Tuesday, October 27, 2009

Akan

Dalam hati sebenarnya rasa takut yang amat, tapi kalau MC swasta tiap2 tahun maksimum, apa cer kan??Dah ler jenis malas nak beratur kat Klinik kerajaan. Saya dah kena sejak sekolah rendah lagi....tapi tak terdedah pulak pasal ianya boleh dibuang. Ni nak share pasal tonsil, jumpa kat internet....

****************************************************************

setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Kenali tonsil….

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:- 1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung 2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah 3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis? Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit. Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil. Apakah penyebab dan gejala radang tonsil? Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk (setahun 3 -4 kali saya kena)

2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan (huhuu...tak sanggup...)

3. Demam yang kadang2 sangat tinggi ( terbaru, sampai 39.8 ' C......dangan bisa badan lagi)

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan (kan dah kata)

5. Suara garau atau hilang suara

6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur waktu tidur

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung). “Sleep apneoa” atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

**************************************
Dengan hati yang berat saya akan menyerah diri ke wad pada Jumaat ini, dan akan dioperasi pada hari Sabtu pagi. Takut, semoga saya kuat melalui kesakitan ini dan dengan harapan yang tinggi menggunung saya akan pulih dan tidak demam teruk lagi!!!!

6 comments:

tulip said...

insyaAllah... semuanya ok.

pB said...

Salam

kak pB doakan agar semuanya selamat ....
insyaallah ....


Hospital mana??
PutraJaya ker?

~adeQ~ said...

yer...Hospital Putrajaya....takutnya..........

Rita Ali said...

Jangan risau sangat tau shida.
Saya pun dah buang tonsil tu masa skolah dulu.tahun 1991. Masa tu lagi la tak canggih peralatannya.. skrg dah moden..InsyaAllah Semuanya ok..

Ummi said...

semoga semuanya selamat

kata doktor tonsil ni macam polis, tukang jaga kuman jangan bagi masuk badan

bila tonsil tiada, kuman boleh masuk dengan senang hati

jaga kesihatan dan akan doakan semua yang baik2 aje

anak sedara akak dari kecil dah tak ada tonsil, skrg sihat walafiat :)

~adeQ~ said...

amin...amin...tQ sume....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...