Masa berlalu dengan pantas. Diam tak diam sudah jadi ibu ber anak 3. Usia perkahwinan menjangkau ke angka 9 pada tahun ini. Semoga keluarga kami terus bahagia ke hujung nyawa.
Sofea Nafeesa puteri pertama,
Busyuk masham gelaran manja,
Susah sungguh mencari nama,
Sampai saat akhir masih mengeja.
Muhammad Syameel Nuqman putera pertama,
Sangat 'adorabel' si mata kuyu,
Sakit melahirkan sekejap cuma,
Nampak gentle berhati sayu .
Muhammad Syazwan Nasree nama diberi,
Kandungan tak dirancang redha kuterima,
'Bodyguard' kakak sulung si penyeri,
Sebagai pelengkap keluarga berlima.
p/s: mabuk apa nak berpantun bagai...layankan je lah...huhuhu
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts
Friday, January 18, 2013
Update gambar Syazwan
Tengok pipi dan dada dia...kesian tengok, kering dan merah-merah. Petang ni nak bawa gi klinik nak dengar apa nasihat tuan doktor...
Sofea Nafeesa - kulit dia pun sama macam ni masa seumur Syazwan.
Thursday, January 17, 2013
Perkembangan Bayi
Saja-saja cari pasal perkembangan bayi sebab dah lama sangat tak jaga anak kecil kan...jom kongsikan! Saya cuma ambil yang berkaitan dengan Syazwan sekarang...
Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:
0 hingga 3 bulan
• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki. (Check!)
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki. (Check!)
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.(Check!)
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum. (Check!)
• Pada usia lapan minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami. (Check!)
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap. (Check!)
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap. (Check!)
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.(Check!)
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.
3 hingga 6 bulan0 hingga 3 bulan

• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap. (Check!)
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya. (Check!)
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
Nak baca selanjutnya boleh ke laman ni SRC
Jumpa lagi satu di Babycentre.com,
Perkembangan Bayi 3 bulan
Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.
Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.
Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.
Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).
Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.
Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.
Perkembangan Bayi 3 bulan
Menegakkan kepala dengan stabil (Check!)
Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik (Check!)
Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.Pola tidur lebih terkawal (Check!)
Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.Jelas mengenali emak dan ayah (Check!)
Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.
Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.
Mulalah membaca kepada dia sekarang
Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.
Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).
Perkembangan awal bahasa
Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.
Sentuhan menjadi lebih sensitif
Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.Mula berinteraksi dengan orang lain (Check!)
Anak anda diprogram untuk "menerima", serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.
Tuesday, January 15, 2013
Cabaran
Seronok hidup kalau tiada masalah, tapi rasa tak mencabar pulak kan??
Semalam, lepas dah satu seksa sepanjang saya bekerja di ofis sekarang, saya terlibat dengan data dan penerbitan. Sejak 3 tahun yang lalu, penerbitan yang dirancang tak keluar-keluar. Dalam bahagian dah bentang banyak kali. Dengan pihak atasan sejak akhir 2012 dah bentang tapi masih belum mendapat kelulusan. Dari saya mengandung sampai melahirkan, semalam barulah pembentangan kepada pihak atasan berjaya. Terima kasih banyak pada bos atas-atas saya sebab banyak membantu walaupun baru masuk ke bahagian ni. Nak harapkan bos atas saya, nak buat garisan satu pun tak boleh nak bagi keputusan.
Habis pasal kelulusan, maka setiap suku tahunan saya akan mula sibuk dengan data. Data ini perlu diterbitkan lebih awal dari data KDNK. Februari ini adalah cabaran pertama dalam menyediakan dan menerbitkan data bagi suku tahun ke empat 2012. Data akan diterima 6minggu selepas suku tahun rujukan. Jadi saya akan sibuk pada Feb, Mei, Ogos, Nov dan seterusnya....Tahun ni rasanya akan sibuk hari-hari sebab ada pengasasan semula.
Ish...cukuplah cakap pasal kerja....2013 pasti mencabar saya rasa. Dengan anak kecil, dengan jadual mengepam lagi...dengan 'hal-hal lain' luar dugaan lagi...
