Tuesday, November 14, 2006
Kerja-kerja dijalankan seperti biasa. Ada ke takde kerja aku memang pekerja setia yang sentiasa berada di meja. Walaupun kadangkala kemalasan menguasai, aku tetap kuatkan semangat untuk ke tempat kerja.
Cuti
Disember ini aku akan bercuti panjang. Aku akan menjadi orang kuat bagi membantu MIL melaksanakan perkahwinan adik iparku. Aku redha….walaupun aku tak dapat ke Bangkok kerana tarikh yang sama dengan majlis tersebut. SS kata Bos yang calonkan nama aku, tapi nak buek camno…
Open House
Open House di rumah berjalan dengan lancar walaupun hanya dibantu oleh kakak iparku yang baik. Walaupun hujan rebut di luar, tetamu masih ramai yang hadir. Walaupun hampir2 kehabisan ayam goreng (8 ekor) tapi nasib baik ubby sepantas kilat membeli 3 ekor lagi sebagai tambahan. Semua dapat makan, walaupun menu hanya nasi ayam + mihun goreng + kek + kuih raya + buah limau + lengkong yang bertukar menjadi jelly lembik.
Jalan Raya
Masih lagi meriah berjalan raya ke rumah yang masih belum dilawati. Bak kata kak Uda aktiviti mengutip cukai setahun sekali masih dijalankan. Hehehe..jgn marah aaa….
Canggung
Kecanggungan tahap cipan masih melanda. Aku tak tahu sampai bila tapi aku pasti ia takkan berubah seperti dulu lagi. Aku serik, ku sangka panas sampai ke petang…rupanya ribut di pagi hari. Aku sedih, aku terluka, tapi aku masih ok, masih.
Kondangan
Jemputan kahwin semakin banyak menjelang cuti sekolah ni. Ramai betul yang membina masjid. Ku doakan semoga berkekalan bahagia sehingga ke anak cucu. Nasihat aku, jangan membazir…..menjadi raja sehari tak semestinya harus berbelanja seperti anak raja juga!
Friday, November 03, 2006
Segalanya telah pulih seperti biasa walaupun bukan 100%. Aku masih lagi rasa terluka dengan apa yang berlaku. Tak pelah...Lama-lama nanti ok lah.
Benci
Masalah remeh tapi bila terbuku dihati buatkan aku bengan dan sakit hati. Tak tahu sampai bile ia akan berakhir. Dah cuba berlagak seperti biasa tapi nampak canggung dan aduhai....sabar lah lagi.
Weekend
MIL dtg hari ni dgn SIL. Nak shopping untuk majlis kahwin SIL bulan 12 ni. Apa aku nak masak minggu ni?? hehehe..susah2 makan siap2 baru balik umah.
Selamat berhujung minggu sume!
p/s: Fotopages dah update...sikit jek...
Thursday, November 02, 2006
Test,test..
??
Kita harus berpijak di bumi nyata. Dalam menjaga hati semua orang kita tak sedar bahawa sebenarnya diri kita cukup terluka. Tapi ianya satu lumrah kehidupan yang tidak dapat kita elakkan. Dalam tak sedar kita memendam perasaan, satu hari nanti...pasti satu ledakan yang dahsyat akan berlaku. Sabarlah hati...
Semalam
Suasana sangat dingin. Beku. Tak pasti apa yang patut aku lakukan. Aku dah cuba buat sebaik mungkin tapi, aku sendiri sakit hati dengan kedinginan itu. Last2 aku diamkan diri dan buat hal aku sendiri. Aku bosan! Aku marah! Tapi aku taknak tambahkan lagi kebekuan tu. Biarlah aku berdiam diri.
Hari ni
Masih beku. Segala rutin seolah2 satu komitmen, penuh kepura-puraan. Aku masih bersabar dan harapan aku cuma satu...biarlah kesabaran ini tidak sampai ke penghujungnya....
p/s : tulis en3 ala2 cik tulip...jgn marah
Wednesday, November 01, 2006
Selamat Hari Raya..
Raya tahun ni aku di rumah mertua. Tapi tak kisah lah..sebab umah dekat jek, lepas makan n bersalam-salaman dirumah mertua, kami ke umah mak ayah aku pulak...Raya tahun ni pack sikit sebab raya pertama ke Mersing beraya ke family sebelah FIL, tdo semalam dan esoknya terus ke kubur dan ke Kota Tinggi, Skudai, Pontian dan tdo di Rengit. Start dari Skudai adalah family sebelah MIL. Balik hari raya ketiga terus ke rumah parents aku. Dah ada tetamu menunggu....Konon nak terus beraya kat kawasan kampung malam tuh jugak, tapi memandangkan semua keletihan dan tetamu tak putus-putus datang, plan ditunda ke esok pagi.
