Bukan minit masa. Bukan, bukan. Ni minit mesyuarat. Apa yang terjadi hari ni, di sini, jam sebelum meeting kul 2.30pm.
"kenapa akak yang kena ambik minit. Tak pernah pun tahu pasal projek ** ni." kata insan yang menjadi mangsa.
Lalu, datanglah si bos kecik ni, " Boleh lah kak ye, saya kena buat benda lain."
Apa nak buat terpaksa lah akak mangsa ni bersetuju.
Patutkah situasi seperti ini terjadi?? Memanglah tak berkira bila nak buat kerja. Tapi, bila main tangkap muat jek tak bagus lah ntuk kesihatan emosi kan?
Ntah lah, saya yang menurut perintah. Terpaksa ikutkan saja.
p/s: Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. kadang2 kita kena jadi org yang pentingkan diri sendiri supaya tak senang kena pijak kepala.
No comments:
Post a Comment