Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

JUN 2015


Salam semua yang terbaca blog ini. Semoga kalian sihat sejahtera hendaknya. 
Banyak yang ingin saya kongsikan di sini, namun idea menulis tak kunjung tiba. Semoga coretan di sini dapat saya jadikan kenangan di masa hadapan.

Kali ni nak kongsikan aktiviti sepanjang Jun yang lalu.

Dah lama tak ke temuduga. Seram sejuk semua ada. Awal pagi dah sampai, tak lalu makan. Hahaha. Kebetulan RMK11 baru diumumkan, memang pulun baca lah.


Ada 33 calon semuanya. Senior pun ramai. Saya baru je setahun jagung bertugas. Kalau ada rezeki saya terima, kalau takde pun takpe. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui perancangan terbaik untuk saya. Usaha dah, doa dah, tawakkal sahaja.


 11 Jun 2015 - Usia saya menginjak ke 33 tahun yang manis. Semoga impian saya tercapai dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Amin.


Beberapa hari sebelum puasa, kebetulan ubby ada kelapangan di waktu lunch. Ajak terus pergi intai anak-anak.


Sejuk perut saya, datang je dari jauh dah nampak anak bujang saya tengah bentang tikar untuk solat zohor di luar surau sambil golek-golek lagi.Golek lah anak oi, janji taat perintah Allah. Terus saya naik ke tingkat atas dan perhatikan dari jauh. Solat Zohor berjemaah, dan selepas tu terus ambil beg bekal dan berjalan ke kantin. =)

 Sofea yang perasan dulu kehadiran kami di kantin. Anak bujang saya tu sampai kita duduk belakang dia pun masih tak perasan.

 
 Seronok makan dan berkawan. Nikmatilah saat-saat ini wahai anak-anakku. =)





_______________________________________________________________________


2 hari sebelum puasa terasa nak makan durian. Apa lagi, dah semua memang peminat durian, makan terus kat tempat jual tu baru "feel". Alhamdulillah.


RAMADHAN 1436

Alhamdulillah, dapat juga bertemu Ramadhan kali ini. Azam saya nak buat amal ibadah selagi mampu, bersahur dan berbuka dengan air tangan sendiri.

Beberapa hari pertama mampu lagi, bila dah buntu nak masak apa.... membeli juga lah. Tapi kami memang pastikan tiada pembaziran. Setakat ni, anak-anak takdelah cerewet bab-bab makan. Diorang ikut je apa yang kami hidangkan. Syameel pun nampaknya masih gagah berpuasa walaupun bersekolah pagi dan petang.

Sabtu puasa ketiga kami ke Melaka, dah lama tak melawat makcik saya. Sambil tu, singgah sekejap di Aeon Melaka, sempatlah beli sedikit pakaian baru untuk anak-anak untuk persediaan hari raya nanti. Takde perancangan pun nak berbuka di luar. Bila ubby ada sebut kedai ikan bakar PakDin Tanglin ada buka di sekitar MITC, kami cuba cari. Kebetulan jumpa dan ubby pun buat keputusan untuk berbuka di situ. Masa tu dah jam 6ptg.

Jadi, sesiapa yang teringin nak makan ikan bakar Tanglin yang femes tu, boleh lah datang ke sini masa bulan puasa ni. Air asam dia memang meletops la....Kedai ni di kawasan MITC, selepas deretan Petronas dan McD, ada satu deretan kedai baru. Cuba lah cari... 






 p/s: Semoga Ramadhan memberi keberkatan kepada semua.

Friday, July 25, 2014

RAMADHAN 1435H - 2014

Assalamualaikum,

Lama benar rasanya tak bercerita di sini. Ramadhan dah hampir ke penghujung, baru nak update blog. Semoga semua yang singgah ke blog ini dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menyempurnakan ibadah puasa pada Ramadhan kali ini dengan sempurna.

Alhamdulillah, tahun kedua berpuasa sebagai ibu beranak tiga. =)

Sofea memang mudah bersahur dan berpuasa tanpa sebarang karenah. Malahan berbuka pun senang. Pilih satu makanan dah cukup, yang penting kena ada air sejuk/ ribena.

Syameel nampaknya tahun ini Insya Allah akan berpuasa penuh. Sehingga hari ini, 27 Ramadhan masih lagi bertahan puasa penuh. Hari pertama sahaja mencemaskan. Letih, lemah kaki lah, tak larat....nak berbuka di Chicken Rice Shop sebab nak makan dengan udara sejuk. Layankan sajalah, janji habis berpuasa.

