Thursday, July 02, 2015

Muhammad Syazwan Nasree

Anak ketiga saya sudah mencecah 2 tahun dan 9 bulan. Tapi muka memang macam baby lagi. Sangat senang nak uruskan, suka makan nasi dan suka juga mencuba semua jenis makanan. Kalau naik kereta nak berhimpit dengan saya je. Dah panjang kaki berjuntai ke gear kalau tidur, mana lah nak tahan duk depan. Jadi, sekarang ni biasakan dia dengan tali pinggang keselamatan duduk di belakang dengan abang dan kakak. Walaupun pelat, tapi ayat memang macam orang besar. Lebih-lebih lagi kalau marah. Siap ada, "isk, budak-budak nih!".

Kalau nak sesuatu tu, bukan main lembut lagi, " Nak susu botol boleh?  Leh ibu?", "Pinjam fon ayah boleh? Skejap je, boleh?"

Nak marah pun tak jadi. Manja sangat. Kesayangan abang kakak ni. Kalau orang marah abang dia, dia lah yang peluk-peluk pujuk abang. Sweet sangat. =)


Baru-baru ni pengasuh yang bertanggungjawab jaga dia akan pulang ke Sabah. Bukan main sayang dengan cikgu ni, sikit-sikit Cikgu Wi (nama panggilan cikgu). Cikgu dia pun lembut je, muda remaja lagi. Siap bagi hadiah lagi kat anak jagaan dia dengan ucapan. Nasib baik saya pun dah diberitahu awal, sempatlah sediakan saguhati buat cikgu dia yang sangat baik mengasuh anak saya.
  


p/s: Nak besarkan anak-anak bukan main dugaannya. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

4 comments:

tulip said...

Kejap je dah 3 tahun. Akak tgk muka syazwan macam baby2 lagi. Ingat sebaya naqeeb.

~adeQ~ said...

Kak, dah setahunkot terbiar...dah jadi hutan dah blog akak tu. update ler kak.... =)

Raya nanti panjang-panjangkan lah singgah umah kita kak.

Raja chidambaram said...

snapchat for pc
mobogenie for pc
mobogenie pc
snapchat pc
uc browser for pc
xender for pc

Sunmugam Chidambaram said...

Good
xender for pc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...