Thursday, February 05, 2009

Risau

Syameel dah seminggu cirit-birit (boleh tak assume mcm tuh??) Syameel start kena hari sabtu 24hb hrtuh....saya ingat takde apa2 sebab kata org tua2 nak tukar bulan. Saya pun tak kisah la...lagipun dia tak nangis sakit perut atau meragam, merengek ke apa....Selalunya lepas minum susu sebotol jek, mesti dia membuang....Last2 kitorg bwk gak gi klinik Isnin baru nih. Doktor bg air garam dan ubat cirit-birit dlm bentuk serbuk dicampur dlm susu. Susu pun ditukar ke susu yang free lactose(FL) atas nasihat doktor.
Selasa tu, sepanjang di taska tak membuang pun. Petang balik rumah, saya tertinggal susu FL tu kat taska. Jadi, saya bagi susu lama semula...dan akibatnya, dia mula membuang sebaik saja abis sebotol susu. Semalam petang, kitorg dah beli lagi satu tin 900g susu FL tu untuk letak di rumah. Tapi malam tadi masih lagi membuang beberapa kali sampai bocor2 kat seluar. Petang nih nak bawa ke Pakar kanak2 di An-Nur....Saya sangat risau....pagi tadi pun lewat ke ofis.....Tolong kawan-kawan kalau ada petua2 nak buat perut dia jadi ok semula...saya takde tukar susu apa2 pun sebelum dia kena tuh....

4 comments:

DYLA said...

akak pun tak tau nak ckp la, lum ada xperience. akak doakan moga syameel cpt sembuh sian kat dia mesti rase tak selesa asik duk membuang je tu...

try cuci balik botol/beli botol puting baru ke..

~adeQ~ said...

tQ kak, nanti try strill balik botol2 dia...

Ummi said...

kesian syameel,

bawa jumpa doktor semula ye

batrisya pernah jadi macam ni jugak, kena makan ubat doktor dan susu FL

Izariza said...

Ada bagi susu badan lagi tak? Mungkin kena chcek apa yang mama consume ...??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...