Hari kedua dan seterusnya, Alhamdulillah cergas seperti biasa. Kerjasama yang baik dari guru-guru di tadika dan transit memantau puasa dia. =)

Shopping baju t-shirt dan seluar di MidValley minggu lepas.

Syazwan pula, masih belum putus breastfeeding. Kalau dia bangun sahur, memang kelam-kabut lah hidup saya. Berbuka pun nak melekat je dengan saya. Manja sangat...... Masak untuk lauk sahur pun kena dukung berkepak. Taknak langsung dengan ayah, kecuali kalau ada atuk dia (ayah saya), baru ringan sikit bebanan ni. Atuk tu buah hati dia...=)

Persiapan hari raya kali ini sederhana sahaja. Baju baru untuk anak-anak, ibu dan ayah pakai baju yang ada. Bukan selalu pun pakai baju melayu kan, jadi masih elok lagi. 

Mood raya lambat datang tahun ni, emak saya kurang sihat. Seminggu duduk di rumah saya sampai bawa ke hospital. Alhamdulillah, cuma gastrik. Tapi teruk sangat sampai sesak nafas, tegang perut dan berpeluh-peluh. Syukur tak sakit yang bukan-bukan. Mak dapat bertahan puasa hingga 13 hari sahaja. Sekarang baru ceria suara dia macam biasa. Cuma perut masih lemah, tak tahan lapar. Nanti dah sihat boleh ganti semula, Insya Allah.

Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang datang singgah membaca blog ini. Semoga apa yang saya tuliskan memberi manfaat kepada anda semua. Gembirakan lah hati ibu bapa kita yang masih ada dan berhati-hati di jalanraya.


p/s: naik raya ni pulun kerja, tak dapat cuti lama...=(

Tuesday, July 23, 2013

~_~

Puasa tahun ni memang tak produktif langsung. Rasa tak cukup masa, masa cepat sangat berlalu. Buka memang setakat ni beli je hari-hari. Sekali je kot masak spaghetti utk Sofea n Syameel.

Sampai rumah dah pukul 6.45 ptg paling awal, paling lewat 7.15ptg. Sampai jek memang kelam kabut nak hidang atas meja dengan Syazwan yang melalak tak boleh nak letak langsung. mencabar keimanan sungguh. Solat maghrib bergilir lepas tu sibuk kemas-kemas, masak lauk sahur, tengokkan kerja sekolah anak sambil ubby memang kena jaga Syazwan.

Keletang keletung dah pukul 10 malam, Syazwan nak mengempeng tidur pulak. Solat Isyak (kadang-kadang solat waktu bangun sahur sebab dah terlena) pastu tidurkan Syazwan. Solat terawikh sempat buat hari pertama je, pastu cubaan semua gagal. Niat dalam hati, tapi tak mampu... Pukul 4pg dah bangun siap-siapkan makanan, masak sayur, portionkan susu Syazwan dan kemas beg anak-anak. Skrg pukul 4.30pg baru bangun, terus tak tidur lagi. Sofea n Syameel makan mesti bersuap kalau tak memang lambat dan makan sikit lah. 

Kemas-kemas semua dah terus mandi dan solat Subuh. Ubby dapat tidur sekejap pun jadilah. Pukul 6 kejutkan anak-anak dan ubby yang mandikan diorang. Siap-siap semua, pukul 6.55pg terus keluar rumah.

Setiap hari macam tu. Masa untuk sahur jek. Orang lain boikot PARAM, tapi saya hari-hari PARAM.

Dugaan-dugaan lain pun datang bermacam cara, dengan tayar FORTE koyak dan botak, kena ganti 4 sekaligus. Kopak RM1k, baru berangan nak shopping baju raya....kena tangguh dulu. Last minit preparation lah jawabnya...

Baju raya anak-anak yang penting, kita yang dah tua ni tak kisah sangat....



p/s: fuh kanan fuh kiri....cepatlah hilangkan emosi yang stabil ni....kalau tak asyik sentap je mak!




Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan 1434

Alhamdulillah, semalam Syameel dapat puasa penuh. Nampak lebih bersabar sebab mungkin dah bertambah usia dah faham macam mana puasa tu. Hari ni pujuk untuk puasa lagi.