SOFEA
Pagi ni, pagi2 lagi saya dah mengamuk dengan Sofea. Mana taknya, kain biru sekolah tak bawa balik. Ntah mana dah ditinggalnya. Saya kejutkan dia dan tanya, terus bagitau semalam dia tukar kain di bilik air bukan di surau. Tu la, kalau kat surau mesti nampak longgok kain tu, ni kat bilik air mesti gantung dan kemudian terlupa nak ambil kan.... Adoyaiiii!!!!
Dah pesan tiap-tiap kali balik sekolah kain sekolah terus keluarkan dari beg dan masuk bakul. Ni tidak, semua ibu dia nak kena ingatkan.Masa hantar tadi suruh dia ke bilik air semalam tengok ada lagi ke tidak kain dia. Dahlah kain baru beli untuk tahun ni....kalau hilang kan sayang. Ayah ngan ibu ni bukan pergi cop duit anak oiii.... Nasib baik ada...Syukur masih ada rezeki di situ.
SYAMEEL
Ok-ok sahaja ke SRK, cuma kadang-kadang asyik bisik2 ngan ayah nak gi 7E dulu....Ayah pula ikutkan je...Alahai anak, kering poket ayah nanti...
SYAZWAN
Kulit dia sensitif juga macam Sofea. Rasanya dia pun tak boleh pakai bedak. Mana taknya, pipi merah dan kering, kat dada dan atas perut pun ada tompok yang sama. Pagi ni dah pesan pada pengasuh dia jangan pakaikan bedak dan saya tak bekalkan pun bedak. Jangan diorang sapu bedak orang lain dah la... nanti saya update gambar pipi dan dada Syazwan.
Saya jumpa ni di blog orang lain dan dia dapat dari babycentre, jadi saya nak kongsikan di sini...
Apa itu ekzema?
Ekzema
ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa
mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu
ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan
beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat
dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita
tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam
keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.
Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan
ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai
ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin
hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap,
kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk
jangka masa yang pendek.
Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.
Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.
Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?
Doktor
selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan
krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar
tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan,
menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi
dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika
digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi
nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti
yang penipisan ini akan berkekalan.
Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.
Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?
Pil
antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu
tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak
digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak
kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di
sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum
memberi anak kecil antihistamin.
Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.
Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?
Setengah
ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif
kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti
teguh yang ianya efektif.
Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.
Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.
Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?
Ekzema
boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya
berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi
dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan
memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.
Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?
Inilah apa yang kami tahu:
• Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?
Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah.
• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

kredit kepada Baby Center
p/s : kadang-kadang mulut cakap nak berubah tapi perangan tak ubah-ubah juga, macam nak bagi starlite je!
Saturday, December 29, 2012
Muhammad Syazwan Nasree dapat hamper lagi...TQ Kak Faridah (ofismate)
Rutin harian tahun 2013 akan jadi macam ni,
Saya akan hantar si abang ke Smart Reader dan si adik ke taska, manakala ubby akan hantar si kakak ke sekolah. Ubby kena keluar awal sebab kena ada depan gate sekolah sebelum jam 7.30pg. Manakala saya hantar si adik dulu dan kena tunggu SR buka dalam jam 7.45 - 8.00 pg baru ke ofis. Nasib ambil waktu kerja 8.30am - 5.30pm.
Kalau ubby tak busy boleh lah keluar satu kereta.....heheheh...malas sungguh saya nak drive pagi-pagi...

Tuesday, December 18, 2012
Macam-macam Cerita!!!
Alhamdulillah, saya dah mula bekerja 10 Disember lepas. Minggu pertama masuk kerja memang rasa sangat lost. Minggu ni dah fokus sket, tapi ini belum mencabar lagi sebab sesi persekolahan belum bermula. Sofea dan Syameel pula sedang bersuka-ria di kampung.
