Assalamualaikum,
p/s: naik raya ni pulun kerja, tak dapat cuti lama...=(
Lama benar rasanya tak bercerita di sini. Ramadhan dah hampir ke penghujung, baru nak update blog. Semoga semua yang singgah ke blog ini dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menyempurnakan ibadah puasa pada Ramadhan kali ini dengan sempurna.
Alhamdulillah, tahun kedua berpuasa sebagai ibu beranak tiga. =)
Sofea memang mudah bersahur dan berpuasa tanpa sebarang karenah. Malahan berbuka pun senang. Pilih satu makanan dah cukup, yang penting kena ada air sejuk/ ribena.
Syameel nampaknya tahun ini Insya Allah akan berpuasa penuh. Sehingga hari ini, 27 Ramadhan masih lagi bertahan puasa penuh. Hari pertama sahaja mencemaskan. Letih, lemah kaki lah, tak larat....nak berbuka di Chicken Rice Shop sebab nak makan dengan udara sejuk. Layankan sajalah, janji habis berpuasa.
Hari kedua dan seterusnya, Alhamdulillah cergas seperti biasa. Kerjasama yang baik dari guru-guru di tadika dan transit memantau puasa dia. =)
Shopping baju t-shirt dan seluar di MidValley minggu lepas.
Syazwan pula, masih belum putus breastfeeding. Kalau dia bangun sahur, memang kelam-kabut lah hidup saya. Berbuka pun nak melekat je dengan saya. Manja sangat...... Masak untuk lauk sahur pun kena dukung berkepak. Taknak langsung dengan ayah, kecuali kalau ada atuk dia (ayah saya), baru ringan sikit bebanan ni. Atuk tu buah hati dia...=)
Persiapan hari raya kali ini sederhana sahaja. Baju baru untuk anak-anak, ibu dan ayah pakai baju yang ada. Bukan selalu pun pakai baju melayu kan, jadi masih elok lagi.
Mood raya lambat datang tahun ni, emak saya kurang sihat. Seminggu duduk di rumah saya sampai bawa ke hospital. Alhamdulillah, cuma gastrik. Tapi teruk sangat sampai sesak nafas, tegang perut dan berpeluh-peluh. Syukur tak sakit yang bukan-bukan. Mak dapat bertahan puasa hingga 13 hari sahaja. Sekarang baru ceria suara dia macam biasa. Cuma perut masih lemah, tak tahan lapar. Nanti dah sihat boleh ganti semula, Insya Allah.
Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang datang singgah membaca blog ini. Semoga apa yang saya tuliskan memberi manfaat kepada anda semua. Gembirakan lah hati ibu bapa kita yang masih ada dan berhati-hati di jalanraya.
1 comment:
snapchat for pc
mobogenie for pc
mobogenie pc
snapchat pc
uc browser for pc
xender for pc
Post a Comment