Semalam layankan dia n Sofea nak Slurpee. Buka makan nasi dagang saya suapkan dua-dua orang sekali, saya dan ubby makan nasi lemak sorang sebungkus dengan apam Malaysia sorang sebiji. Ada juga beli donut dan rebus mini sosej. Tambah dengan air ribena sejuk. Saya minum air kurma merah segera tu. Buat suam-suam.

Masak malam tadi dah pukul 10mlm, garam pulak lupa nak beli. Ubby pulak dah tidur sebab macam tak berapa nak larat. Nak tak nak terpaksalah jugak suh dia beli garam. Kalau tak, sama ada tak masak atau masak tanpa garam.

Menu sahur pagi ni kentang+suhun+carrot+telur tumis air. Sambal cili padi+ikan bilis dan ikan jaket goreng. Suapkan Sofea n Syameel bukan main berselera lagi. Saya cuma makan lauk dan minum ESP je pagi ni. Tak rasa nak makan nasi.

Syazwan pun sibuk bangun jugak. Aduhai...kalau bangun tu nak main-main sendiri takpe, ni dok la nak melekap ngan kita. Keje sikit jadi banyak....Haru-biru jugak la...

Perihal BF

Sekarang ni memang bekalkan fresh EBM 16oz  ke taska. Sehari dapat pam kat ofis paling banyak 12oz, paling sikit 10oz. Nak cukupkan demand, kat rumah akan tandem pam lagi 2 kali sampai cukup 16oz atau lebih.

Stok susu ada dalam 80oz++ awal minggu ni. Tapi, sampai hari ni dah curi 4oz sebanyak 2 kali nak cukupkan bekalan ke taska. Selalu turunkan 12oz, dan naikkan yang baru 8oz. Jadi walaupun curi stok, dapat jugak rotate stok baru. Pam pagi dan pp tgh hari selalunya dapat lah 4 oz, kalau nasib baik dapat lebih.. Petang meang akan dapat dalam 2 -3 oz je. Tapi saya pasrah je, malas nak stress sgt.

Dah dapat exclusive bf 6 bulan dah bersyukur sangat. Lagipun sekarang dah makan macam-macam, jadi kalau sehari campur sebotol ngan susu formula ok je. Badan sendiri nak kena jaga jugak, kang nak kejar semua yang dikendong berciciran pulak. Pada saya, selagi saya dapat kekalkan menyusu badan walaupun campur dengan susu formula dah sangat bersyukur. Saya masih pam 3-4 kali di ofis, balik pun pam jugak dan kalau cuti hujung minggu pun memang kerap bagi susu dan tandem pam lagi.





p/s: macam-macam dugaan bulan puasa ni, semoga saya dapat hadapi dengan sabar....

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kali ini...

Salam Ramadhan untuk semua yang singgah baca blog saya....

Sana sini tengok semua update pasal persiapan hari raya...Saya pulak, eh puasa belum lagi!!!

Lagipun mood raya belum mari. memandangkan raya ni bertembung dengan due date data kena keluar, memang lambat lah balik kampung. Bermalam raya di ofis dulu baru balik kampung. Lagi malas, balik kampung pagi raya. 

Terpikir nak hantar budak-budak balik kampung dulu buat meramaikan rumah mak ayah dulu. Syazwan, masih dalam pertimbangan...hehehe...berdua-duaan pulak karang kitorang laki bini. Lagi sayu kot..hahahaha..

Tahun ni Sofea tak sabar-sabar nak tunggu bulan Ramadhan, dia memang takde masalah bab-bab puasa ni. Tahun ni jugak kena latih Syameel belajar berpuasa. Tahun lepas berjaya puasa 2 hari penuh saja. Tahun ni harapnya dapat mengikut jejak langkah Sofea yang mula berpuasa penuh pada umur 5 tahun.

Sahur pagi tadi nampaknya ok saja bangun dan makan. Saya suapkan dua-dua sekali. Pukul 4.15pagi saya dah bangun. Masak bening sawi dan goreng ayam. Nasi dan sambal terung+ikan bilis dah siap masak waktu malam.

Lepas sahur, diorang tidur semula, saya pulak kena lah siapkan apa-apa yang patut. Dapat lelapkan mata dalam kereta masa nak ke ofis. Syukurlah ubby dapat hantar pergi kerja buat masa ni.