Nak abadikan kenangan hadiah2 yang baby Syazwan dapat sepanjang saya berpantang. Duit sumbangan pula boleh beli seekor kambing...murah rezeki...=)
Nak abadikan kenangan hadiah2 yang baby Syazwan dapat sepanjang saya berpantang. Duit sumbangan pula boleh beli seekor kambing...murah rezeki...=)
Hadiah 1st batch
Hadiah 2nd batch
Ni budak bertuah yang keluar ikut tingkap...
Posing ngan Abang Syameel, masa ni Kakak Sofea kat kampung dengan Hana.
HARI KELUARGA BAHAGIAN
Ahad lepas, Bahagian saya buat Hari Keluarga. Buat dekat saja, di Wet World Hot Spring Pedas. Seronok sangat walaupun separuh kakitangan je yang dapat hadir. Syameel dan Sofea datang dari kampung. PIL bawakan, nasib baik diorang ok jek nak join.
Awal pagi...
Alololo...adik... Ni kes baru jumpa adik...
Sofea n Syameel masuk acara tiup belon sampai pecah..( sila telengkan kepala)
Acara bawa bola ping pong dalam sudu
Syameel dapat no satu tau...hahahah
Acara ibu dan anak, susun puzzle
Yess!!!
Acara berendam...dah takleh nak tunggu lagik..
TQVm ibu dan bapa mertua ku sayang... Melayan cucu kecik ni sementara anak menantu bersukan
Monday, November 19, 2012
Seronoknya menjadi suri rumah walaupun terkejar-kejar memasak, mengemas, membasuh sebab si kecil ni kadang-kadang tidur tak nyenyak memandangkan kakak dan abangnya ada di rumah.
Syameel suka sangat cium si adik. Marah sangat kalau cakap adik dia tak comel. Kalau adik menangis, dia dulu yang akan datang pujuk....kelakar pun ada...
Sofea pula asyik nak minta dukung adik. Badan adik semangat, tak berani nak bagi Sofea pegang takut terlepas. Kadang-kadang bagi juga pangku sekejap nak puaskan hati dia. =)
Setakat hari ni masih tak meragam teruk. Malam pun nangis nak menyusu je. Lampin basah ke, buang air besar ke, tak jadi masalah utk Syazwan tidur lena.
Saya sedang dalam usaha untuk menyusukan Syazwan dengan susu ibu 100 peratus. Buat stok susu, curi2 bangun tengah malam sebab nak aim sehari sekurang-kiurangnya 3-5 oz. Sekarang ni stok terkumpul ada dalam 40++ x 3 oz. Masih ada 20 hari lagi, harapan saya semoga kali ni berjaya menyusukan anak sehingga setahun sekurang-kurangnya dan visi sehingga 2 tahun. =)
NIP - ponco pemberian Kakak 3. =)
Saturday, September 29, 2012
MUHAMMAD SYAZWAN NASREE
Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan anak ke 3 melalui pembedahan pada 20 September 2012. Bayi lelaki seberat 3.55kg. Overdue 6 hari dari tarikh jangkaan bersalin.
Saya dimasukkan ke wad pada 18 Sept kerana selepas scan dilakukan, bayi saya dianggarkan seberat 3.9 - 4.1kg dan air ketuban sangat banyak. Masa tu dah overdue 4 hari. Doktor nak induce sebab kalau tunggu lagi takut bayi lagi besar. Saya pasrah je masa tu. Terus call ubby suh balik kampung sedangkan dia baru je balik KL petang semalam. Kesian, tapi saya dah risau dan seram sejuk bila doktor ada sebut pasal ceaser.
Saya mula bercuti pada 3 Sept. 5 hari guna cuti rehat dan start 10 Sept bermula cuti bersalin. Kononnya ambil seminggu awal sebab due date adalah pada 14hb. Sekali sampai 18hb pun tak bersalin lagi.
19 Sept, Rabu - Pagi-pagi lagi doktor pakar dah datang ke katil buat pemeriksaan. Scan sekali lagi tengok bayi still anggaran yang sama. Masalahnya sekarang saya belum sakit. Hari yang sama juga 2 kali VE dilakukan untuk bantu bukaan jalan. Petang tu dah buka 3cm tapi kepala bayi masih tinggi (belum enggaged). Malam tu saya dah rasa kontraksi tapi sangat sekejap dan takde rasa sakit.
