiket flight awal pagi dan pulang semula malamnya. =)

  2 isteri orang dan seorang dara yang single n available. -=p

 Jam 8.30pagi dah sampai Pantai Cenang.

 Kakak 2

Jiran belakang partition ofis

 us!

 Mak-mak orang nih!

 Bawa melawat Makam Mahsuri, tapi tak masuk pun.


  Next time dah tahu jalan nak ke sini kan, kan...


 Singgah sebentar merasa Nasi Dagang Pak Malau. Alhamdulillah, sedap.


 Tak lupa juga Laksa ikan sekoq kat tepi pantai area Padang Matsirat


Wajib bergambar kat sini juga!!


Cuci mata di HIG Complex, Langkawi Saga, Wira Gaya,Coco Valley, Idaman Suri, Ramsdan deretan kedai di Pekan Kuah. 

Tapi, beli-belah di Cenang Mall sebab coklat lagi murah di sini. Dapatlah perfume, periuk Vision corak baru 3 beradik dan coklat-coklat buat ole-ole....

Kebetulan kami pergi malam minggu, ada pasar malam di Pekan Kuah. Sempatlah cuci mata dan isi perut sebelum bertolak ke lapangan terbang.


 Bihun sup utara dan ABC


Pulut ayam, nasi kerabu


Jam 8.30 malam kami dah pulangkan kereta sewa dan menunggu di lapangan terbang. Siap solat semua dan pulang dengan letih tapi gembira!

Masing-masing berjaya dapatkan apa yang dirancang dan bajet membeli-belah tidak melebihi RM700 berjaya dicapai!

Next plan!!! hehehehe



p/s: Perancangan mengejut, sepatutnya pergi berempat tapi last minit masa beli tiket sorang lagi tarik diri sebab tidak sihat. Seronok dan berbaloi walaupun cuma sehari.


Thursday, August 28, 2014

Kakaks, eh Mama 1,2 dan Umi 3

Hujung minggu yang lepas, kehidupan kembali normal. Selepas minggu sebelumnya (11-12 Ogos 2014) berada di kampung menjaga mak saya yang sakit di hospital. hanya ubby di rumah Sepang mengurus anak-anak bersekolah manakala Syazwan mertua yang jaga beberapa hari.Alhamdulillah, mak pun semakin pulih dari hari ke hari.

Perancangan nak makan-makan dan masak-masak untuk kakak 1,2,3 ni memang lama dah buat. Cuma tak berkesempatan je. Masing-masing pun dah tukar title dah jadi mama n umi. Perancangan dah cantik dah, tapi masih juga tak dapat nak kumpul semua sebab last minit Hariz, anak mama 2 pulak kena demam campak. Nak taknak teruskan juga sebab mama 1 nak datang dari Sungkai nun. Jadi malam tu cuma ada mama 1 dan Umi 3 sahaja. 

Alhamdulillah walaupun tak cukup korum, masih meriah dengan anak-anak kecik yang tak reti penat. Sempat lagi bbq di depan rumah. Puaslah makan. Saya cuma masak ketupat segera, lodeh dan sambal santan ayam.Ada yang bawa tembikai dan kek sebab rancangan awal nak sambut harijadi budak-budak kecil. Naufal - 11 Ogos, Syazwan - 20 Sept, Hadif - 25 Sept dan Hariz - 28 Sept.

Kebetulan ada jamuan raya lorong rumah saya ni, makanan memang lah meriah. Tapi, masih juga berbbq di depan rumah. Ubby kejap ke jamuan jalan, kejap di rumah. Saya pun sama.


 Tugasan menghidupkan api hingga membakar biarlah suami-suami yang buat. Dibantu oleh Sofea dan Syameel

 
 Sambil.... menghabiskan baki bunga api yang Pak Long bagi haritu.

 Makan, gosip, makan, gosip, makan, gosip...sambil kejar anak-anak kecik nih!

 3 orang missing....

Kek sponsored by umi Naufal. =)


Thursday, May 22, 2014

Aktiviti APRIL 2014 & Mandi laut

 29 APRIL 2014 - SOFEA NAFEESA , 9 TAHUN

Kek tempah nak no 9, tapi boleh lah...

Sambutan di sekolah

20 APRIL 2014 ; X-PALAPES NAVY INTAKE 4, UiTM

 
 Karnival Sukan, tak join pun, cuma jumpa kawan-kawan =) Mana lagi 16 orang???

4 APRIL 2014 ; STADIUM SHAH ALAM - JDT vs PKNS



 26APRIL 2014 - JALAN_JALAN KLCC



1 MEI 2014 - HARI PEKERJA DI PANTAI PUTERI, MELAKA 

Seawal jam 8 pagi dah sampai, hujan pagi tu. Tapi tak mematahkan semangat nak mandi laut. Mandilah anak beranak, tapi ibu dia tukang ambil gambar saja lah.










 Candid! tak takut air semua main terjun saja, baik yang kecik maupun yang besar...=)


p/s: nak jumpa kawan2 lagi,nak mandi laut lagi!! tapi taknak pergi stadium lagi sebab penat nak kejar si budak kecik tuh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...