Semoga Ramadhan kali ini dapat saya manfaatkan dengan amal ibadat yang lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Semoga Ramadhan kalian juga begitu. Amin...









p/s: Dapur lebih banyak berasap dalam bualn ni dari bulan-bulan yang lain. Chef pening nak fikir menu...=D






Thursday, August 09, 2012

Alhamdulillah, dah masuk 10 malam akhir di bulan Ramadhan. Sedih jugak hati ni, ntah tahun depan dapat jumpa lagi Ramadhan ke tidak....

15 Ramadhan / 4 Ogos 2012 yang lepas, Geng Kakak buat makan-makan berbuka sama-sama. Tempat kat rumah Kakak 3 (pasni dah takleh panggil kakak, kena panggil makcik). Saya dari rumah sempat lah mencuba resepi Pavlova untuk dijadikan dessert, buat muffin kismis juga. Kakak 2 pulak bawak tembikai manis. Kakak 3 pula masak hidangan utama - nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan acar darat. Sedap.... 

Dalam pada makan ramai-ramai tu teringat juga kat Kakak 1 yang jauh di Sungkai. Kalau dia ada lagi meriah. Nampaknya tahun depan Geng Kakak akan tukar jadi Geng Makcik&Pakcik sebab 2 memang dah berkeluarga, 2 lagi bakal melansungkan majlis hujung tahun ni.

Hidangan utama


Dessert

Kaum bapa, bakal bapa(kain pelikat) dan bakal suami(baju merah)...

Mak Yongs sibuk siapkan hidangan, masa ni dah buka dah. Kakak 2 tuangkan air.

Dari kiri - Ibu, bakal ibu dan bakal isteri

* Gambar goyang sebab tukang ambil tak basuh tangan, guna tangan kiri pastu gigil-gigil.

Selasa lepas, hantar Kakak 1 ke KL Sentral. Nak balik Sungkai naik ETS. Lepas kerja terus gerak ke KL. Sampai je memang dah dekat waktu berbuka. Kami berbuka di Lilies @ Sooka Central. Ada set buffet tapi kami order ala-carte je. Lepas solat maghrib baru ke KL Sentral, train jam 9.00 mlm jadi tak lah rushing sangat.

Sebelum waktu berbuka. Sofea sekarang kalau amik gambar kena ikut mood dia. Syameel pulak suka buat muka pelik-pelik...

Kakak 1 ngan Mak Yong. =)

Lauk dah ready....tunggu waktu je...

Kawan-kawan semua dah bayar zakat fitrah? jangan lambat-lambat sangat tau, takut terlupa pulak nanti. Semalam kami keluar makan di McD Nilai, sebelum tu singgah Giant dulu cuci mata. Dapatlah baju raya saya ngan Sofea sedondon anak beranak. Jubah yang sama pattern ibu dan anak. Jalan-jalan nampak kaunter zakat fitrah ada kat dalam Giant, terus lah ubby gi bayar takut terlupa. Alhamdulillah, dah selesai apa yang patut.

Sekarang ni tinggal nak beli baju Melayu ubby ngan Syameel dan baju t-shirt n jeans diorang. Saya sepasang pun jadilah. Misi bakal diteruskan Sabtu nanti...sebab petang tu ada Majlis Berbuka dengan kawan-kawan satu batch Palapes NAVY masa kat UiTM dulu.




Thursday, August 11, 2011

Hari ke 9 & 10 Ramadhan

Ramadhan ke-9
Bersahur dengan mee goreng udang atas permintaan ubby. Sofea pulak makan nugget jek. Mudah dan cepat.



Menu buka petang tu, sampai umah kul 7.15ptg. Bersilat ler apa lagi...nasib memang dah defrost daging burger tu. Ubby ajak buka kat luar, tapi macam malas pulak. Next time yer....


Orang tak puasa yang lelebih. Orang lain makan burger tapi dia suka sosej. Jadi kena lah goreng sosej khas untuk orang tak puasa ni.


Ramadhan ke-10

Sahur dengan nasi + kupang (kakak 1 bagi) sambal + sawi & kobis masak air.



Berbuka di Jabatan. Ada majlis sembahyang terawikh sekali. Alhamdulillah....Nasi berlauk ikan sweet sour, ayam goreng ketumbar, daging masak hitam, kobis masak lemak dan sambal belacan.

