Pejam celik,pejam celik, dah 1/2 tahun masa berlalu untuk 2006. Masa terlalu cepat berlalu sampai tak sedar apa yang aku dah buat 1/2 tahun yang lepas tu.
Ubby balik harini. Tq pada cik tulip n imankirana yang sudi menemaniku semasa ketiadaan ubby.
Kerja-kerja di ofis seperti biasa,cuma aku bengang tunggu data yang tak sampai2. Puas dah calling2 sana sini. Tapi apa nak buat dah org kata belum lengkap, takkan aku nak naik antu pulak. Date line ujung bulan 7 ni. Risau bangat aku. Nanti tak tercapai pulak azam aku tahun ni.
Aku nak kuruskan badan, tapi dalam masa yang sama aku kuat makan. Tak dapat nasi macam tak selesa rasanya. Agaknya perut ni dah mengembang kot?? sebab tu nak kena makan nasi jugak. Allegic baru tahun ni, tak boleh makan ayam. Kalau makan jugak, puas lah aku meggaru pelipat tgn n kaki ni sebab naik gatal2. Tak dapat lah makan KFC lagi....Chicken foldover....Ayamas...ooohhh....ruginya....
Oklah aku dah nak start buat2 sibuk ni....selamat bercuti hujung minggu...Minggu ni aku nak rehat puas2!!
No comments:
Post a Comment