Petikan dari : Laman ini
Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap panas baran yang ada dalam diri saya?
Ketika saya berdepan dengan sesuatu hal, saya mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya saya tewas juga.
Kesabaran saya hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun saya ada juga beristigfar.
Sesungguhnya kemarahan akan  mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi seorang yang sedang marah dapat 
dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat
 – urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara
 menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk 
samada mengutuk atau mengeji.
Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh.
Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.
Emosi Marah
Walaupun emosi marah adalah sifat semula
 jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan 
diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan.
Saya ingin mencadangkan supaya kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.
Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah.
Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang – kadang membuatkan emosi tidak menentu.
Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong
Tiga langkah bertenang yang pertama 
adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan 
kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka
 ini.
Mengapa?
Kerana air memang akan menenangkan dan 
menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang 
berada dalam badan dengan air.
Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air
Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.
Mohon kepada Allah agar api kemarahan 
yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. 
Biar terhapus emosi marah tersebut.
Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa
Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa.
Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran.
 Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang 
busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.
Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana
Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”
Konsep 
pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini 
mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar 
semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa 
sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas 
merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi 
membantu diri menjadi rasional semasa marah.
Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:
1) Diam
2) Berfikir
Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.
Langkah 
yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara 
tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita
 melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.
Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah?
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
Sekiranya 
persoalan – persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada 
realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek
 rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.
Sir Walter
 Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah
 laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan 
hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa.
Oleh itu, 
konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai 
salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap – luap itu. 
***
Semoga Allah menjadikan kita insan yang 
sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan 
amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi 
lebih lembut lagi tenang.
.La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Sumber Rujukan:
- Kompilasi Jiwa Muslim, Dr Tuah Iskandar
- Give & Take, Nurulain Ahmad
 

1 comment:
Adam suka naikkan darah akak sekarang
hu hu hu
Post a Comment