Dah lama tak solat terawikh di masjid/surau. Alhamdulillah, tahun ni dapat. Sofea pun ikut sampai habis.

p/s: Sofea dah boleh bawa ke masjid, tapi Syameel - mcm2 ragam ayah dia kata, wallaupun tak merayap ke mana-mana...

Tuesday, August 09, 2011

Hari ke 5 - 8 Ramadhan

Ramadhan ke-5
Bersahur dengan lauk sardin masak cili potong dan sup sayur. Petang ni nak balik ke kampung.

 Gerai burger di tepi jalan

Berbuka dalam perjalanan pulang ke kampung. Singgah di 7-E Gemencheh. Ntah macam mana ada satu gerai jual burger di hadapan kedai. Ada lah sorang budak perempuan dalam linkungan umur 7-8 tahun, duduk termenung di meja. Sayu hati saya, ni mesti anak penjual burger tu. Mak dia tengah sibuk buat persiapan untuk jualan. Saya terus ajak ubby beli burger untuk berbuka, daripada bungkus makan dalam kereta, kami duduk lepak kat meja tempat budak perempuan tu duduk.

'Adik puasa?' tanya saya

'Puasa,' jawab dia.

'dah nak buka ni, lagi 5 minit lagi,' saya bagi semangat kat dia. Dia senyum je.

Tiba-tiba datang 3 orang budak cina bercakap-cakap depan budak perempuan tadi. Saya pelik, apa lah mabuk budak cina ni cakap-cakap macam orang paham. Datang mak budak perempuan tadi dengan pesanan kami, terus cakap ngan anak dia, 

'Suh diorang main jauh-jauh, orang nak buka ni. Jangan kacau.'

Terus anak dia cakap cina ngan 3 orang budak cina tadi. Ha, terlopong kejap saya. Mak dia terus kata, dia sekolah cina. Selain pesanan kami, mak dia bagi sepotong besar tembikai untuk kami juga. 

Saya terharu sangat tengok budak ni, anak-anak saya waktu ni (senja) tengah bersenang lenang dalam rumah sambil menonton tv, sedangkan dia dengan sabar dan berpuasa menanti mak dia yang berjual burger di situ. Insafnya....Terus suruh ubby beli Slurpee bagi kat budak ni satu. Emosi saya memang lah sangat tersentuh. Betapa bersyukurnya saya diberi kehidupan yang boleh dikatakan senang, tak perlu kerja berbumbung langit sampai ke malam.


Ramadhan ke -6
Bersahur di rumah mak saya. Lauk sotong masak kicap, kangkung goreng dan ikan kembung goreng.

Seharian mak saya di dalam bilik, mengaduh perutnya kembung, kakinya seram sejuk dan peluh di dahi walaupun kipas dah dibuka. Saya urut-urutkan kepala, perut dan kaki mak sampai lega. Tapi sebelum tu asyik lah mengatakan 'benda' tu datang lagi. Saya malas nak kata apa-apa, cuma nasihatkan agar buat pemeriksaan menyeluruh di hospital pakar. Suruh makan ubat kembung perut pagi sahur tadi taknak pula. Tak naklah saya gesa-gesa pula, lagipun saya tak tahu apa-apa....

Petangnya, salah seorang perawat datang dan membuat rumusan bahawa memang penyakit mak saya seharian tu adalah penyakit yang nyata, bukan gangguan dari benda-benda yang ghaib. Barulah nak percaya. Susah jugak kalau dah trauma dengan benda-benda macam ni. Dan-dan tu terus segar dan Alhamdulillah lepas maghrib sebelum saya ke rumah mertua mak dah ok. Mana lah tak kembung perut kerana semalamnya buka minum jus jambu batu, dan tak makan makanan berat. Lewat malam saya sampai semalam baru nak makan.

Berbuka dengan kuih-muih - popia,tepung pelita, roti jala dan puding roti karamel yang agak keras sikit saya buat. Air jek 4 jenis - cincau sejuk dan panas, sirap selasih sejuk dan air barli sejuk.

Ramadahn ke-7
Bersahur di rumah mertua saya. Masak lemak cili padi ikan sepat + nenas dan sayur campur. Ada botok-botok jugak. Bertambah lah jugak saya makan sahur tak pernah-pernah. Heheheh

Seharian melepak di rumah, tgh hari keluar sekejap ke Giant beli barang dapur mak dan ke Dataran Segamat. Ada jualan di situ. Alang-alang cari juga songkok dan sampin Syameel.


