Wednesday, September 13, 2006
L.E.M.A.S
Macam tajuk lagu pulak. hehehe...tapi mmg aku lemas kat sini. Terpaksa jadi seorang yang hipokrit semata-mata untuk puaskan hati semua orang. Dan akhirnya...aku yang makan hati sebab kena telan dan terima semuanya sorang diri. Aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan di daerah ketempurungan ini, tapi..aku kalah...aku tak mampu..sebab, sedang kesesuaian itu berjalan lancar, pasti ada gangguan yang membuatkan jiwa aku tak tenteram. Politik daerah ini sungguh kuat mengalahkan daerah2 lain. Walaupun suasananya nampak aman dan tenteram...tapi pergolakan dalaman amat kuat. Segala-galanya membabitkan emosi. (bagi diri aku lah..tak tau pulak kalau diri org lain) Aku bosan...aku mahukan sesuatu yang baru yang boleh menaikkan semangat aku.
Sehingga hari ini, aku melakukan segala-galanya di daerah ini dalam keterpaksaan. Susah untuk aku menunjukkan kemajuan dan kejayaan kerana halangannya sungguh besar dan datang dari cara pemerintahan daerah ketempurungan ini sendiri. Aku harus lakukan sesuatu untuk melepaskan diri.....tapi aku masih lagi mencari lorong2 yang mempunyai cahaya yang dapat menyuluh sepanjang perjalananku nanti. Aku masih lagi tidak berputus asa...cuma sesekali aku rasa lemah, tak tahu samada aku mampu meneruskannya atau tidak. Aku redha dengan ketentuanNya.
Kelemahan aku, memang dari dulu aku sering diperlakukan begini. Sukar untuk meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang aku anggap teman. Adakah aku yang tersilap menilai antara kaca dengan permata atau memang aku ditakdirkan takkan pernah ada teman rapat yang boleh aku kongsikan segala suka duka selain daripada suamiku? Aduhai nasib...aku tak mengeluh, sesekali juga tidak menyalahkan takdir. Telah ku katakan aku redha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment