Jam 2 petang saya sudah sampai ke tempat pendaftaran. Selepas mengambil fail saya secara manual, saya di bawa ke Wad 4, Blok Dahlia kalau tak silap. Di blok tersebut, di tingkat atas, saya menanti nurse memeriksa fail saya dan selepas itu, tekanan darah saya diambil.
"Sediakan katil 19 untuk Puan ni," nurse tu mengarah seorang atendan hospital di situ.
"Puan boleh ke katil 19 dan tunggu untuk sleep study malam ni" kata nurse tu.
"Semalam saya call, salah seorang MA kata tak payah bermalam.Saya datang hari ni sehelai sepinggang jek." kata saya, keliru.
" Takpe kak, boleh pakai baju hospital..." kejap kak, kejap puan, pening aku!
excited pulak dak kicik nih
Lepas ubby balik, saya siap2 dan lepak di surau dari maghrib hingga ke isyak. Membaca yasin, dan surah. Lepas isyak, balik semula ke katil then khatamkan Majalah Mingguan Wanita. Habis segala iklan, pendek kata dari kulit depan sampai ke kulit belakang tak miss langsung. Boring gile...
makan malam saya pada hari tu
Pukul 10.00 mlm baru lah datang nurse berpakaian biasa bawa saya ke makmal. Sampai di makmal, saya terus dipasangkan dengan alat seperti alat pernafasan.
Jam 10.30mlm saya berusaha menidurkan mata yang tak berapa mengantuk ini. Lama jugak rasanya baru saya terlelap. Rimas sungguh tidur dengan segala wayar yang melekat di jari dan tiub yang ada di hidung. Entah berapa kali saya asyik terjaga sampaikan termimpi-mimpi mencabut wayar2 tu.
Jam 6.oo pagi , saya dikejutkan dan alat yang dipakai dicabut. Lega rasanya. Lepas duduk sekejap, saya terus pulang ke katil dan menunaikan solat subuh di surau.
Gambar hiasan, ni lah alat yang saya pakai sepanjang tdo
3 comments:
ingatkan gambar hiasan tu gambar betol-betol....
sleep study?
sleep study?
jamri,
i'm not that big...
kak luna,
sleep study tu nak ukur setakat mana paras oksigen kita jatuh masa tidur. Ia dinamakan sleep apnea..bahaya tau...leh mengancam nyawa. kesannya, tdo terganggu dan tak berkualiti....
Post a Comment