Susah tu mamat ni nak cuba songkok...asyik ke sana-ke mari jek....

Berbuka di rumah mertua dengan murtabak singapura, nasi beriani sebungkus jek beli, bubur lambuk dari masjid dan betik. Air sirap bandung ais krim soda dan cincau panas.

Lepas bebuka baru balik ke BBST, sampai umah dalam pukul 11.30mlm.


Ramadhan ke- 7
Sahur cuma panaskan nasi, lauk sardin dan ulam-ulaman. Goreng telur dadar untuk Sofea.
Selsema saya makin teruk nampaknya. Anak-anak pun sama, Syameel pun badan dedar je. Lepas sahur baring semula, pastu tak larat bangun. Akhirnya ke klinik jua dan dapat MC dan ubat-ubatan. Masih berpuasa, lepas buka baru makan ubat.

Semalam buka simple jek kat kedai. Bihun ladna dan nasi goreng daging merah untuk ubby. Sofea kongsi dengan saya.


p/s: Tak berjaya jugak nak masak buka sendiri, ada jek aral melintang...haissshhhh!!!


Friday, August 05, 2011

Hari Ke-4 Ramadhan 2011

Alhamdulillah sekejap jek dah empat hari berlalu....Setakat hari ni semua berjalan lancar, cuma pagi gi kerja jek tergesa-gesa sikit mengejar punch kad sebab nak lewatkan hantar Sofea. Yerlah kelas kat SR mula jam 8.45pagi, kalau masa WP3 dulu sedang elok lah. Ni WP2 dalam 7.30pg dah kena sampai kat SR kalau tak, memang ubby kena pecut laju2 lah.

Sahur
Menghabiskan sambal telur, masak semangkuk kecik jek pun. Boleh ulang 2 kali sahur. hehehe....Tambah lauk kobis masak lemak putih dan telur dadar untuk Sofea. Saya malas makan nasi, cicah sekeping roti dengan sambal telur jek. Air kopi Goji Susu Kambing segelas share dengan ubby.


 Berbuka
Petang hujan. Ubby lambat sket ambil sebab ada kerja di Shah Alam. Suruh dia terus ambil anak-anak di Presint 15. Saya singgah juga ke pasar sebelah ofis dan beli ayam golek seekor. Tapi bagi 1/4 bahagian pada Kakak 1. Macam banyak pulak seekor. Beli akok, kuih dadar gulung dan donut. Beli singgit jek sume. Jalan toksah cakap lah jem dari Uniten ke Serdang, last-last tumpang kereta kakak 1 sebab sehala. Nasib lah kakak1 dah nak balik juga. Kalau tunggu ubby datang ambil memang lagi lambat la.

Sampai umah ngam-ngam jek hidang terus masuk waktu berbuka. Alhamdulillah, semua habis takde pambaziran. 

Sebut pasal membazir, haritu beli jambu air, banyak jugak lah. Masuk dalam peti sejuk, bulan puasa ni nak makan tak sempat-sempat. Malam tadi konon nak siap potong-potong lah masuk tupperware, senang nak makan. Sekali tengok apsal jambu ni semua macam dah beku air batu, potong tengok dah 'bonyo' jek. Nampak selaput beku kat luar dia. Rupanya suhu peti sejuk dah sampai maksimum. Ntah sapelah tangan gatal yang memusing pengawal suhu tu...Habis buang macam tu jek jambu tu. Sayang....

p/s: konon taknak makan nasi, nak tengok tahan ke tidak...hehehe

Thursday, August 04, 2011

Hari Ke-3 Ramadhan 2011

Sahur
Nasi + Sambal telor hancur dan goreng bendi berkicap. Sofea moody sket pagi ni, nak bersuap pastu buat mcm nak muntah. Saya sumbat jugak. Sambil makan buat homework SR, tu ler malam tadi leka tengok tv.

Buka Puasa
Ntah macam mana ada orang foward voucher Pizza Hut pulak. Terus pakat-pakat nak buka reramai. Port biasalah umah Kakak 1. Kakak 2 dan 3 follow jer. Siap ada tambahan ayam golek sedap kat sebelah ofis ni. Makan berlima macam tak cukup. Hehehehe...

Gambar tak sempat snap, masing-masing dah tak sabar.





 Alhamdulillah, dapat solat Maghrib, Isyak dan Terawikh berjemaah sekali. Ada rezeki kita buat lagi yer...

