Puasa tahun ni memang tak produktif langsung. Rasa tak cukup masa, masa cepat sangat berlalu. Buka memang setakat ni beli je hari-hari. Sekali je kot masak spaghetti utk Sofea n Syameel.
Sampai rumah dah pukul 6.45 ptg paling awal, paling lewat 7.15ptg. Sampai jek memang kelam kabut nak hidang atas meja dengan Syazwan yang melalak tak boleh nak letak langsung. mencabar keimanan sungguh. Solat maghrib bergilir lepas tu sibuk kemas-kemas, masak lauk sahur, tengokkan kerja sekolah anak sambil ubby memang kena jaga Syazwan.
Keletang keletung dah pukul 10 malam, Syazwan nak mengempeng tidur pulak. Solat Isyak (kadang-kadang solat waktu bangun sahur sebab dah terlena) pastu tidurkan Syazwan. Solat terawikh sempat buat hari pertama je, pastu cubaan semua gagal. Niat dalam hati, tapi tak mampu... Pukul 4pg dah bangun siap-siapkan makanan, masak sayur, portionkan susu Syazwan dan kemas beg anak-anak. Skrg pukul 4.30pg baru bangun, terus tak tidur lagi. Sofea n Syameel makan mesti bersuap kalau tak memang lambat dan makan sikit lah.
Kemas-kemas semua dah terus mandi dan solat Subuh. Ubby dapat tidur sekejap pun jadilah. Pukul 6 kejutkan anak-anak dan ubby yang mandikan diorang. Siap-siap semua, pukul 6.55pg terus keluar rumah.
Setiap hari macam tu. Masa untuk sahur jek. Orang lain boikot PARAM, tapi saya hari-hari PARAM.
Dugaan-dugaan lain pun datang bermacam cara, dengan tayar FORTE koyak dan botak, kena ganti 4 sekaligus. Kopak RM1k, baru berangan nak shopping baju raya....kena tangguh dulu. Last minit preparation lah jawabnya...
Baju raya anak-anak yang penting, kita yang dah tua ni tak kisah sangat....
p/s: fuh kanan fuh kiri....cepatlah hilangkan emosi yang stabil ni....kalau tak asyik sentap je mak!
1 comment:
order dr mangkuktingkatla..boleh free delivery ke ofis@rumah area desa pinggiran putra,putrajaya. klu nak order, shida contact kak mariah (0172102464). harga pun ok. makanan dia pun boleh tahanla juga.
Post a Comment