Pagi raya ke empat, 3 keluarga(parents aku, abang n family, aku n family) bergerak beraya kat kawasan kampun. Umah nenek2 sedara, makcik2, pakcik2 dan seangkatan dengannya...Lepas solat Jumaat sambung lagi ke rumah jiran2 terdekat. Sebelum maghrib, semuanya selesai....
Raya ke lima, pagi2 lagi kami dah bergerak ke Melaka sebab aku lum lagi beraya di Melaka. Pakcik makcik sebelah mak aku ramai kat sini. Nampak gaya tahun ni aku tak sempat nak beraya ke rumah pakcik makcik belah ayah aku yang jauh2 tu. Masa suntuk sangat. Macam touch n go jek sebab raya sendiri without my parents....satu rumah dalam 15 minit macam tuh. Tengah hari jek dah selesai adalah dalam 6 buah rumah....Mak ayah dah tunggu kitorg kat umah makcik aku. Tengah hari tak kemana, landing kejap sebab Sofea tdo sampai lepas asar baru lah bergerak lagi ke 3 buah rumah iaitu rumah makcik n sepupu2 aku. Lotih den....Dalam kul 11 malam kitorg bergerak balik ke Kl sebab sok pepagi mak ayah nak ke Johor. Kitorg tak dapat nak ikut sebab Isnin dah nak naik keje. Sampai Kl kul 12.45 pagi. Kemas2 sikit then masing-masing terbongkang keletihan....
Hari Ahad aka raya ke enam, bangun lambat kul sebelas. Basuh baju sampai 3 trip pastu lunch di Alamanda n beli barang2 dapur sket takut ada org datang. Petang abang n family datang bertandang ke rumah sampai malam. Lepas isyak baru diorg balik. Aku apalagi macam biasa lah, gosok baju keje aku n ubby then bedebum tdo…
Thursday, October 05, 2006
Hampir...
RAMADHAN 10
Ubby dapat gaji, so bermewah2 la buka hari ni....berbuka di Secret Recipe dengan menu set Black Pepper Grilled Chicken+White Coffee+Brownies(Apple cheese cake) for ubby and Meatball Spaghetti+Hot Choc for me and Apple Kasturi Juice untuk pencuci mulut. Tak sempat nak snap gambar sebab Sofea menakal tak hengat dunia.
RAMADHAN 11
Plan nak goreng mee tapi sebab ubby orang yang bertimbangrasa (kasi puji sket) so berbuka di 'Awae' dengan menu Tomyam Campur+Kailan Ikan Masin+Telur Bungkus+ Nasi Putih. Air Tembikai Laici Giant for both of us. Macam biasa lah..makan dengan tak khusyuk sebab Sofea pun nak itu nak ini... tQ ubby kerana memahami sebab lately Sofea buat perangai jek tiap2 malam.
Thursday, September 28, 2006
HaRi InI
Semalam buka dengan lauk ikan talapia merah masak sambal(beli jek)+asam pedas(reheat)+bendi celur. Ubby makan nasi, aku cuma makan pizza (reheat) yang tak abis arituh. Aku malas nak makan nasi, nanti kenyang sanga jadi malas pulak. Ubby dah tolong basuh baju petang tadi sebab dia balik awal. Alhamdulillah...kurang keje aku kat umah. Sofea pulak macam biasa, takleh berenggang langsung dengan aku sampai masak pun dukung dia. Ayah dia nak dukung sambil tgk aku masak pun dia taknak. Aduhai anak....
Kenapa bulan puasa ni rasa macam tak cukup tido jek? sedangkan tido macam biasa?
RAMADHAN 5
Hari ni masih lagi tak dapat nak siapkan keje aku. Komputer staff aku masih belum siap dibaiki lagi. Lagipun data pembetulan dari DOA belum dapat lagi. Buhsan tahap gaban aku sampai sempat lagi bersnooker kat atas meja nih. Sempat jugak lah tersengguk2 sebab tak tau nak buat apa. Bos pegi meeting kat luar, apa nak jawab nih kalau BPP'06 nih tak siap2 lagi? Adoi la...macam2 hal pulak masa dah ujung2 nih. Nampak gaya macam nak kene keje jek Sabtu ni. Tapi tgk lah esok, kalau tak boleh gak memang lah aku kena datang ofis Sabtu yang berbahagia nanti...