 Tukang snap adalah orang yang ber'cuti' dan menjaga kanak-kanak ribena.


Wednesday, August 03, 2011

Hari Kedua Ramadhan 2011

Sahur
Masih lagi makan nasi, sambal sotong dan ulam tenggek burung dan timun. Sofea macam biasa, sup sayur,kicap dan telur dadar. Pagi ni dia bangun bersemangat jek, siap makn sendiri lagi. Lepas makan, bagi dia tdo sekejap pastu baru kejutkan untuk mandi dan bersiap. Awal sampai ofis hari ni.


Berbuka puasa
Hari ni ubby nak makan lempeng. Ok gak, sambil menghabiskan sambal sotong sahur dan cili potong ikan bilis buat cicah. Gorengkan nugget utk Sofea dan dia nak air bandung. Bukan main pink lagi...heheheh

 Selamat berbuka...

 
Kuih tambahan, dah lama dalam peti sejuk beku. Tak berapa sedap sebab rasa dia wangi sangat.

Tuesday, August 02, 2011

Hari pertama Ramadhan 2011

Alhamdulillah, dapat lagi berjumpa dengan Ramdhan pada tahun ini. Sahur hari pertama dimulakan dengan sambal sotong dan sup sayur (saleri, tomato dan lobak). Sofea macam biasa mesti nak telur dadar dan kicap.
Saya cuti sebab taska diorang ambil cuti peristiwa.

Tengah hari anak-anak main kat luar, ntah macam mana anak jiran sebelah sebaya Syameel ada jugak main-main. Dia makan roti, bagi Syameel sikit. Keluar Sofea pun dia bagi juga. Sofea terlupa yang dia berpuasa terus makan roti tu. Nasib saya perasan, terus suruh dia keluarkan n kumur. Nangis Sofea, saya tak marah pun. Lepas pujuk-pujuk baru ok.Kesian dia...

Jumaat petang saya perasan rambut Syameel macam kena tokak, dah confirm dengan teacher diorang takde main gunting. Haru betul, saya rasa gunting ni dapat dari beg budak darjah 1 yang transit kat situ.




Berbuka semalam dengan mee goreng (ubby request nak kering macam mak dia selalu goreng), Sofea nak kerang rebus dan air mangga.



Tak lupa juga dessert puding kastard berkuah.



p/s : tahun ni kalau boleh taknak beli kat PARAM. nak masak sendiri.

Friday, October 15, 2010

Just another cerita basi di Ramadhan yang lalu

Ramadhan yang lepas, walaupun dalam bulan puasa Bahagian  saya telah mengadakan satu sesi berkaitan dengan SKT. Oleh kerana Bos CNY saya amat suka membuat aktiviti luar di Genting maka bermula dari jawatan E27 dan ke atas telah dikerah untuk menjayakan program sperti di gambar. Tahun lepas lagi haru, masa menyambut 1 Ramadhan lagi program ini diadakan. Oleh kerana saya sedang melatih Sofea berpuasa, maka saya tidak mahu meninggalkan keluarga saya bersahur dan berbuka bersendirian di rumah. Semua saya angkut juga ke program ini. Biarlah bayar lebih janji kami sekeluarga bersama-sama.

 Sesi bermula petang Jumaat hingga ke malam. 

 Siang puasa, malam dapat keropok pun berebut dua beradik....

Saya menghadiri program manakala si ayah dan anak2 buat aktiviti masing-masing

Alhamdulillah, sahur walaupun tak sesedap mana tapi oleh kerana suasana sejuk, maka tiada masalah bilamana hari kedua kami langsung tidak turun bersahur. Hari Sabtu program dapat dihabiskan awal, maka dapatlah kami berjalan-jalan mencuci mata.




 Cable car = serik takmau naik lagi...ngeri....


Berbuka puasa di Pizza Hut, tapi layanan macam s*al.....sedangkan waktu tu dah pukul lapan dan dah tak ramai pelanggan sebab kami solat dan berbuka dnegan air mineral jek dulu. Semua pekerja macam tak peduli dengan pelanggan. Malu jek sebab semua melayu. Orang asing tengok, macam ni gamaknya orang Islam berpuasa....kerja pun main-main. Kami dapat bread stick yang penuh majerin bertepek-tepek sampai naik geli nak makan. Next time takdelah.....pangkah Pizza Hut Genting!

 
 Dah malam, no outdoor, cuma mainan indoor jek...
 