20 Sept, Khamis - Sekali lagi doktor pakar datang dan dia sendiri buat VE, adusss...kepala bayi masih bergerak2 tak dapat dicapai. Bimbangkan bayi berak dalam perut, doktor bagi 2 pilihan.
Pilihan pertama - pecahkan air ketuban dan bersalin secara normal. Risikonya - tali pusat mungkin keluar dulu sebab kepala bayi tak menutupi laluan dan kalau terjadi bayi mungkin lemas dan terpaksa dilakukan emergency ceaser.
Pilihan kedua - terus puasa dan buat pembedahan pada petang tu juga. Risiko pada ibu seperti darah beku di kaki, komplikasi masa potongan dilakukan terkena pundi kencing atau rahim. Tapi bayi akan keluar dengan selamat.
Doktor pakar susruh panggil suami dan dia terangkan sekali lagi pada ubby siap lukis-lukis atas kertas lagi. Lepas bagi penerangan, doktor suruh kami berbincang. Masa tu saya memang dah sedih dah. Saya nak anak selamat, pada masa yang sama saya takut pembedahan dilakukan.
Lepas fikir masak-masak dan bincang dengan ubby, kami putuskan untuk buat pembedahan. Saya taknak merisikokan bayi yang saya kandungkan selama 40 minggu ++ ni semata-mata takutkan pembedahan. Saya terus disuruh berpuasa dan jam 12 tgh lagi, nurse dah siap cukur bulu roma perut saya, pakai tiub kencing, drip air dan salin uniform pembedahan. Waktu melawat tengah hari tu adalah paling sadis sekali. Ubby dan anak-anak, mak ayah saya, mak dan abah mertua datang. Saya minta maaf pada semua siap mengalir2 air mata. Jam 2.45ptg, katil sorong dah datang, ubby jek yang ada dengan saya sama-sama ikut sampai depan pintu dewan bedah.
Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya masa ni. Masuk je dalam, pindah lagi katil lain, baru sorong masuk ke dewan bedah. Dalam dewan bedah pindah lagi ke katil bedah, kena drip tangan sebelah lagi. Lepas tu, masa nak bius separuh badan di tulang belakang, sekali lagi rasa takut tu melanda.Nasib memang tak rasa sakit apa pun. Lepas tu barulah perjalanan mengeluarkan bayi bermula. Saya asyik la tanya dah keluar ke belum? Sampai lah dengar suara bayi menangis, doktor tengok saya di balik tabir dan bgtau Tahniah, kejap lagi nurse bawa baby, nak bersihkan dulu. Tak lama lepas tu nurse bawa baby dan tunjuk jantina. Alhamdulillah...lega anak cukup sifat. Nurse siap cakap nanti jumpa kat wad ye...
Dalam pukul 5 ptg baru saya disorong ke tempat pengawasan, tapi tak lama dalam 15 minit je. Lepas tu terus disorong ke wad. Semua dah tunggu saya, saya cuma boleh baring tanpa bantal sampai 8 jam. Tak boleh minum atau makan. Hausnya tekak Tuhan je yang tahu. Sofea dan Syameel suka dapat tengok adik, tapi diorang macam kesiankan saya yang terbaring je....sekejap-sekejap tengok saya.
21 Sept, Jumaat - Drip semua dah cabut, malam tadi dapat ubat tahan sakit 2 kali, dengan suntikan di lengan 3 kali untuk elakkan darah beku. Pagi-pagi lagi 2 orang nurse pelatih dah datang bersihkan badan saya. Salur kencing pun dah cabut. Jadi lepas ni kena ke bilik air sendiri. Doktor suruh bangun dan jalan-jalan. Jangan baring ataskatil je. Pertama kali trun katil,ubby yang bantu. Kebetulan dia masuk hantar barang. Jalan ke toilet rasa jauh gila sedangkan dekat je. Sakit toksah cakaplah..