Petang ni cadang nak buka lempeng cicah sambal goreng. Tak tau nak buka makan apa kalau pgi bazar Ramadhan pun....Nak buat air durian belanda.....uishh....
Wednesday, September 27, 2006
Ramadhan
Alhamdulillah...dapt lagi menyambut Ramadhan pada tahun ni. Disebabkan tahun ni kami akan beraya di rumah keluarga ubby dulu, permulaan puasa disambut di rumah family aku. Tak jangka abang pun akan balik malam sebelum tu. Maka sahur kami lengkap lah anak beranak bersama cucu n menantu. Menu pagi tu aku yang request, hehehe....kari daging,sambal udang(menu special utk menantu lelaki, ubby), sup cendawan campur (menu special utk menantu perempuan,kakak ipar aku). Mulanya sume tak suka sebab kena makan lauk kari pepagi buta...tapi aku tgk, majoriti makan lauk tu..tak komen apa pun. Ha..kan sedap tuh. Bukan selalu dapat makan kari daging mak. Aku memang dah lama teringin, next balik aku nak mintak mak masak pajeri terung pulak....nyum,nyum.
First day puasa aku ok jek, tapi kesian ubby. Aku tgk dia bukan main letih lagi. Kitorg buka kat umah family ubby sebab nak bagi adil. Kami buka air tebu, teh o, murtabak segamat special RM4 satu. Memang besar oo..cicah ngan kuah cili macam sos, memang sedap. Lepas maghrib, kitorg bertolak balik KL. Alhamdulilah...tak jammed sgt. Tapi ubby mengantuk jugak lah, sekejap2 berhenti.
RAMADHAN 2
Kerja macam biasa cuma agak mengantuk sikit. Tapi biasalah.....Aku masih lagi menjalankan proses membaiki BPP'06. Harapnya dapatlah hantar dalam minggu ni. Tapi komputer staff aku buat hal pulak. Problemos....banyak2 lah bersabar pose2 nih. Komputer aku ada link dgn dia ,everytime aku nak save kena restart komputer dia. Aduhai... Tension jek....
Disebabkan hari ni hari gaji, kami berbuka di Pizza Hut, makan piza sate yang tgh hangat sekarang nih. Lepas shopping barang dapur n sembahyang maghrib di Alamanda baru lah balik umah. Sahur pagi nanti aku nak masak sawi 'bening' jek. Makan dengan sambal goreng, telur dadar n nasi panas ok gak. Ubby pun tak kisah jek...
RAMADHAN 3
Hari ni memang benar2 menguji puasa aku. Mana taknya, lepas sahur jek perut aku terus sakit yang amat sangat. Rasa macam nak buang air tapi tak keluar pulak. Dah lama sikit baru rasa nak membuang baru lah masuk bilik air. Apalagi, denagn membuangnya, muntah lagi pulak habis sume makanan yang aku dah makan tadi. Perut toksah cakaplah sakitnya. Tak sempat nak buat apa, dah abis waktu sahur. Aku redha..terpaksalah puasa ngan perut kosong. Aku tak dapat gi kerja sebab asyik je kena cari toilet. Tengah hari baru ubby balik sekejap n hantar aku gi klinik.
Buka semalam makan rojak,popiah basah, air teh o,air bandung dan bubur lambok. Selamat berbuka semua...
Saturday, September 23, 2006
Friday, September 22, 2006
Thursday, September 21, 2006
'B'
Thursday, September 14, 2006
My baby-16 months
You've seen your child testing her independence during the last few weeks and months, but experts say that once a child can talk she knows, finally, that she is her own person. Your 16-month-old may be able to say as many as seven words — or even more — clearly. But she will still rely mostly on nonverbal communication, pointing and gesturing to tell you what she wants or what she wants you to see.
Your toddler understands much more than she can speak. (The challenge for toddlers is not understanding speech, but coordinating their lips and tongue and breath well enough to make themselves understandable.) You may discover this accidentally one day when you're, for instance, asking the family dog where you possibly could have put your car keys, only to have your child point to the hook where they're hanging. Or you may ask your child to go get her shoes from her closet and watch in amazement as she trots down the hall and returns with them a minute later. You're not imagining it — she really does know what you're saying.