Ahad, sebelum balik sempat lah jalan-jalan sekitar hotel. Sofea sibuk nak naik kuda tapi takde pulak kuda kat sini.


 Sebelum turun singgah memetik strawberi di kawasan berdekatan Hotel Seri Malaysia. Apa nama tempat dia pun lupa. Tapi anak-anak sume enjoy!

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2010

Sebelum raya haritu macam-macam aktiviti yang dibuat untuk memeriahkan suasana taman tempat kediaman saya. Persatuan Taman telah mengadakan satu pertandingan jalan yang paling ceria sempena menyambut hari raya. 

Maka bertungkus-lumus lah ahli-ahli di jalan saya menghias sekitar rumah dan jalan. Semua rumah diwajibkan memasang lampu lip-lap. Dan pada hari pemarkahan di buat, pondok saya diangkut ke depan jalan masuk ke jalan rumah kami untuk menjadi hiasan. 

Seronok sampai pukul 2 ke 3 pagi anak-anak bermain di luar macam suasana kampung. Sambil tu bapa-bapa memasang lampu lip-lap terpanjang di depan jalan masuk dan ibu-ibu pula tukang pemberi komen dan semangat....hehehehe....

 Dua budak kicik ni memang pantang dapat keluar...tak hengat donia!!!!
 

Malam sebelum balik ke kampung, sempat lagi Sofea menginai kaki dan tangan. Ni sume gara-gara teacher di taska yang memakai inai juga sempena nak menyambut hari raya.....Kami pulang beraya pada hari Rabu malam Khamis. Lambat sangat rasanya sebab ubby baru masuk kerja di tempat baru, dan cuti dia pun hanya beberapa hari sahaja. 

Balik terus ke rumah PIL dulu, lepas bersahur bersama pagi tu baru kami pulang ke rumah mak ayah saya. Alhamdulillah, walaupun ada kejadian2 makan hati berulang jantung, tapi kami masih boleh menahan kesabaran bagi mengelak terjadinya drama-drama swasta yang tidak bermutu.

Raya pertama cuaca amat mendung, lepas sembahyang raya dan bersalam-salaman dengan keluarga di sebelah saya, kami terus ke rumah sebelah ubby pula. Sebelum sembahyang Jumaat kami sudah berada di rumah saya semula. Melayan tetamu yang tak henti-henti. Sangat letih dan tak kering tangan pada waktu ini.

Raya kedua, awal pagi lagi mak ayah dah ajak balik ke kampung mak saya di Melaka. Lepas subuh dah gerak.Saya tak mengajar anak-anak saya untuk berkurang ajar pada saudaranya. Sikit pun saya tak pernah bercerita keburukan saudara dia pada mereka. Jadi terpulanglah apa orang nak kata. Anak-anak saya bebas memilih nak naik kereta siapa dan nak jalan dengan siapa kerana itu adalah saudaranya sendiri.

 Sebelum gerak ke Melaka, kamera saya cikai sahaja.....tak macam orang yang kamera canggih sampai bagi anak main-main jek..duit banyak kan....

Raya ketiga masih di rumah mak ayah saya. Petang raya ke empat baru lah ke rumah sebelah ubby. Rumah dekat2...apa nak kecoh kan...tu pun siap kena sound dengan ubby sebab masa nak balik umah sebelah ubby tu lah, pakcik ni nak datang, pakcik tu nak datang.....takkan nak tunggu kan...PIL pun dah tak sabar nak umah dia ramai-ramai anak2 dia yang tiga kerat tu berkumpul.....Jadi ubby kata, kim salam jek lah kat diorang, kalau nak tunggu lagi, sampai esok subuh pun kita tak gerak-gerak...tak kecoh kata ko???

Hari Malaysia tu saya dah balik ke BBST dah. Mana taknya, Jumaat esoknya ubby kena keje. Redha jek la....Mencari rezeki katakan....

Isnin 20hb, saya mula bekerja semula. Sepatutnya masih cuti tapi Bos tak bagi sebab nak buat preparation kedatangan Mat dan minah salleh dari UK.

Dan selama dua minggu itulah kebizian tahap maksimum melanda membuatkan saya terpakasa membasikan cerita raya saya di atas....Bukan menarik pun, tapi dah kata tulis blog, mahulah kena update jugak kan???

 Inilah antara gambar sepanjang pakar runding dari UK ni berada di Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...