Dah lama aku tak menulis. Akhir2 ni banyak perkara berlaku. Segalanya adalah diluar kawalan. Dan aku…seperti biasa masih lagi berada di bawah ketempurungan diri sendiri yang tak mahu bangkit kerana jiwa telah ku didik dengan sifat kebencian di kawasan ketempurungan ini. Aku masih di sini tercari2 jalan keluar dari daerah ketempurungan ini. Aku sesat, ya..masih sesat. Tak pasti mana arah tuju hanya mengikut rentak kaki yang tak bermata.( lain macam jek bunyi)
5 September 2006, takkan aku lupakan tarikh keramat ini yang akan kusemat segala dendam kesumat mengalahkan perwira di medan perang. Sape berani pukul ubby??? Itulah yang terjadi…Di petang yang agak bising aku bersama adik2 iparku pergi mengusha kad kahwin di area Pudu. Ntah macam mana…..sms ku berbunyi…”yang, call balik” Aku terus buat call ubby….”ubby kena pukul!” jantung aku dah tak keruan masa tu.Tah tau lah selaju mana degupannya mengalahkan orang yang berlari pecut 100m. Tak abis cakap lagi sebab ubby kata doctor dah panggil dia. Aku tak sedap hati? Kenapa kena pukul? Siapa yang pukul? Kenapa ubby sasarannya? Berkali2 aku mendail semula untuk menghubungi ubby tetapi tak dapat, mungkin ubby masih di bilik rawatan.
Aku bersabar…cuba berfikir secara waras..walau hakikatnya..aku ingin terbang ke tempat ubby. Adik2 iparku menenangkan aku. Tak lama kemudian aku try call balik, ubby pun ceritakan dari mula sampai akhir…
Ubby sebenarnya nak ke Maybank di Bangi. Lepas parking kereta, dia pun jalan kaki ke bank. Lalu pulak belakang satu kereta ni yang tiba2 nak ‘gostan’ dengan lajunya. Ubby pun apa lagi, berlari2 anak lah dia terus ke depan pintu Maybank. Macam biasa, dia pun tgk lah kat kete tu…Bengang pun ada, ‘gostan’ tak tgk belakang. Ntah macam mana tiba2 pemandu kete tu keluar…”hoi apa tengok2,!” (ceh macam aku ada kat tempat kejadian jek, but seriously I can imagine that) Ubby pun buat tak tau jek la. Tak semena-mena, dia datang terus hayun tangan ke muka ubby. Empat kali tanpa henti dan ubby tak dapat nak berbuat apa2. Semua org kat situ tergamam.Pukulan yang terakhir adalah di perut dan membuatkan ubby terduduk. Masa tu baru lah ada sorang abang ni datang dan leraikan. Mamat gile tadi ni terus marah2 kat abang tuh, “ko jgn masuk campur!” Nasib dia tak hentak abang tu jugak. Lepas tu dia terus jek blah dengan kete dia tu. Kesian ubby..baru lah ada org tolong papah dia masuk dalam bank. Tak pasal2 jadi pelanggan VVIP kat situ. Bengkak jugak mata ubby sebelah kiri bersama luka mungkin tercarit cincin budak giler tuh.
Aku sampai terus ke balai polis Bandar Baru Bangi sebab ubby tengah buat report kat situ. Menitik jugak lah airmata aku tengok keadaan ubby…walaupun tak seteruk mana tapi aku memang sebak.
Pengajarannya, air yang tenang jangan disangka takde buaya. Tak pasal2 pulak kena gigit dek buaya tu, lagi pulak kalau buaya tu otak mereng.
No comments:
Post a Comment