What you can do?
Her ability to comprehend more than she can communicate means it's important for you to speak slowly and clearly to her. You've probably stopped much of the singsong-y speech that you used instinctively when your child was a baby, but now you can use simple words and phrases to get, and hold, her attention. Using the correct words for objects — "toes" instead of "tootsies," or "cookie" instead of "coo-coo" — will cut down on her confusion as she learns to use words. Listening to your child without interruption is also essential at this stage. The toddler who is listened to, especially by her parents and caregivers, is a better listener, which in turn will enhance her speaking skills.
Other developments: Developing the five senses, reading more
Daily life is one big adventure for a newly mobile toddler. You've witnessed yours touch, smell, examine, and at least try to taste nearly everything that she finds. By fully investigating objects this way, children learn to distinguish the qualities of various things. She'll probably find tools — a whisk from the kitchen cupboard — and live creatures — an earthworm that creeps along the gutter after a rainstorm — especially fascinating.
You can make these "learning" experiences even more educational by talking to your toddler about what she's experiencing. Name the sounds that surround you when you're outside: "Do you hear that bird? Can you hear the sprinklers that are watering the grass?" for instance, or challenge her to find something particular, like "Help me find a rock that feels smooth." Learning to observe, listen, and investigate will help her develop important sensory skills.
Though your 16-month-old may not want to sit still for more than a few minutes, she is probably showing a little more interest in having stories read to her. Don't be frustrated if she seems to prefer pointing at specific pictures and having you tell her about them rather than listening to you read the text. One of her favorite things to do when looking at books may be to point to objects she has words for — such as ball, cat, dog, etc., and say them (over and over). But if you ask her to "Find the ... chicken (or the moon, or a car) ..." she'll enthusiastically do that, too. She is also probably very adamant about wanting to help you turn the pages, a sign of her increasing autonomy.
Wednesday, September 13, 2006
L.E.M.A.S
Macam tajuk lagu pulak. hehehe...tapi mmg aku lemas kat sini. Terpaksa jadi seorang yang hipokrit semata-mata untuk puaskan hati semua orang. Dan akhirnya...aku yang makan hati sebab kena telan dan terima semuanya sorang diri. Aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan di daerah ketempurungan ini, tapi..aku kalah...aku tak mampu..sebab, sedang kesesuaian itu berjalan lancar, pasti ada gangguan yang membuatkan jiwa aku tak tenteram. Politik daerah ini sungguh kuat mengalahkan daerah2 lain. Walaupun suasananya nampak aman dan tenteram...tapi pergolakan dalaman amat kuat. Segala-galanya membabitkan emosi. (bagi diri aku lah..tak tau pulak kalau diri org lain) Aku bosan...aku mahukan sesuatu yang baru yang boleh menaikkan semangat aku.
Sehingga hari ini, aku melakukan segala-galanya di daerah ini dalam keterpaksaan. Susah untuk aku menunjukkan kemajuan dan kejayaan kerana halangannya sungguh besar dan datang dari cara pemerintahan daerah ketempurungan ini sendiri. Aku harus lakukan sesuatu untuk melepaskan diri.....tapi aku masih lagi mencari lorong2 yang mempunyai cahaya yang dapat menyuluh sepanjang perjalananku nanti. Aku masih lagi tidak berputus asa...cuma sesekali aku rasa lemah, tak tahu samada aku mampu meneruskannya atau tidak. Aku redha dengan ketentuanNya.
Kelemahan aku, memang dari dulu aku sering diperlakukan begini. Sukar untuk meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang aku anggap teman. Adakah aku yang tersilap menilai antara kaca dengan permata atau memang aku ditakdirkan takkan pernah ada teman rapat yang boleh aku kongsikan segala suka duka selain daripada suamiku? Aduhai nasib...aku tak mengeluh, sesekali juga tidak menyalahkan takdir. Telah ku katakan aku redha...
Tuesday, September 12, 2006
Monday, September 11, 2006
It Happened....
5 September 2006, takkan aku lupakan tarikh keramat ini yang akan kusemat segala dendam kesumat mengalahkan perwira di medan perang. Sape berani pukul ubby??? Itulah yang terjadi…Di petang yang agak bising aku bersama adik2 iparku pergi mengusha kad kahwin di area Pudu. Ntah macam mana…..sms ku berbunyi…”yang, call balik” Aku terus buat call ubby….”ubby kena pukul!” jantung aku dah tak keruan masa tu.Tah tau lah selaju mana degupannya mengalahkan orang yang berlari pecut 100m. Tak abis cakap lagi sebab ubby kata doctor dah panggil dia. Aku tak sedap hati? Kenapa kena pukul? Siapa yang pukul? Kenapa ubby sasarannya? Berkali2 aku mendail semula untuk menghubungi ubby tetapi tak dapat, mungkin ubby masih di bilik rawatan.
