Thursday, November 20, 2014

Oh OMMA!



Keputusan echocardiogram mak semalam tak berapa cantik. Doktor sarankan supaya mak lalui sekali lagi ujian Angiogram supaya doktor boleh kenalpasti samada ada arteri tersumbat atau tidak. Prosedur ditetapkan pada Jun 2015. Dalam tempoh 6 bulan ini, doktor minta mak turunkan paras gula dalam darah. Keputusannya mesti 5.6 kebawah selepas berpuasa dari malam hari.

Mak memang trauma selepas keluar dari Hospital Putra kerana sembab air (jantung yang lemah tidak dapat mengepam darah dengan betul). Mak berehat beberapa bulan di rumah saya selepas berada seminggu di dalam wad.

Dari pemerhatian saya, mak risau dengan keadaan dia sekarang. Tapi pada saya keadaan mak adalah lebih baik berbanding semasa beru keluar wad dulu. Mak kata trauma duduk rumah saya sebab teringat masa sakit 2012 yang lalu.

Macam mana nak buat hati mak tenang, gembira dan tak memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan?
Ayah yang terbaik, setia melayan mak walau apapun.

Esok mak balik bawas sekali Sofea dan anak abang. Semoga cucu-cucu besar ni membantu menceriakan hari-hari nenek sepanjang cuti persekolahan ini.



p/s: Mak, i love U!

6 comments:

Irfa said...

moga omma cpt baik ye nurshi
muka awak n omma seiras sgt

~adeQ~ said...

Hehehe...
Saya paling rapat dengan omma....
Kalau gembira mak cari saya, kalau sakit pun mesti saya yang layan.

aizamia3 said...

Moga cucu-cucu mampu menggembirakan hati neneknya.. ;)

Dr K said...

saya doakan moga dipermudahkan urusan...yup, mmg kena buat juga angiogram utk definitive diagnosis

Dr K said...

Oh,by the way, TQ ya share info pasal gelombang alfa tu..tak terfikir saya

~adeQ~ said...

TQ semua...

Daddy Ziyyad, saya ada dengar masa perkongsian ilmu pasal NLP. Ada satu penceramah ni sebut...tu yang teringat tu..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...