Kerja
Kerja-kerja dijalankan seperti biasa. Ada ke takde kerja aku memang pekerja setia yang sentiasa berada di meja. Walaupun kadangkala kemalasan menguasai, aku tetap kuatkan semangat untuk ke tempat kerja.
Cuti
Disember ini aku akan bercuti panjang. Aku akan menjadi orang kuat bagi membantu MIL melaksanakan perkahwinan adik iparku. Aku redha….walaupun aku tak dapat ke Bangkok kerana tarikh yang sama dengan majlis tersebut. SS kata Bos yang calonkan nama aku, tapi nak buek camno…
Open House
Open House di rumah berjalan dengan lancar walaupun hanya dibantu oleh kakak iparku yang baik. Walaupun hujan rebut di luar, tetamu masih ramai yang hadir. Walaupun hampir2 kehabisan ayam goreng (8 ekor) tapi nasib baik ubby sepantas kilat membeli 3 ekor lagi sebagai tambahan. Semua dapat makan, walaupun menu hanya nasi ayam + mihun goreng + kek + kuih raya + buah limau + lengkong yang bertukar menjadi jelly lembik.
Jalan Raya
Masih lagi meriah berjalan raya ke rumah yang masih belum dilawati. Bak kata kak Uda aktiviti mengutip cukai setahun sekali masih dijalankan. Hehehe..jgn marah aaa….
Canggung
Kecanggungan tahap cipan masih melanda. Aku tak tahu sampai bila tapi aku pasti ia takkan berubah seperti dulu lagi. Aku serik, ku sangka panas sampai ke petang…rupanya ribut di pagi hari. Aku sedih, aku terluka, tapi aku masih ok, masih.
Kondangan
Jemputan kahwin semakin banyak menjelang cuti sekolah ni. Ramai betul yang membina masjid. Ku doakan semoga berkekalan bahagia sehingga ke anak cucu. Nasihat aku, jangan membazir…..menjadi raja sehari tak semestinya harus berbelanja seperti anak raja juga!
No comments:
Post a Comment