Hujung minggu yang lepas, kehidupan kembali normal. Selepas minggu sebelumnya (11-12 Ogos 2014) berada di kampung menjaga mak saya yang sakit di hospital. hanya ubby di rumah Sepang mengurus anak-anak bersekolah manakala Syazwan mertua yang jaga beberapa hari.Alhamdulillah, mak pun semakin pulih dari hari ke hari.
Perancangan nak makan-makan dan masak-masak untuk kakak 1,2,3 ni memang lama dah buat. Cuma tak berkesempatan je. Masing-masing pun dah tukar title dah jadi mama n umi. Perancangan dah cantik dah, tapi masih juga tak dapat nak kumpul semua sebab last minit Hariz, anak mama 2 pulak kena demam campak. Nak taknak teruskan juga sebab mama 1 nak datang dari Sungkai nun. Jadi malam tu cuma ada mama 1 dan Umi 3 sahaja.
Alhamdulillah walaupun tak cukup korum, masih meriah dengan anak-anak kecik yang tak reti penat. Sempat lagi bbq di depan rumah. Puaslah makan. Saya cuma masak ketupat segera, lodeh dan sambal santan ayam.Ada yang bawa tembikai dan kek sebab rancangan awal nak sambut harijadi budak-budak kecil. Naufal - 11 Ogos, Syazwan - 20 Sept, Hadif - 25 Sept dan Hariz - 28 Sept.
Kebetulan ada jamuan raya lorong rumah saya ni, makanan memang lah meriah. Tapi, masih juga berbbq di depan rumah. Ubby kejap ke jamuan jalan, kejap di rumah. Saya pun sama.
Tugasan menghidupkan api hingga membakar biarlah suami-suami yang buat. Dibantu oleh Sofea dan Syameel
Sambil.... menghabiskan baki bunga api yang Pak Long bagi haritu.
Makan, gosip, makan, gosip, makan, gosip...sambil kejar anak-anak kecik nih!
3 orang missing....
Kek sponsored by umi Naufal. =)
No comments:
Post a Comment