Aku bersabar…cuba berfikir secara waras..walau hakikatnya..aku ingin terbang ke tempat ubby. Adik2 iparku menenangkan aku. Tak lama kemudian aku try call balik, ubby pun ceritakan dari mula sampai akhir…
Ubby sebenarnya nak ke Maybank di Bangi. Lepas parking kereta, dia pun jalan kaki ke bank. Lalu pulak belakang satu kereta ni yang tiba2 nak ‘gostan’ dengan lajunya. Ubby pun apa lagi, berlari2 anak lah dia terus ke depan pintu Maybank. Macam biasa, dia pun tgk lah kat kete tu…Bengang pun ada, ‘gostan’ tak tgk belakang. Ntah macam mana tiba2 pemandu kete tu keluar…”hoi apa tengok2,!” (ceh macam aku ada kat tempat kejadian jek, but seriously I can imagine that) Ubby pun buat tak tau jek la. Tak semena-mena, dia datang terus hayun tangan ke muka ubby. Empat kali tanpa henti dan ubby tak dapat nak berbuat apa2. Semua org kat situ tergamam.Pukulan yang terakhir adalah di perut dan membuatkan ubby terduduk. Masa tu baru lah ada sorang abang ni datang dan leraikan. Mamat gile tadi ni terus marah2 kat abang tuh, “ko jgn masuk campur!” Nasib dia tak hentak abang tu jugak. Lepas tu dia terus jek blah dengan kete dia tu. Kesian ubby..baru lah ada org tolong papah dia masuk dalam bank. Tak pasal2 jadi pelanggan VVIP kat situ. Bengkak jugak mata ubby sebelah kiri bersama luka mungkin tercarit cincin budak giler tuh.
Aku sampai terus ke balai polis Bandar Baru Bangi sebab ubby tengah buat report kat situ. Menitik jugak lah airmata aku tengok keadaan ubby…walaupun tak seteruk mana tapi aku memang sebak.
Pengajarannya, air yang tenang jangan disangka takde buaya. Tak pasal2 pulak kena gigit dek buaya tu, lagi pulak kalau buaya tu otak mereng.
Monday, August 07, 2006
Y ME?
Wednesday, July 26, 2006
me, myself
Friday, July 21, 2006
NAPE EKK???
Sofea pulak kena bisul kat kepala. Bukan satu or dua tapi banyak. Makcik kat taska tu kata tu namanya 'bisul api' mmg tumbuh byk. Lepas satu, satu Sofea ni..darah kotor ke? Pagi tadi start selsema pulak. Maybe jangkit dari aku kot? Waduh2 risau bangat nih....
Dah hujung minngu lagi...cepat betul masa berlalu.this week, takde plan lagi nak gi mana2. Mungkin lepak2 je kat umah. Selamat berhujung minggu semua...
Tuesday, July 11, 2006
WANITA
Nasihat khas untuk perempuan2 zaman sekarang...
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut.. Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi..Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..
Di sebalik santan..
Apa lagi mendapatkannya.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan..dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulutpanggang.. orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..
OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian..Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia.. tangisan mengiringi berzaman..
wallahua'lam..
Monday, July 10, 2006
Aku Pasrah...
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.
Chorus:
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...
Lagu ni sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan lama. Segalanya takkan berubah walau menitis airmata darah sekalipun..Aku PASRAH...Biarlah rahsia tetap menjadi rahsia dan kenangan lalu menjadi pengalaman.Semoga kau bahagia menghadapi hari-hari mendatang.
aku emosi
Friday, June 30, 2006
1/2 tahun.
Ubby balik harini. Tq pada cik tulip n imankirana yang sudi menemaniku semasa ketiadaan ubby.
Kerja-kerja di ofis seperti biasa,cuma aku bengang tunggu data yang tak sampai2. Puas dah calling2 sana sini. Tapi apa nak buat dah org kata belum lengkap, takkan aku nak naik antu pulak. Date line ujung bulan 7 ni. Risau bangat aku. Nanti tak tercapai pulak azam aku tahun ni.
