Dah lama tak update. Raya saya tahun ni biasa-biasa saja. Lebih meriah rasanya walaupun tak ke mana-mana, tapi dapat anak buah baru dan mak & ayah saya ada di rumah saya. Dah sebulan jugak sejak mak keluar dari hospital. Bila mak & ayah ada di rumah maka setiap hari adalah hari raya....
Tahun ni adalah giliran sebelah ubby. Memandangkan mak semakin pulih, dan adik saya dari Kelantan terus pulang ke rumah saya, maka plan asal diteruskan. Mak,ayah dan adik saya beraya di rumah saya manaklaa kami anak beranak pulang ke rumah mertua sambil jenguk2 rumah mak saya di kampung. Tujuannya supaya mak saya tak diserbu di pagi raya , maka terpaksalah berehat2 sahaja di rumah saya.
Sebelum tu saya dah siap tempahkan rendang. Tinggal nak rebus ketupat segera je kalau teragak nak makan lauk raya.
Ahad petang baru saya anak beranak bergerak ke rumah mertua bersama SIL. Beraya di rumah PIL sampai hari Rabu dan Khamis pagi dah pulang ke rumah sendiri. Sempat juga ke Mersing (rumah adik beradik abah) pada petang hari raya pertama dan bermalam di Seri Malaysia Mersing.
Pagi raya di rumah parents ubby
Beraya di rumah pak ngah ( abang abah)pada hari raya ke-2
Sempat berendam sekejap kat kolam, dan pekena nasi dagang yang sedap.
Khamis (Raya ke3) dah ada di rumah saya. Ayah siap masak nasi tomato. Mak pun dah semakin sihat walau ada kalanya fikiran dia runsing dan darah n debaran jantung jadi tinggi. Kena sentiasa jaga emosi dia.
Kat rumah kami tak ke mana-mana. Banyak habiskan masa di rumah. Ada juga bawa mak jalan-jalan ke I-City, Shah Alam dan celeberate besday adik saya di SR.
I-City, Shah Alam (2/9/2011)
Sambut besday CT yang ke-20 in advanced
Besday dia patutnya 9/9/2011 tapi dah nak balik Kelantan 7hb.
10/9/2011 balik lagi ke kampung. SIL selamat bersalin pada hari Khamis(8/9/2011). Ajak mak dan ayah balik sama tapi ayah kata taknak sebab dia rasa mak masih belum lagi sihat betul. Takut nanti ada orang datang ziarah mak serabut pulak. Jadi kami anak-beranak je balik. Sofea pun tak ikut nak temankan mak saya.
Muhammad Aidil Syahmi bin Mohd. Syahrulnizam
(3.2kg) - Hospital Besar Segamat
Balik sambil tengok anak buah baru sambil kemas umah mak saya.
Weekdays lepas (12-15 /9/2011) busy lah memanjang. Dengan jamuan raya Jabatan, nak present data lagi. Saya sibuk, ubby pun sibuk
Dalam kesibukan tu sempat jugak curi masa sendiri makan-makan di Pizza Hut sebab ubby tertinggal dokumen kat ofis. Lepas ambil saya n anak-anak terus ke ofis dia dan pit stop di Pavillion.(13/9/2011)
Sadisnya buat keja macam nak rak, tak jadi present lagi. Kecewa betul saya. Nak buat mcam mana, 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' kan.....
Cuti Hari Malaysia lepak-lepak mengemas dan melayan mak&ayah di rumah sambil langgan 'Hantu Bonceng'.
No comments:
Post a Comment