Monday, November 21, 2011

Weekend yang malas

Sepatutnya sesi bergambar untuk gambar graduation SRK adalah 18hb iaitu hari Jumaat. Tapi cik kak ni kata hari Khamis. Dia kata teacher suh buat tocang kecik-kecik sebab Sofea masuk persembahan lagu hip hop...ku layankan jua...macam nak patah jari menggentel toceng kecik-kecik nih. Nasib baik ikutkan karenah dia sebab petang tu memang balik muka penuh mekap. Dah amik gambar tadi ibu, teacher kata rambut Sofea cantik...hehehe...

 Pasal melawa memang bagi kat dia...now keje menari apa-apa lagu sume boleh!!
 

Sabtu

Macam biasa sesi kemas rumah dan sebagainya. Mak ayah datang amik ubat sebab haritu saya dah amikkan kat Hospital Serdang. Jumaat petang sampai, Sabtu dah nak balik. takut banjir katanya.... tak sempat-sempat. Baru nak ajak makan ala-ala BBQ utk lunch. Pukul 11.00 pg dah bergerak balik. Jadi kitorang anak-beranak jek lah melayan daging korban.sebenarnya tempat grill tu PIL yang punya. Dulu pernah buat makan-makan BBQ masa kat umah sebeleum pindah kuarters. Punya lah lama...PIL malas nak bawak balik. Jadi benda ni sebenarnya dah 2 kali lah pindah randah.
Disebabkan guna kuasa elektrik, dia ada macam tempoh bertenang pulak lepas sampai suhu yang ditetapkan pastu baru panas semula. Jadi macam tak best n lambat sikit sebenarnya grilled guna benda ni. 

 Diperkenalkan Chef Sofea....huahuahua!!!

Konon-konon nak mengasah roda malam tu kat depan Masjid Putra, tapi ujan tak berhenti-henti dari petang. Maka roda pun tak berasah dan lemak pun diternak sewenang-wenangnya.

Ahad

Kemas-kemas n sekali lagi grilled daging macam semalam. Malam makan megi jek laki bini sebab cuaca sejuk. Memang hujung minggu yang bermalas-malasan di rumah sambil melayan tv.

Isnin

Tuan-tuan dan puan-puan ni gambar subuh hening tadi yer...malas nau nak bangun. Dah ler tengah malam berhijrah ke katil saya. Siap sound lagi," ibu tepi sikit...sempitlah."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...