Aku nak kuruskan badan, tapi dalam masa yang sama aku kuat makan. Tak dapat nasi macam tak selesa rasanya. Agaknya perut ni dah mengembang kot?? sebab tu nak kena makan nasi jugak. Allegic baru tahun ni, tak boleh makan ayam. Kalau makan jugak, puas lah aku meggaru pelipat tgn n kaki ni sebab naik gatal2. Tak dapat lah makan KFC lagi....Chicken foldover....Ayamas...ooohhh....ruginya....
Oklah aku dah nak start buat2 sibuk ni....selamat bercuti hujung minggu...Minggu ni aku nak rehat puas2!!
Wednesday, June 28, 2006
Tinggal
Aku ajak tulip ngan imankirana teman sebab aku ni penakut.hahahaha..ketawakan aku!Nasib baiklah diorang setuju menemankan aku selama 2 malam. Kalau tidak...tak tau lah aku.
Baru-baru ni aku balik kampung. Ayah aku demam panas n tonsel bengkak. Kesian ayah aku sampai kena cucuk kat klinik sebab badan panas sangat. Kalau gaji aku banyak, aku suruh jek ayah tinggal keje dia, biar aku tanggung belanja kat umah. Tapi, tulah kalau...
YA Allah, selamatkan lah perjalanan suamiku. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. Aku yang tinggal ni usah dirisaukan. Pandai lah aku menjaga diri.
Wednesday, June 14, 2006
Chicken pox
Aku terpaksa tinggalkan Sofea kat kampung seminggu sebab parut dia belum baik lagi, takut berjangkit dengan budak2 kat taska pulak. Rindunya kat anak aku. Nasib mak mertua aku hantar cepat, hari Khamis 8hb tu dia dah sampai kl hantar Sofea.
SOfea balik, tapi aku pula sibuk ngan sukan. Hari Jumaat pagi dah kena pergi Shah Alam. 3 hari 2 malam kat sana. Tapi aku balik jugak sabtu malam lepas game sebab kesiankan Sofea.
Lepas dinner penutup Ahad tu aku terus balik umah. Hari Isnin tak kerja n abiskan masa puas2 ngan Sofea.
Monday, June 12, 2006
Happy Birthday - 24
Tuesday, May 30, 2006
Weekend Yang Busy..
Esoknya kenduri rumah Kawan aku masa induksi dulu di Shah Alam dan x-kakitangan ofis di Sg. Buloh. Budak ofis aku ni sebenarnya sama2 tauliah dgn aku masa di UUM dulu.
Balik dari kenduri singgah di Subang Parade jap. Konon nak beli t-shirt ubby, yang dapat baju Sofea jugak. Tu lah, ubby cerewet sgt...Balik umah dah nak maghrib. Nak dijadikan cerita, mangga SOLEX tak leh nak bukak pulak. Sejam duk kat luar rumah, then pinjam tukul org depan umah n pecahkan mangga tuh. Uishhh..letihnyo...
Tuesday, May 09, 2006
Apa-apa saja.
Tuesday, April 25, 2006
BTN-Biro TataNegara
Aku gi sana naik flight awal. Kul 10 dah jejak kat bumi Langkawi. Memandangkan nak daftar pun lambat lagi, aku ngan best fren aku masa sekolah dulu gi sewa motor n kitorang gi merayau samapi Pekan Kuah. Apalagi, shopping la apa yang patut. Sempat jugak kitorang berposing2 kat burung helang tuh.hehehe....
Excited nak berkursus, rupa-rupanya....kursus tak best. Macam biasa jek tak de yang luar biasanya. Absailing,flying-fox malahan kembara pun takdok. Benci aku! Tu yang aku tunggu2 tapi...hampes. Kesian kat aku, harapan terkubur. Cuma ada kelas,LDK,larian 2KM, n ujian kecergasan.
Hset semua kena ambik,jurulatih simpan. Macam nak pitam gak la 4 hari tak berhset. Tapi nasib ada public phone. terubatlah rindu kat Sofea.hehehe,rindu kat ubby jugak.
Paling best sekali ada surprise masa aku balik tuh. Anak aku dah pandai jalan!!!Seronok aku tgk. Syukur sangat.. Next week umur nak setahun. Syabas bete..hehehe...
