Segala persiapan hari raya berjalan lancar. Aku ngan ubby cuma buat sepasang dua baju baru. Paling mewah raya kali ni sape lagi kalau bukan budak bushuk masham tuh--->Sofea....Semua keperluan dia awal2 lagi aku dah sediakan...Last week cuma belikan kasut jek kat Mid Valley. Baju2 dia aku dah beli sikit2 dari 3 bulan yang lepas, tapi semua bajet besar sikit..
Raya tahun ni aku di rumah mertua. Tapi tak kisah lah..sebab umah dekat jek, lepas makan n bersalam-salaman dirumah mertua, kami ke umah mak ayah aku pulak...Raya tahun ni pack sikit sebab raya pertama ke Mersing beraya ke family sebelah FIL, tdo semalam dan esoknya terus ke kubur dan ke Kota Tinggi, Skudai, Pontian dan tdo di Rengit. Start dari Skudai adalah family sebelah MIL. Balik hari raya ketiga terus ke rumah parents aku. Dah ada tetamu menunggu....Konon nak terus beraya kat kawasan kampung malam tuh jugak, tapi memandangkan semua keletihan dan tetamu tak putus-putus datang, plan ditunda ke esok pagi.
Pagi raya ke empat, 3 keluarga(parents aku, abang n family, aku n family) bergerak beraya kat kawasan kampun. Umah nenek2 sedara, makcik2, pakcik2 dan seangkatan dengannya...Lepas solat Jumaat sambung lagi ke rumah jiran2 terdekat. Sebelum maghrib, semuanya selesai....
Raya ke lima, pagi2 lagi kami dah bergerak ke Melaka sebab aku lum lagi beraya di Melaka. Pakcik makcik sebelah mak aku ramai kat sini. Nampak gaya tahun ni aku tak sempat nak beraya ke rumah pakcik makcik belah ayah aku yang jauh2 tu. Masa suntuk sangat. Macam touch n go jek sebab raya sendiri without my parents....satu rumah dalam 15 minit macam tuh. Tengah hari jek dah selesai adalah dalam 6 buah rumah....Mak ayah dah tunggu kitorg kat umah makcik aku. Tengah hari tak kemana, landing kejap sebab Sofea tdo sampai lepas asar baru lah bergerak lagi ke 3 buah rumah iaitu rumah makcik n sepupu2 aku. Lotih den....Dalam kul 11 malam kitorg bergerak balik ke Kl sebab sok pepagi mak ayah nak ke Johor. Kitorg tak dapat nak ikut sebab Isnin dah nak naik keje. Sampai Kl kul 12.45 pagi. Kemas2 sikit then masing-masing terbongkang keletihan....
Hari Ahad aka raya ke enam, bangun lambat kul sebelas. Basuh baju sampai 3 trip pastu lunch di Alamanda n beli barang2 dapur sket takut ada org datang. Petang abang n family datang bertandang ke rumah sampai malam. Lepas isyak baru diorg balik. Aku apalagi macam biasa lah, gosok baju keje aku n ubby then bedebum tdo…
No comments:
Post a Comment