My ubby maintain you.....dia yang paling imun sekarang nih. Orang satu umah dah dijangkiti sakit mata tapi ubby, relax.....hehehehe.....
Pagi ni Sofea pulak kena, cepat2 letak ubat titik mata, petang naik sebelah lagi.....tapi yang saya perasan, saya n Sofea kena tak teruk sangat. Setakat mata merah sikit, sedikit bengkak dan gatal. Tak macam Syameel masa Ahad lepas. Tapi nampaknya dah kurang dah hari ni.
Esok rasanya dah boleh gi taska diorang sume, boleh lah saya berehat sepenuhnya esok. Tekak masih sakit, tapi sudah mula makan sikit2. Air kena minum air sejuk baru lega. Kalau air biasa macam sakit sikit. Hidung maasih keluar darah sedikit, tapi selalunya waktu pagi. Saya perasan, sudah kurang bersin dan tak tersumbat lagi. Deria bau sudah semakin ok nampaknya. Alhamdulillah...saya rasa Isnin depan boleh mulakan tugas dengan semangat baru. Hidung sudah ok, tekak sudah mula beransur pulih......tapi makan masih kena jaga. Selagi masih ada rasa sakit tekak ni saya tak mahu makan pedas or benda keras2. Rosak tekak i.....huhuhuhu....
Jumaat ni check up lagi. Harap semua ok saja....
No comments:
Post a Comment