Tuesday, April 18, 2006
W*Y 2*9
Hehehe...apa yang ku tunggu akhirnya tiba jua. Ptg semalam pegi ambik n today, aku dah guna dah. Nampaknya hari-hari mendatang ni lah peneman aku pegi dan balik. Setakat ni service memuaskan. Walaupun kemek tudung aku sampai kat ofis, takpe lah...nanti aku tukar helmet lain, yang lebih sesueiii..gitu!!
Friday, April 07, 2006
SEMALAM
Petang gi kl sekejap, ambik adik ipar kat Pekeliling. Sampai umah dalm ul 9 lebih. Nasib Sofea tak meragam.
Hari ni, ubby pulak yang cuti jaga anak kat umah sebab aku rasa macam dah banyak sangat aku cuti dalam tempoh 3 bulan lebih nih.
p/s: ibu demam, ibu cuti, anak demam pun ibu cuti.
Wednesday, April 05, 2006
Minit
"kenapa akak yang kena ambik minit. Tak pernah pun tahu pasal projek ** ni." kata insan yang menjadi mangsa.
Lalu, datanglah si bos kecik ni, " Boleh lah kak ye, saya kena buat benda lain."
Apa nak buat terpaksa lah akak mangsa ni bersetuju.
Patutkah situasi seperti ini terjadi?? Memanglah tak berkira bila nak buat kerja. Tapi, bila main tangkap muat jek tak bagus lah ntuk kesihatan emosi kan?
Ntah lah, saya yang menurut perintah. Terpaksa ikutkan saja.
p/s: Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. kadang2 kita kena jadi org yang pentingkan diri sendiri supaya tak senang kena pijak kepala.
APRIL
Sofea sekarang dah bertukar babysitter. Mak long dah tak jaga lagi. Sekarang Sofea duk kat Taska Haifa Nasuha. Suka bukan main sebab ramai kawan n kat dinding taska tu ada banyak gambar2. Aku lega sebab dia takde masalah kat sana. Hari ni hari ke tiga Sofea berada di taska. Cuma aku tgk dia letih sket mungkin sebab ramai kawan n penat bermain.
CEPAT
Sekarang aku dah tukar waktu keje, 8-5. Aku lega sebab tak payah tunggu lama2 kat ofis. By 7.30 a.m aku dah sampai ofis sbb hantar Sofea dekat jek ngan rumah. Ubby pun sampai ofis awal. Balik pun awal sebab ubby masih lagi ke site waktu petang.
BARU
Aku sedang menanti anggota baru dalam keluarga aku. Baru nak tulis ada org call pulak pasal anggota baru dalam keluarga aku nih. Anyway, masih dalam proses, kalau ok next week 'dia' akan bersama2 kami. hehehe..nantikan 'dia'.
Thursday, March 30, 2006
Sofea - 11 Month's Old Development
Only one month shy of his first birthday, your baby is no longer a helpless infant who can't do anything without you. He still needs plenty of care and support, but his growing independence — evident in his solo standing, stooping, and squatting — is becoming apparent. He may walk while gripping your hand, and he'll hold out his arm or leg to help you dress him. At mealtimes, he may be able to grip a cup and drink from it independently (though some children may not do this for a few more months) and hand-feed himself an entire meal.
Of course, once your child is able to drink from a cup by himself, you may need to start ducking, because he's just as likely to toss it when he's finished as he is to put it down gently. He'll also purposely drop objects for someone, probably you, to pick up.
Very easy readers
Your child likes to look at books and leaf through the pages, though he won't always turn them one by one. Indulge in great picture books, like Anno's Flea Market, by the great Japanese artist Mitsumasa Anno, Is It Red? Is It Yellow? Is It Blue?, which introduces primary colors through photos of everyday objects, and The Snowman, a full-color cartoon book about a snowman who comes to life.
Becoming his own person
Your baby may now assert himself among his siblings and begin to engage in parallel play — contentedly playing alongside (but not with) another child. He may also have designated a favorite blanket or stuffed animal as a security object.
Time to start setting limits
Your baby now understands simple instructions, though he may purposely choose to ignore you when you say "no." (To help the word carry a little more weight, use it sparingly, for setting important limits.) But even though your baby may not always remember tomorrow what you've said today, it's not too soon to set certain boundaries and start teaching him some important distinctions, like right from wrong and safe from unsafe.
Use your best judgment as a guideline. You're not being mean if you don't let him devour a second cupcake, for example; you're setting healthy limits. If he pulls kitty's tail, move his hand, look him in the eye, and say, "No, that hurts the cat." Then guide your child's hand to pet the animal gently. His desire to explore is stronger than his desire to listen to your warnings, so it's up to you to protect and teach him. What seems to be defiance isn't; it's just his natural curiosity to see how the world works.
