Monday, June 30, 2008

MONDAY

Saya betul-betul letih....weekend haritu dihabiskan dengan mengecat rumah. Belum ada mood untuk upload gambar. Nanti ya....Ubby letih jugak ke??

Sofe n Syameel saya minta SIL tolong jagakan. Ahad pula mak n ayah saya datang ke rumah. Siap lah kerja mengecat dalam dua hari tu. Cuma cat ruang tamu dan dapur sahaja....kalau cat satu rumah, maka haruslah saya demam seminggu.

Wednesday, June 25, 2008

Manual Breast Pump

Buat sis tulip n sis tiara, ni pump yang saya guna...setakat ni ok...harga bawah 200


Ni yang dapat dipump pukul 10.30 pg ni....tak pump nanti sakit...bile pump sikit jek...kalau dapat separuh pun jadila....mcm mana nak banyakkan ek??please...yang ada pengalaman, sila beri idea...

Tuesday, June 24, 2008

Update

Ni lah serba sedikit yang sudah siap....Pagar depan...
kipas depan

kipas n lampu bilik saya

lampu n grille tingkap dapur...ada tinted sket kat tingkap tu...

pintu belakang...kasi grille habis nak letak mesin basuh...

SOFEA & SYAMEEL
My buah hati pengarang jantung....selepas pulih dari chicken pox...

tgk dahi adik n pipi si kakak

RUTIN BARU
Rutin saya hari2 adalah mengepam susu jam 10++ pagi dan 4++ petang. Tengah hari pula direct bf di taska seberang jalan berdepan ofis saya. Kadang2 panas, kadang2 redup...saya gagahkan jugak bila memikirkan kelebihan susu ibu ni. Walaupun campur dengan susu formula, tapi lepas habis waktu taska dan hujung minggu memang 100% bf.
hari2 bawak bekal pam n botol susu

SYAMEEL

Ragam tdo Syameel....

Monday, June 23, 2008

Saya ingin update gambar2 umah yang dah hampir siap di make up...tapi...cable camera tertinggal...so, tunggu esok k....

Monday, June 16, 2008

Normal

Hari ni mulakan rutin pertama menguruskan 2 orang anak. Selalunya ada bantuan, ni mak ayah pun dah balik...Ada satu kuping lagi belum tercabut di dahi Syameel, tapi saya terpaksa hantar jugak ke Taska. Tengah hari tadi pergi susukan dia macam pencuri...mengendap dulu nak pastikan Sofea takde berkeliaran. Kalau tidak habis lah saya di kejarnya....
Nampaknya setiap pagi saya harus bangun seawal 6 pagi...tak boleh lengah2 lagi. Dulu boleh lah bermalas-malasan. Sekarang bangun jek kena cepat2 mandi n solat. Bukan apa, takut syameel bangun or buat perangai. Mana nak jangka angin dia kan...
Nanti smbg lagi...sudah mau pulang....

Friday, June 13, 2008

Baru lagi....

Rumah Baru
Sebenarnya dah ambik kunci 4 Jun yang lalu...tapi dek kesibukan anak2 dan ibu yang tak terurus ni, lupa nak cerita. Tak lama lagi saya akan jadi penghuni BBST pulak. Rumah yang dibeli pada akhir tahun 2006 telah siap.Walaupun rumah sepatutnya siap pada Oktober tahun ni, tapi nasib baik agaknya sekarang dah siap sepenuhnya. Sekarang ni tengah memasang apa yang patut dan wang pula keluar bagai air yang mengalir.....

Boleh letak 2 buah kereta

Ubby tengah ukur apa yang patut...

Syameel lena beradu walaupun panas...

Ubby suh saya pilih kitchen cabinet...tapi nampak gaya macam dia yang kena ke hulu-ke hilir survey....

Luar dapur...


Cerita Minyak

sebelum harga naik...


selepas harga naik...


Syameel
Bila tak ambik gambar senyum meleret...bila nak snap jek buat la mcm serius pulak...




Ofis
Sambutan Hari Lahir untuk ahli Puspanita di tempat saya.....


saja jek buat2 potong kek....

Thursday, June 12, 2008

Dilema

8.08am - Saya dilanda dilema yang membuatkan diri saya rasa berbelah bagi. Saya perlu memilih di antara Syameel dan keinginan saya. Dan akhirnya saya mengalah dengan mengutamakan kepentingan anak yang satu ini. Biarlah dia rasa kenikmatan hidup di dunia yang baru beberapa hari dikecapinya. Saya redha....mungkin lain kali saya akan diberi peluang lagi.

Semalam ubby belanja saya makan di SR (my birthday)....mulanya nak pergi sekeluarga dengan mak dan ayah sekali. Tapi kesian pula pada adik yang sakit, mak n ayah mengalah dan memberi peluang kami berdua-duaan bersama Sofea.

Saya dah tua nampaknya....dah lebih dari suku abad...anak dah 2...banyak urat dah putus nih. hehehe...

4.00 - Ikutkan hati mau saya berhenti kerja. Sangat bosan dan hipokrit melayan perasaan di sini. Memang lah seronok kerja, tapi...rasanya dok jaga anak lagi best. Kalau tidak kerana ekonomi keluarga yang memerlukan saya memenuhi keperluan ini, memang dah lama saya berhenti. Sabarlah hati...

Wednesday, June 11, 2008

Now....

Kelam kabut kehidupan saya selepas abis cuti bersalin. Sofea kena chicken pox, masih di kampung. Saya sampai demam susu sebab lambat bagi susu badan pada Syameel....Ambik kunci umah lagi. Kak Sya, tak lama lagi kita ber jiran taman. Jumaat pulak, Syameel start bintik2 berair...tanda2 chicken pox menyerang. Terus ke klinik dan doktor pun kata ya, memang betul. Saya punya lah susah hati...blur dengan serta merta. Kena cuti lagi lah nampaknya....Petang Jumaat lepas, settlekan apa yang patut di ofis, sambil ubby jaga anak di rumah.

Sabtu malam balik kampung n pujuk mak ayah datang ke KL. Kebetulan adik saya pun dijangkiti virus yang sama....lagi teruk habis satu badan n muka dia. Puas pujuk memujuk, akhirnya setuju lah dia ikut balik umah saya sbb Syameel masih menyusu badan.

So, now mak ayah saya ada di rumah tolong jaga Syameel n adik yang kena chicken pox. Nasib Syameel punya tak keluar banyak n dia pun tak demam atau meragam......

Monday, June 02, 2008

Muhammad Syameel Nuqman


Orang baru sudah tiba.... lahir pada 2 April 2008 jam 11.15 malam.....seberat 3.3 kg....




kena jaundice, dok hospital satu malam....


nak balik umah nenek...


Sofea Nafeesa n Muhammad Syameel Nuqman


sedang botak...


selepas dibotakkan




cak!




Sofea pulak kena 'chicken pox' last week dan kena tinggal kat kampung sampai baik sepenuhnya......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...