Showing posts with label New Year. Show all posts
Showing posts with label New Year. Show all posts

Monday, January 20, 2014

2014

Puh kanan,
Puh kiri...

Habuk sawang...tak menyempat nak bagi momentum berterusan mengemaskini blog.... Dari anak satu sampai anak 3 dah....

Banyak perkara nak berkongsi, tapi bila nak mengarang, terus idea ke laut. Tu yang terus jadi bahan bacaan tak berapa nak ilmiah kan.

Tahun 2013 telah berlalu dengan pantas sekali. Maklumlah bila ada anak kecil, memang rasa cepat je masa berlalu. Kesibukan mengurus anak-anak memang menjadi sesuatu yang mencabar bagi ibu-ibu yang berkerja.

Diantara aktiviti-aktiviti penghujung tahun 2013 yang kami buat :

Berkelah di tanjung Puteri, Melaka.

 Cucu kesayangan Atuk, memang manja giler dengan atuk. Kalau dengan atuk, orang lain tak pandang dah..

 Sofea dan Syameel lepas gian main pasir








 Dah mandi, tak mahu naik ke darat. Umpan dengan aiskrim,







Dan sambutan tahun baru 2014 semua berkumpul di rumah saya. Family sebelah saya.

Aktiviti steamboat dan panggang ayam/daging

 

Gambar orang takde sebab masing-masing sibuk memasak. =)



p/s: 2014 tambah cucu lagi , adik bongsu saya bersalin bulan Februari..Semoga dipermudahkan.

Saturday, January 08, 2011

Sambutan Tahun Baru Yang Tak Dirancang

Kebetulan Hari Jumaat 31/12/2010 adalah hari cuti peristiwa. Kebetulan juga ubby sudah merancang ke JB kerana urusan kerja pada hari Jumaat tersebut. Hotel sudah ditempah. Minit-minit terakhir dibatalkan maka kami terpaksa juga ke JB dan kerja ditunda pada hari Isnin berikutnya.

Maka bercutilah kami di JB sambil menyambut tahun baru. 3 hotel check-in. Dan bestnya kebetulan PIL pun ada meeting kat JB. Dapatlah jumpa dan duduk sekali kat hotel yang sama.


JUMAAT / 31 Dis 2010

 First hotel - Hotel Naza Tallya - sempatlah layan bunga api dari bilik sebab malam tahun baru kan....

 
 View dari bilik tingkat 10 - Hotel Naza

 
Lobi Hotel Naza

Gambar mandi kolam kat hotel nih ada kat dalam hp ubby. Sofea lah palin suka dok sini....sebab ada kolam kicik dan kolam besar....

SABTU / 1 Jan 2011

 Hotel Kedua - Favourite FIL ni, Hotel Crystal Crown.

  Ini kolam ana yang punya...serius takde orang pun mandi! kitorang jek...

   Lobi Crystal Crown



Dan malam minggu tersebut, kitorang cari kedai sotong kangkung. Rupanya dah pindah ke dalam sebab jalan kat tepi laut tuh sedang dilebarkan.... Kakak, jangan terliur eh...kat Padang Kota ada banyak...

AHAD / 2 Jan 2011

 Hotel yang terakhir adalah Hotel Selesa di Pasir Gudang. Ada promosi tinggal semalam free semalam. Tapi tak amik pulak sebab ingat keje ubby sekejap jek. Rupanya sehari suntuk menunggu lam kete masa ubby tengah buat keje hari Isnin tuh. Tak berani nak ke mana-mana sebab takut tersesat.Kat Pasir Gudang kan banyak kilang....

Kat hotel nih kena sengat lebah masa mandi kolam. Terpijak sebenarnya....nasib kat tapak kaki....tapi takde apa-apa lah yang memudaratkan.Yang penting bukan anak-anak yang kena.

Ok demikianlah cerita basi saya di awal tahun. Ada lagi nih. Nanti update yer...hehehehe

Wednesday, January 02, 2008

Hepi New Year 2008

Saya lambat menaip entry tahun baru....Azam tahun lepas alhamdulillah...tercapai. Dan tahun ni azam saya nak meningkatkan taraf ekonomi keluarga saya. Banyak perkara bakal berlaku tahun ni. Rumah baru bakal siap, baby baru bakal lahir, tambah lagi satu transport utk keluarga kecil saya, hantar motor kesayangan saya pulang ke kampung untuk kegunaan abah ke masjid dan beberapa perkara lagi.Sebenarnya banyak azam dan cita-cita saya yang masih belum tercapai, antaranya...walau setua mana pun saya nanti, saya tetap mahu menggenggam segulung ijazah. Sekarang ni, masa jek yang tak mengizinkan....InsyaAllah...ada masa dan rezeki nanti saya akan sambung semula impian saya.

Selamat Tahun Baru Semua!!!Semoga tahun ini akan membawa kebahagiaan kepada semua..AMIN....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...