22 Sept, Sabtu - Sakit lagi tapi tak seteruk semalam. Lepas doktor check tempat luka jahitan, buka plaster, doktor kata dah boleh balik sebab saya nampak ok. Seronoknya, sebab kat umah nanti ada orang bantu. Tengah hari dah discharge. Kugagahkan juga berjalan semata-mata nak balik cepat.
Nanti sambung lagi pengalaman berpantang...
Thursday, February 23, 2012
Update!
Ha amik! dah sebulan blog bersawang tak berupdate. Macam2 benda nak citer sebenarnya tapi sekarang ni tengah melayan mood yang swing tak tentu hala dan badan yang tak larat.
Pegi Penang masa CNY haritu memang macam-macam lah. Masa tu baru perasan nape saya ni dah 2 minggu tak period2. Tak sedap hati, maka belilah PTK kat farmasi.
Pagi Isnin masa CNY tu buatlah test sebelum solat Subuh. Alamak! memang 2 line....tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Gembira, sedih, terkejut...semua ada...rasa nak nangis pun ada....bercampur-baur. Saya rasa sangat-sangat tak bersedia. Dengan berat badan yang agak berat kalau pregnant ni mesti lagi berat. Ingatkan nak turunkan beberapa kilo dulu sebelum pregnant.
Keluar toilet, bagtau kat ubby. Dia suka jek, Alhamdulillah, tapi saya sedih sebab terkejut. Ubby kata rezeki kita tu....Seharian juga perasaan ni macam bercampur-baur. Tapi lepas tu saya ok. Saya redha dan bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk merasai alam kehamilan.
Dah selamat buat buku pink dah pun Selasa lepas. Doakan saya kuat dan tabah melalui kehamilan kali ini.
Saya mula tak larat dalam awal Februari haritu. Lepas balik keje je memang flat. Takleh nak buat apa pun. Sekarang weekend ubby lah yang ambl alih tugas gosok baju untuk seminggu merangkumi baju dia, Sofea, Syameel dan baju saya sekali. TQ ubby...
Kadang-kadang rasa ok, bertenaga, kadang-kadang kepala pening, tekak mual jek....Perut pun rasa berangin jek. Sekarang ni dah kurang cuma rasa loya dan sakit kepala tu masih lagi. Malam kadang-kadang ok, kadang-kadang KO....tapi Sofea dan Syameel memang sangat 2 excited bila tahu ada adik dalam perut. masa 1st scan haritu memang diorang tengok sekali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya dah berjaya buat Red Velvet Cake. Dengan bantuan beberapa orang pembantu tak lain tak bukan Kakak1,2 dan 3 la...=)
Sofea pun tolong sekali. Seronok bila menjadi. Buat adunan ke dua dalam loyang dan bawak gi ofis Isnin lepas. Sedap, tapi sayang ada macam bau pewarna sket. Dah mcm bau ubat. Ada yang kata takde pun bau tu. ntah le...nanti nak buat lagi lah...
Ramai pembantu..
Sofea lah paling seronok!
Sofea pun nak buat jugak..
Baru keluar oven
Topping dah ready...tunggu kek sejuk dulu.
Ni adunan ke dua, buat dalam loyang. Bawak gi ofis. Kedekut topping sebab malas nak salut semua
p/s: Cik Tulip, I dah update tau!
Thursday, October 27, 2011
Majlis Kesyukuran
Cuti Deepavali haritu PIL buat majlis kenduri kesyukuran sekali dengan cukur jambul Muhammad Aidil Syahmi, anak buah saya yang baru lahir raya ke-10 yang lepas. Oleh sebab tak dapat cuti Khamis dan Jumaat, kami balik malam tu jugak lepas kenduri.
Mak Pantin ngan anak-anak dan anak-anak buah, gambar bawah ubby n abah dan atuk n cucu-cucu
yang dirai..
