Friday, April 13, 2012

Angiogram

 
Alhamdulillah, Isnin lepas (9/4/2012) mak dijadualkan untuk buat prosedur angiogram. Punyalah takut mak, asyiklah cakap "mak takut lah dik" berulang kali.Saya hanya mampu tenangkan mak dan cerita yang baik-baik sahaja sedangkan saya pun takut jugak. Memanglah risikonya sangat rendah (1% sahaja) tapi mungkin kita adalah tergolong dalam peratusan tu, hanya Allah je yang tahu.

Awal pagi kami dah bergerak ke Hospital Serdang. Mak kena berpuasa mulai Ahad malam.Sampai di hospital mak ke wad harian untuk menyalin pakaian dan bersedia sebelum dipanggil ke makmal untuk membuat prosedur tersebut.

 Sebelum: Nampak cam relax, tapi dalam hati cuak! =)

Dalam jam 9.30pagi, nurse datang dan menyorong mak menggunakan kerusi roda dari wad ke makmal. Saya dan ayah hanya menunggu di tempat menunggu di luar makmal. Berdebar-debar, sekejap-sekejap pintu makmal terbuka. seorang demi seorang yang terdahulu dipanggil disorong keluar. Ada yang guna kerusi roda, ada yang guna katil. Saya dapat agak mesti yang guna katil tu, prosedur dilakukan melalui kaki.

Lebih kurang jam 10.35 pagi, mak keluar dari makmal masa tu saya menghadap ke tempat lain, ayah yang tengok mak keluar tapi ayah boleh tak cam sebab mak pakai topi macam shower cap warna biru tuh. Sampai mak panggil ayah 2 kali baru ayah perasan tu isteri dia. Kelakar betul. Lega gila tengok mak senyum-senyum jek masa keluar tu. Mak kata tak sakit, sakit sikit jek masa cucuk jarum kat tangan tuh. Syukur...Alhamdulillah...

Oleh sebab mak buat melalui tangan, maka waktu rehat hanya 3 jam sahaja. Kalau melalui urat kaki, kena rehat 6 jam dan kaki tak boleh dibengkokkan. Mungkin masa di hospital ubat bius masih berkesan lagi, mak kata tak berapa sakit pun. Bila balik rumah tengah hari tu, mak kata ada rasa sengal dan bisa kat tangan dia. Nurse pesan boleh makan Panadol cuma jangan makan ubat cair darah sahaja sebab taknak berlaku pendarahan kat tempat cucuk tu. Mak pun tak dibenarkan buat kerja berat guna tangan tu sekurang-kurangnya 3 hari.

Selepas: Oklah tu boleh senyum dan borak semua. Lega hati saya!!

Nasib baik saya mohon cuti 2 hari dan Rabu pula cuti umum. Dapatlah mak berehat kat rumah saya sambil saya yang uruskan masak-memasak semua. Ayah nak balik kampung awal tapi saya tak benarkan sampai tempoh 3 hari habis. Saya risau dah balik rumah kampung nanti, mak terlupa dan guna tangan tu untuk buat kerja rumah. Jadi nak taknak ayah terpaksa akur dan Khamis pagi baru diorang balik ke kampung. Masa tu mak dah lebih sihat dan sakit tangan tu pun dah berkurangan.

Semoga Allah berikan mak kesihatan yang baik sepanjang hidupnya. So, sekarang mak hanya sambung ubat yang boleh diambil dari Hospital Segamat dan tak perlu lagi ke Hospital Serdang sebab keputusan angiogram tu - tiada saluran darah yang tersumbat. Semuanya bersih sahaja.
Mak cuma akan sambung ubat darah tinggi ( bp masih terkawal), kolestrol dan kencing manis (paling tinggi bacaan lepas berpuasa hanya 8.9) serta satu jenis ubat jantung sahaja.

Syukur....Alhamdulillah!


3 comments:

tulip said...

kim salam kat mak ko ye... lama tak jumpa.

~adeQ~ said...

insyaAllah...=)

sue said...

alhamdulilah dah semakin sihat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...