Thursday, August 07, 2014

AIDILFITRI 2014 - Hari kedua dan ketiga

Hari raya ke dua, memang dah merancang nak ke Mersing. Ada 2 rumah adik beradik abah di sana. Lepas bersarapan, dalam jam 10pagi dah bertolak.

 
 Mari membaca kawan-kawan. Nenek asah skill cikgu tadika Kemas tu.

Dalam pukul 12 lebih jugak baru sampai. Lepak, makan dulu rumah makcik baru check in Seri Malaysia.





Petang lepas Asar terus ke rumah Pak Ngah atas bukit.



Balik dari rumah Pak Ngah, rasa macam nak makan nasi pulak. So, apa yang ada?? Ke Marrybrown la kita...


Fine, orang berjalan raya, korang bermandi manda yer...

Sambil menyelam minum air katanya....

Budak ni tak padan kecik, suh naik tak mau!



Yang ni tak usah cakap lah kan...



Esoknya lepas check out, terus singgah Pekan. Rumah Mak Lang. Again, aktiviti makan-makan dan bergosipan...


Puding raja, my favourite!!

Nini, kucing kami bela masa baru kahwin dulu. masih hidup sampai sekarang. lebih tua dari Sofea ni...
Balik ke Segamat, Syazwan memang suka kalau main-main dengan nenek...

Tak banyak berjalan tahun ni. Mak saya kurang sihat. Jadi, esoknya balik ke rumahmak saya cuma lepak di rumah dan tunggu tetamu datang. Sabtu pagi dah gerak balik ke Sepang. Mak dan ayah saya ikut sekali.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...