Cucu-cucu Haji Jaffar dan Hajah Juriah
Jemaah Surau
Selawat dan memeperkenalkan bayi
Menu - Nasi putih, Asam pedas ikan, sayur campur, ikan masin, rojak
Pencuci mulut - pulut dan serawa durian
Sesi mengemas...rajin anak buah Pakngah & orang kuat belakang tabir
p/s: takpat cuti sebab ada presentation kali ke3, nasib dapat present walaupun pada 2nd bos saja. Kalau tak sesia jek balik tengah malam sampai umah jam 4pg.
Monday, September 19, 2011
Update!
Dah lama tak update. Raya saya tahun ni biasa-biasa saja. Lebih meriah rasanya walaupun tak ke mana-mana, tapi dapat anak buah baru dan mak & ayah saya ada di rumah saya. Dah sebulan jugak sejak mak keluar dari hospital. Bila mak & ayah ada di rumah maka setiap hari adalah hari raya....
Tahun ni adalah giliran sebelah ubby. Memandangkan mak semakin pulih, dan adik saya dari Kelantan terus pulang ke rumah saya, maka plan asal diteruskan. Mak,ayah dan adik saya beraya di rumah saya manaklaa kami anak beranak pulang ke rumah mertua sambil jenguk2 rumah mak saya di kampung. Tujuannya supaya mak saya tak diserbu di pagi raya , maka terpaksalah berehat2 sahaja di rumah saya.
Sebelum tu saya dah siap tempahkan rendang. Tinggal nak rebus ketupat segera je kalau teragak nak makan lauk raya.
Ahad petang baru saya anak beranak bergerak ke rumah mertua bersama SIL. Beraya di rumah PIL sampai hari Rabu dan Khamis pagi dah pulang ke rumah sendiri. Sempat juga ke Mersing (rumah adik beradik abah) pada petang hari raya pertama dan bermalam di Seri Malaysia Mersing.
Pagi raya di rumah parents ubby
Beraya di rumah pak ngah ( abang abah)pada hari raya ke-2
Sempat berendam sekejap kat kolam, dan pekena nasi dagang yang sedap.
Khamis (Raya ke3) dah ada di rumah saya. Ayah siap masak nasi tomato. Mak pun dah semakin sihat walau ada kalanya fikiran dia runsing dan darah n debaran jantung jadi tinggi. Kena sentiasa jaga emosi dia.
Kat rumah kami tak ke mana-mana. Banyak habiskan masa di rumah. Ada juga bawa mak jalan-jalan ke I-City, Shah Alam dan celeberate besday adik saya di SR.
I-City, Shah Alam (2/9/2011)
Sambut besday CT yang ke-20 in advanced
Besday dia patutnya 9/9/2011 tapi dah nak balik Kelantan 7hb.
10/9/2011 balik lagi ke kampung. SIL selamat bersalin pada hari Khamis(8/9/2011). Ajak mak dan ayah balik sama tapi ayah kata taknak sebab dia rasa mak masih belum lagi sihat betul. Takut nanti ada orang datang ziarah mak serabut pulak. Jadi kami anak-beranak je balik. Sofea pun tak ikut nak temankan mak saya.
Muhammad Aidil Syahmi bin Mohd. Syahrulnizam
(3.2kg) - Hospital Besar Segamat
Balik sambil tengok anak buah baru sambil kemas umah mak saya.
Weekdays lepas (12-15 /9/2011) busy lah memanjang. Dengan jamuan raya Jabatan, nak present data lagi. Saya sibuk, ubby pun sibuk
Dalam kesibukan tu sempat jugak curi masa sendiri makan-makan di Pizza Hut sebab ubby tertinggal dokumen kat ofis. Lepas ambil saya n anak-anak terus ke ofis dia dan pit stop di Pavillion.(13/9/2011)
Sadisnya buat keja macam nak rak, tak jadi present lagi. Kecewa betul saya. Nak buat mcam mana, 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' kan.....
Cuti Hari Malaysia lepak-lepak mengemas dan melayan mak&ayah di rumah sambil langgan 'Hantu Bonceng'.
Subscribe to:
Posts (Atom)