Rasa baru je menjejak ke tahun 2016. Dah habis sebulan dan masuk bulan ke dua. Alhamdulillah, perjalanan persekolahan anak-anak berjalan lancar. Syazwan pun dah semakin seronok berada di alam persekolahan tadika. Rajin nak membaca, nak suruh ajarkan.
Rutin harian masih sama pada tahun ini, cuma selepas maghrib semua kena mengaji Al-Quran/ Muqaddam kecuali hari Isnin dan Rabu. Lepas solat Isyak baru buat homework dan ulangkaji.
Sehingga awal April, rutin setiap pagi Sabtu kena ke Putrajaya, saya mengikuti kursus Haji sebagai persediaan kerana membuat rayuan untuk turut sama menyertai ibu dan ayah yang mendapat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini. In sha Allah, jika ada rezeki.
Sofea pula, pertengahan Februari ni mula menyertai kelas malam anjuran sekolah setiap Selasa dan Khamis. Ubby lah yang akan bertapa di Putrajaya sambil menunggu anak dara habis kelas. Selagi ada upaya kami usahakan supaya anak-anak tahu bahawa kami, ibu bapa sentiasa ada bersama-sama mereka memberi sokongan penuh untuk menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment