Saturday, September 29, 2012

MUHAMMAD SYAZWAN NASREE



Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan anak ke 3 melalui pembedahan pada 20 September 2012. Bayi lelaki seberat 3.55kg. Overdue 6 hari dari tarikh jangkaan bersalin.

Saya dimasukkan ke wad pada 18 Sept kerana  selepas scan dilakukan, bayi saya dianggarkan seberat 3.9 - 4.1kg dan air ketuban sangat banyak. Masa tu dah overdue 4 hari. Doktor nak induce sebab kalau tunggu lagi takut bayi lagi besar. Saya pasrah je masa tu. Terus call ubby suh balik kampung sedangkan dia baru je balik KL petang semalam. Kesian, tapi saya dah risau dan seram sejuk bila doktor ada sebut pasal ceaser.

Saya mula bercuti pada 3 Sept. 5 hari guna cuti rehat dan start 10 Sept bermula cuti bersalin. Kononnya ambil seminggu awal sebab due date adalah pada 14hb. Sekali sampai 18hb pun tak bersalin lagi.

19 Sept, Rabu - Pagi-pagi lagi  doktor pakar dah datang ke katil buat pemeriksaan. Scan sekali lagi tengok bayi still anggaran yang sama. Masalahnya sekarang saya belum sakit. Hari yang sama juga 2 kali VE dilakukan untuk bantu bukaan jalan. Petang tu dah buka 3cm tapi kepala bayi masih tinggi (belum enggaged). Malam tu saya dah rasa kontraksi tapi sangat sekejap dan takde rasa sakit.

20 Sept, Khamis - Sekali lagi doktor pakar datang dan dia sendiri buat VE, adusss...kepala bayi masih bergerak2 tak dapat dicapai. Bimbangkan bayi berak dalam perut, doktor bagi 2 pilihan.

Pilihan pertama -  pecahkan air ketuban dan bersalin secara normal. Risikonya - tali pusat mungkin keluar dulu sebab kepala bayi tak menutupi laluan dan kalau terjadi bayi mungkin lemas dan terpaksa dilakukan emergency ceaser.

Pilihan kedua - terus puasa dan buat pembedahan pada petang tu juga. Risiko pada ibu seperti darah beku di kaki, komplikasi masa potongan dilakukan terkena pundi kencing atau rahim. Tapi bayi akan keluar dengan selamat.

Doktor pakar susruh panggil suami dan dia terangkan sekali lagi pada ubby siap lukis-lukis atas kertas lagi. Lepas bagi penerangan, doktor suruh kami berbincang. Masa tu saya memang dah sedih dah. Saya nak anak selamat, pada masa yang sama saya takut pembedahan dilakukan.

Lepas fikir masak-masak dan bincang dengan ubby, kami putuskan untuk buat pembedahan. Saya taknak merisikokan bayi yang saya kandungkan selama 40 minggu ++ ni semata-mata takutkan pembedahan. Saya terus disuruh berpuasa dan jam 12 tgh lagi, nurse dah siap cukur bulu roma perut saya, pakai tiub kencing, drip air dan salin uniform pembedahan. Waktu melawat tengah hari tu adalah paling sadis sekali. Ubby dan anak-anak, mak ayah saya, mak dan abah mertua datang. Saya minta maaf pada semua siap mengalir2 air mata. Jam 2.45ptg, katil sorong dah datang, ubby jek yang ada dengan saya sama-sama ikut sampai depan pintu dewan bedah.

Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya masa ni. Masuk je dalam, pindah lagi katil lain, baru sorong masuk ke dewan bedah. Dalam dewan bedah pindah lagi ke katil bedah, kena drip tangan sebelah lagi. Lepas tu, masa nak bius separuh badan di tulang belakang, sekali lagi rasa takut tu melanda.Nasib memang tak rasa sakit apa pun. Lepas tu barulah perjalanan mengeluarkan bayi bermula. Saya asyik la tanya dah keluar ke belum? Sampai lah dengar suara bayi menangis, doktor tengok saya di balik tabir dan bgtau Tahniah, kejap lagi nurse bawa baby, nak bersihkan dulu. Tak lama lepas tu nurse bawa baby dan tunjuk jantina. Alhamdulillah...lega anak cukup sifat. Nurse siap cakap nanti jumpa kat wad ye...

Dalam pukul 5 ptg baru saya disorong ke tempat pengawasan, tapi tak lama dalam 15 minit je. Lepas tu terus disorong ke wad. Semua dah tunggu saya, saya cuma boleh baring tanpa bantal sampai 8 jam. Tak boleh minum atau makan. Hausnya tekak Tuhan je yang tahu. Sofea dan Syameel suka dapat tengok adik, tapi diorang macam kesiankan saya yang terbaring je....sekejap-sekejap tengok saya.


21 Sept, Jumaat - Drip semua dah cabut, malam tadi dapat ubat tahan sakit 2 kali, dengan suntikan di lengan 3 kali untuk elakkan darah beku. Pagi-pagi lagi 2 orang nurse pelatih dah datang bersihkan badan saya. Salur kencing pun dah cabut. Jadi lepas ni kena ke bilik air sendiri. Doktor suruh bangun dan jalan-jalan. Jangan baring ataskatil je. Pertama kali trun katil,ubby yang bantu. Kebetulan dia masuk hantar barang. Jalan ke toilet rasa jauh gila sedangkan dekat je. Sakit toksah cakaplah..

22 Sept, Sabtu - Sakit lagi tapi tak seteruk semalam. Lepas doktor check tempat luka jahitan, buka plaster, doktor kata dah boleh balik sebab saya nampak ok. Seronoknya, sebab kat umah nanti ada orang bantu. Tengah hari dah discharge. Kugagahkan juga berjalan semata-mata nak balik cepat.

Nanti sambung lagi pengalaman berpantang...

5 comments:

Nurul said...

alhamdulillah..yang penting both of u selamat dan sihat.. :)

1na said...

Alhamdulillah dah selamat ibu dan anak...

tulip said...

masa akak tau kena ceaser pun akak menangis... takut + sedih + nak anak selamat (najla breech)... pengalaman yg tak akan dilupakan.

aKuLyNda said...

Kita masing2 dah rasa kene operate.apapun alhamdulillah semuanya selamat

pB said...

Putih melepakkkkkkkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...