Bersahur dengan lauk sardin masak cili potong dan sup sayur. Petang ni nak balik ke kampung.
Gerai burger di tepi jalan
Berbuka dalam perjalanan pulang ke kampung. Singgah di 7-E Gemencheh. Ntah macam mana ada satu gerai jual burger di hadapan kedai. Ada lah sorang budak perempuan dalam linkungan umur 7-8 tahun, duduk termenung di meja. Sayu hati saya, ni mesti anak penjual burger tu. Mak dia tengah sibuk buat persiapan untuk jualan. Saya terus ajak ubby beli burger untuk berbuka, daripada bungkus makan dalam kereta, kami duduk lepak kat meja tempat budak perempuan tu duduk.
'Adik puasa?' tanya saya
'Puasa,' jawab dia.
'dah nak buka ni, lagi 5 minit lagi,' saya bagi semangat kat dia. Dia senyum je.
Tiba-tiba datang 3 orang budak cina bercakap-cakap depan budak perempuan tadi. Saya pelik, apa lah mabuk budak cina ni cakap-cakap macam orang paham. Datang mak budak perempuan tadi dengan pesanan kami, terus cakap ngan anak dia,
'Suh diorang main jauh-jauh, orang nak buka ni. Jangan kacau.'
Terus anak dia cakap cina ngan 3 orang budak cina tadi. Ha, terlopong kejap saya. Mak dia terus kata, dia sekolah cina. Selain pesanan kami, mak dia bagi sepotong besar tembikai untuk kami juga.
Saya terharu sangat tengok budak ni, anak-anak saya waktu ni (senja) tengah bersenang lenang dalam rumah sambil menonton tv, sedangkan dia dengan sabar dan berpuasa menanti mak dia yang berjual burger di situ. Insafnya....Terus suruh ubby beli Slurpee bagi kat budak ni satu. Emosi saya memang lah sangat tersentuh. Betapa bersyukurnya saya diberi kehidupan yang boleh dikatakan senang, tak perlu kerja berbumbung langit sampai ke malam.
Ramadhan ke -6
Bersahur di rumah mak saya. Lauk sotong masak kicap, kangkung goreng dan ikan kembung goreng.
Seharian mak saya di dalam bilik, mengaduh perutnya kembung, kakinya seram sejuk dan peluh di dahi walaupun kipas dah dibuka. Saya urut-urutkan kepala, perut dan kaki mak sampai lega. Tapi sebelum tu asyik lah mengatakan 'benda' tu datang lagi. Saya malas nak kata apa-apa, cuma nasihatkan agar buat pemeriksaan menyeluruh di hospital pakar. Suruh makan ubat kembung perut pagi sahur tadi taknak pula. Tak naklah saya gesa-gesa pula, lagipun saya tak tahu apa-apa....
Petangnya, salah seorang perawat datang dan membuat rumusan bahawa memang penyakit mak saya seharian tu adalah penyakit yang nyata, bukan gangguan dari benda-benda yang ghaib. Barulah nak percaya. Susah jugak kalau dah trauma dengan benda-benda macam ni. Dan-dan tu terus segar dan Alhamdulillah lepas maghrib sebelum saya ke rumah mertua mak dah ok. Mana lah tak kembung perut kerana semalamnya buka minum jus jambu batu, dan tak makan makanan berat. Lewat malam saya sampai semalam baru nak makan.
Berbuka dengan kuih-muih - popia,tepung pelita, roti jala dan puding roti karamel yang agak keras sikit saya buat. Air jek 4 jenis - cincau sejuk dan panas, sirap selasih sejuk dan air barli sejuk.
Ramadahn ke-7
Bersahur di rumah mertua saya. Masak lemak cili padi ikan sepat + nenas dan sayur campur. Ada botok-botok jugak. Bertambah lah jugak saya makan sahur tak pernah-pernah. Heheheh
Seharian melepak di rumah, tgh hari keluar sekejap ke Giant beli barang dapur mak dan ke Dataran Segamat. Ada jualan di situ. Alang-alang cari juga songkok dan sampin Syameel.
Susah tu mamat ni nak cuba songkok...asyik ke sana-ke mari jek....
Berbuka di rumah mertua dengan murtabak singapura, nasi beriani sebungkus jek beli, bubur lambuk dari masjid dan betik. Air sirap bandung ais krim soda dan cincau panas.
Lepas bebuka baru balik ke BBST, sampai umah dalam pukul 11.30mlm.
Ramadhan ke- 7
Sahur cuma panaskan nasi, lauk sardin dan ulam-ulaman. Goreng telur dadar untuk Sofea.
Selsema saya makin teruk nampaknya. Anak-anak pun sama, Syameel pun badan dedar je. Lepas sahur baring semula, pastu tak larat bangun. Akhirnya ke klinik jua dan dapat MC dan ubat-ubatan. Masih berpuasa, lepas buka baru makan ubat.
Semalam buka simple jek kat kedai. Bihun ladna dan nasi goreng daging merah untuk ubby. Sofea kongsi dengan saya.
No comments:
Post a Comment