Perasaan
Kita harus berpijak di bumi nyata. Dalam menjaga hati semua orang kita tak sedar bahawa sebenarnya diri kita cukup terluka. Tapi ianya satu lumrah kehidupan yang tidak dapat kita elakkan. Dalam tak sedar kita memendam perasaan, satu hari nanti...pasti satu ledakan yang dahsyat akan berlaku. Sabarlah hati...
Semalam
Suasana sangat dingin. Beku. Tak pasti apa yang patut aku lakukan. Aku dah cuba buat sebaik mungkin tapi, aku sendiri sakit hati dengan kedinginan itu. Last2 aku diamkan diri dan buat hal aku sendiri. Aku bosan! Aku marah! Tapi aku taknak tambahkan lagi kebekuan tu. Biarlah aku berdiam diri.
Hari ni
Masih beku. Segala rutin seolah2 satu komitmen, penuh kepura-puraan. Aku masih bersabar dan harapan aku cuma satu...biarlah kesabaran ini tidak sampai ke penghujungnya....
p/s : tulis en3 ala2 cik tulip...jgn marah
No comments:
Post a Comment