Talking up a storm
Words and word-like sounds are now spilling out of your baby — and he's able to use them meaningfully. As the frontal lobes of his brain continue to develop, so does his ability to reason and speak. Encourage his interest in language and his understanding of two-way communication by being an avid listener and responding to his sounds. To polish his memory skills, play games like patty-cake and peekaboo with him.
At this age, your baby can probably imitate word sounds and inflections, as well as actions. He may be able to follow simple one-step directions, such as "Please bring me the ball" or "Pick up the spoon." Help him learn by separating multi-step commands into easy-to-follow steps.
Cherish this brief but remarkable period when your baby's communication skills are emerging: They're perhaps his most important skill.
Is my baby developing normally?
Remember, each baby is unique and meets physical milestones at his own pace. These skills are simply a guide to what your baby has the potential to accomplish — if not right now, then shortly.If your baby was born prematurely, you'll probably find that it will take just a bit longer before he can do the same things as other children his age. Don't worry. Most doctors assess a preterm child's development from the time he should have been born and evaluate his skills accordingly.
Wednesday, March 29, 2006
Salah lagi!
Tapi kali ni, memang aku yang salah. Tu lah memang aku ni belum cukup matang. Terlalu mudah meluahkan ketidakpuasan hati pada org lain dan bukan pada dia sendiri. Dan dia pun marah lalu mendiamkan diri sehingga batinku tersiksa. Sepanjang malam kelmarin tidak bertegur sapa. Aku takut nak mulakan.
Alhamdulillah, ia berakhir petang semalam. Menjadikan keadaan seperti sediakala amat melegakan batinku. Aku terima satu pengajaran. Memang kesalahan itu benar2 mengajar aku. Lepas ni aku kena lebih berhati-hati dalam pertuturan. Kelemahan aku perlu diatasi.
Dan hari ini..tentunya lebih baik dari hari semalam dan kelmarin !
p/s: sentiasa belajar dari kesilapan yang lalu.
Monday, March 27, 2006
Weekend
24.3.05 - Aku adik yang baik. Aku cuti hari ni semata-mata untuk tolong abang kemas umah. Esok ayah datang nak angkut barang naik lori. Seharian aku lepak kat umah abang. Tolong apa yang patut. Tolong jaga anak aku n anak dia jugak. Petang angkut barang yang kecik2 naik dulu ke rumah baru. Mak ai! Tingkat 4, cair jugak lah lemak aku. Tapi tak kisah lah. Ubby balik keje pun tolong jugak angkat barang setrip. For dinner, abg belanja makan sate Kajang.
Ada satu cerita kelakar lepas hantar barang kat umah baru abg, aku n ubby g isi minyak kete. Aku tak bawak handbag pun, macam pendatang lah pulak. Tergerak nak minum Coke, ubby pun nak top up kredit so, kitorg masuk ke kedai. Ubby pun tak byk cash, tanya cashier tuh dia kata boleh pakai Maybank Kad. Kitorg pun lega lah. Dah beli2 ni masa bayar tuh, kad takleh pakai. Tak pastilah samada offline atau apa. Alamak! Aku dahlah tak bawak duit, ubby pun lum keluar duit lagi..dalam 10 - 15 inggit tu adalah. ATM machine pun takde kat Petronas tuh. Nak tak nak, terpaksa lah ubby gi cucuk duit n tinggalkan aku kat ctu.
hehehe, tuan punya stesen tu peramah
"kalau ikut suami pun takpe tadi.."
aku senyum jek,
"takpe, saya duk kat sini jek".
Malu gak lah..tulah lain kali pegi jalan jangan lupa bawak beg duit!
Wednesday, March 22, 2006
Lagu Hari Ini
As I Look into your eyes
I see all the reasons why
My life's worth a thousand skies
You're the simplest love I've known
and the purest one I'll own
no you'll never be alone
My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I don't have to wonder why
Baby you
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground
I will soothe you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all
you are th reason i can fly
and cuz of u i dont have to wonder why
my baby you,theres no more just getting by
cuz you're the reason i feel so alive
Salah siapa??
Tuesday, March 21, 2006
Welcome
p/s: Jangan lah kita bersifat suka menyibuk dengan kerja org lain sedangkan kita mmg tak diperlukan pun untuk kerja tu.